Epilog

23.2K 658 98
                                    

[ Media : Saat Terakhir ]
Macam biasa, jangan tak buka!

ENAM BULAN KEMUDIAN...

Medina yang duduk termenung dibangku depan rumah keluarganya didekati Louis. Perutnya yang memboyot diusap perlahan. Enam bulan lepas, ketika kejadian dia dan Julian diculik, dia disahkan mengandung tiga minggu. Namun, sepanjang tempoh enam bulan ini, mengandung tanpa suami disisi agak payah.

Nak lagi dengan alahan mengandungnya dan dalam masa yang sama, dia kena uruskan bisnes Julian. Medina mengeluh mengenangkan nasib.

"Oi." Suara garau Louis menerjah telinga.

"Oh mak kau hijau!" Terkejut Medina dibuatnya. Dia menjeling Louis apabila Louis duduk disebelahnya. Perut Medina dijeling Louis sekilas.

"Baby sihat?" soal Louis. Sejak enam bulan, Julian tiada, Louis dan Fatin banyak mengambil berat tentang kesihatan Medina dan bayi. Medina mengangguk seraya tersenyum hambar.

"Sihat aje. Alhamdulillah."

"Kau? Okay?"

"Aku macam nilah, Louis."

"Dah enam bulan dia pergi, takkanlah kau nak terus macam ni? Anak-anak kau perlukan kau. Suami kau tu pun perlukan kau. Kau tak boleh macam ni, Medina. Kau kena move on. Kau kena terima takdir. Cara kau ni macam kau salahkan takdir yang Allah dah tetapkan buat kau tau."

Medina mengeluh. Dia menundukkan kepala. Tubir mata yang terasa panas diendahkan.

"Enam bulan, Louis. Enam bulan aku menanti. Tapi dia masih lagi tak sedar dari koma. Semalam, masa aku lawat dia, doktor beritahu aku yang dia akan buka mesin yang bantu Julian bernafas. Aku minta doktor masa. Doktor bagi aku seminggu aje, Louis.

Aku tak kuat untuk semua ni. Aku taknak kehilangan dia. Aku perlukan dia. Anak-anak dia perlukan dia," luah Medina dengan air mata yang mengalir deras. Setiap hari, setiap malam dia meratapi nasib yang baginya tidak menyebelahi ini.

"Kau masih ada peluang, Medina. Kau mintalah pada Allah. Kita yang merancang, Allah yang tentukan. InsyaAllah, Julian akan kembali pada kita semua. Katakanlah kalau dia memang ditakdirkan pergi... kau ada aku, Fatin, Farhan, umi, abi, kawan-kawan dan paling penting anak-anak kau. Kembar tiga pula tu.

Kau patut bersyukur yang Julian tak tinggalkan kau tanpa apa-apa. Dia tinggalkan kau harta, anak-anak dan juga cinta tulus dia, Medina," balas Louis. Medina menyeka air matanya. Dia mengangguk lemah.

"Terima kasih, Louis. Ada bila aku susah. Kau dan Fatin banyak bantu aku. Aku janji aku akan terus kuat tempuh ujian ni demi anak-anak aku yang bakal lahir dan juga Julian. Kau doakan supaya segala berjalan dengan lancar ya?

Aku redha kalau memang takdir Julian tinggalkan kita semua. Kau betul. Yang pergi hanyalah jasad dan roh dia. Bukan cinta yang dia beri pada aku. Terima kasih, Louis." Medina tersenyum manis memandang kearah Louis. Louis hanya sekadar mengangguk.

Dia mula mengimbau kembali kejadian enam bulan lepas. Ketika dia bersusah payah memerah otak apa yang patut dia lakukan untuk selamatkan Julian, Farhan dan Medina. Kereta Rio yang sepatutnya berjumpa dengan Dato Hyde, memberi Louis ilham. Dipukul Rio sampai Rio pengsan tidak sedarkan diri lalu dia mengikat tubuh Rio didahan pokok.

Dia berpakaian seperti Rio. Dia yakin, Rio adalah salah seorang rakan sekerja Dato Hyde kerana dia terdengar perbualan lelaki itu bersama dengan Dato Hyde sebelum dia menghentam lelaki itu hingga pengsan.

Dengan segala bukti yang membuktikan dia adalah Rio, buat dia dibenarkan masuk kedalam rumah untuk mencari Julian dan Medina. Jeritan Medina disebuah bilik menarik perhatiannya sehingga dia ternampak Julian terbaring lemah diatas lantai.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now