Bab 10

10.9K 496 9
                                    

"SAPU, sapu, sapu sampah!" Tingkat atas itu bingit dengan nyanyian sumbang dari seorang gadis yang bernama Medina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAPU, sapu, sapu sampah!" Tingkat atas itu bingit dengan nyanyian sumbang dari seorang gadis yang bernama Medina. Sudahlah tak ke sekolah, lepastu tak tahu malu nyanyi kuat-kuat sampai jiran sebelah boleh dengar.

Louis yang sedang mengelap lantai di tingkat bawah hanya mampu menutup telinganya dengan kedua tangannya. Mereka berdua dipaksa untuk membuat segala kerja rumah sepanjang 'cuti sekolah' mereka. Boleh dikatakan denda untuk mereka berdua dari Eira.

Walaupun sudah banyak kali Medina pujuk ibunya, ibunya tetap berdegil dan tetap setia dengan keputusannya. Kata Eira, apa salahnya isi masa lapang ketika cuti yang agak panjang ini.

"Oh, marilah kita sapu rumah!"

"Oi, orang atas tu! Buat kerja tu senyap-senyap jelah. Tak payah nak terpekik terlolong inform satu taman yang kau tu rajin sapu rumah! Kau tu dahlah tak sekolah, nanti apa pula kata jiran," tegur Louis dengan suara yang agak tinggi serta tegas. Medina mencebik. Dia melangkah ke balkoni untuk lihat dimana Louis.

"Oi, orang bawah, kau tu pun buat kerja. Sibuk je kacau aku buat konsert. Bukan selalu dapat cuti. Cuti free pula tu," balas Medina selamba. Seolah tidak mengambil kisah dengan perkara yang telah jadi. Macam cuti-cuti Malaysia pula gayanya. Padahal kena gantung sekolah!

"Cuti free kepala otak kau. Kau tahu tak yang kita kena gantung sekolah? Dua minggu. Dua minggu, sister. Boleh pula kau relax eh?"

"Larh, kena gantung ke?" Medina berpura-pura tidak tahu. Sengaja mahu mencari gaduh dengan lelaki itu. "Look, kita dah sehabis baik bela diri sendiri yang kita tak buat apa-apa kesalahan. Lepastu, cikgu yang konon bajet handsome dan ala-ala guru disiplin tu yang sibuk minta kita kena gantung. So, sekarang ni siapa yang nak sangat kita kena gantung? Bukan salah kita pun. Sementara kita dapat cuti ni, baik kita enjoy. Tak payah nak stress-stress. It's gonna be okay," sambung Medina panjang lebar.

Louis mengeluh seraya itu dia menggelengkan kepalanya. "Whatever. Aku dah sudah mop. Kau tu dah sudah sapu rumah belum?" soal Louis dengan nada yang malas.

"Dah. Jom, tolong aku masak. Umi tak sihat. Jadi, aku kena takeover kerja dia."

"Eh, kau nak masak, pergilah masak sorang-sorang. Apa kena mengena dengan aku?"

"Hello, Mr Airiel. Kita berdua tau punca dia demam sebab terkejut. So?"

"Urgh! Fine!" Louis kini mengalah. Dia pergi ke bilik bilik air untuk meletakkan segala peralatan mengelap ke tempat asalnya semula manakala Medina sudah tersenyum kemenangan.

Dia turun dari tangga sambil bersiul halus. Baru sahaja dia memijak lantai, dia terasa seperti sesuatu yang licin membuatkan dia terjelepok jatuh di bahagian bawah tangga itu. Punggungnya terhentak sedikit. Nasib dia dapat tahan dekat palang tangga. Kalau tak, kemungkinan kecil tulang belakangnya boleh retak.

"Weh, Dina! Kau okay tak?" Louis membuka langkah besar untuk mendekati Medina. Namun, lain pula yang jadinya.

Dia juga terjelepok jatuh akibat lantai yang masih licin dan tidak kering lagi.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now