Bab 41

16.5K 476 60
                                    

TERKETAR-KETAR tangan Farhan mendail nombor telefon Louis. Dia melihat dengan mata kepalanya sendiri seseorang berpakaian serba hitam mendekati Julian lalu dihentak tengkuk Julian dengan kayu keras. Tak cukup dengan itu, diheretnya Julian masuk kedalam van.

Sambil telefon dihalakan ke telinga, Farhan mengikut belakang van itu dari jauh. Takut terkantoilah pula. Farhan telan air liur. Nyawa abang ipar dan kakaknya sudah tentu dalam bahaya.

"Hello, Syed Marlouis bercakap?" Sebaik sahaja talian bersambung, suara Louis menyapa gegendang telinga Farhan.

"Abang! Abang kena tolong Far!"

"Tolong apa tu?"

"Abang Ian dengan kakak kena culik! Far nampak dengan mata kepala Far sendiri. Sekarang ni, Far tengah ikut van yang heret abang Ian," beritahu Farhan terus. Terkejut Louis yang berada disebelah talian. Terus dia bangun dari duduk lalu dia keluar dari rumah setelah beritahu Fatin.

"Kau ikut je van tu. Aku on the way. Nanti share location dekat aku," kata Louis sebelum terus mematikan talian. Dia pantas memboloskan diri kedalam kereta lalu keretanya segera dipecut laju menuju ke lokasi yang Farhan bakal tunjuk.

Setelah beberapa minit Farhan mengekori van itu, akhirnya van itu masuk ke perkarangan rumah banglo dalam hutan. Farhan berhenti jauh diluar hutan. Dia berjalan kaki mengekori satu-satunya jalan menuju kerumah banglo itu. Dapat dia lihat dari jauh, tubuh Julian ditolak kasar ke tanah.

Telefon dibawa keluar. Dia mendail nombor Que pula. Diberitahu benda yang sama dan Que juga dalam perjalanan. Oleh kerana Que dah tahu semua benda tentang Julian, dia lebih bersiap sedia. Farhan mendekat lagi. Dia cuba mengintai apa yang mereka lakukan pada Julian.

"Medina!" panggil Julian dengan suara yang tersekat-sekat. Perut Julian tak semena-mena ditendang seseorang. Meringkuk serupa udang bakar Julian ditanah. Dengan tangan yang terikat dibekalang menghalang gerak-gerinya.

Farhan mendekat dan...

Kring! Kring! Telefon Farhan berdering kuat. Beberapa lelaki berbadan sado mula menghampiri bunyi itu.

"Oh, shit." Farhan segera menjawab panggilan dari Louis. Apabila dia lihat orang sedang menghampirinya, dia terus membuka langkah besar untuk melarikan diri.

"Far, aku dah sampai," beritahu Louis.

"Jangan masuk dulu. Diorang dah dapat tahu yang Far ada dekat sini juga. Sekarang ni diorang tengah cari Far. Ab--" Ayat Farhan tergantung.

"Hello? Far? Farhan!" Louis segera keluar dari kereta. Dia perlahan-lahan masuk kedalam satu lorong yang menuju kearah satu rumah banglo besar. Dapat dia lihat dari jauh, tubuh Farhan dihentak ditanah bersebelahan dengan Julian. Dia meramas rambutnya. "What to do, what to do?" soal Louis pada dirinya sebelum dia tersenyum sinis.

"Argh!" Farhan meringis sakit apabila dia ditumbuk habis-habisan oleh beberapa orang lelaki itu. Dia terbaring lemah disebelah Julian.

"Far..." Lemah Julian memanggil.

"Bawa budak ni ke bilik bawah tanah. Yang Julian ni pula kau bawa ke bilik boss," arah Zoe kepada dua orang bawahannya. Kedua mereka, Teo segera menarik baju Julian dengan kasar. Dia memaksa Julian yang lemah untuk berjalan. Leo pula menarik Farhan.

Sampai sahaja disuatu pintu, Farhan dan Julian berpisah. Terjerit lelaki itu tidak mahu dipisahkan. Oleh kerana bingit, wajah Farhan ditumbuk Leo sampai pengsan. Julian tak mampu hendak berbuat apa-apa. Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.

Julian ditolak kasar kedalam suatu bilik.

"Julian! Bie!" Medina memanggil Julian dengan suara yang ketakutan. Bila Julian mendongak, dia lihat Medina terikat disebuah tiang dengan berkeadaan lebam sana sini. Dia menoleh kekiri dan kekanan mencari kelibat Dato Hyde.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now