Bab 3

10.8K 594 29
                                    

SEKEJAP sahaja umur Louis dan Medina sudah menginjak 16 tahun manakala umur Farhan pula muda setahun dari mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEKEJAP sahaja umur Louis dan Medina sudah menginjak 16 tahun manakala umur Farhan pula muda setahun dari mereka. Sekejap sahaja masa berlalu dan Louis sudah hampir 6 tahun menjadi anak angkat dalam keluarga Hanif.

Hari ini merupakan hari sukantara Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jaya. Louis dan Medina terlibat dalam pertandingan lumba lari  800 meter manakala Farhan terlibat dalam pertandingan lompat jauh.

Kesemua pelajar dan ibubapa sudah mengambil tempat masing-masing di tempat penonton yang disediakan. Hanif dan Eira tercari-cari ketiga anaknya ditengah padang. Pada masa ini, dapat mereka lihat Louis dan Medina sudah berdiri digarisan permulaan lumba lari.

Medina mengerling kearah yang kebetulan berada disebelahnya.

"Rumah kuning akan menang. Bluek." Medina menjelir lidah kearah Louis. Louis juga apa kurangnya mengambil kesempatan.

"Rumah kuning loser. Rumah merah akan menang kalini. Bluek!" Medina mengecilkan mata memandang Louis yang kelihatan bersahaja itu. Rambutnya sempat diraup kebelakang. Menjerit gadis-gadis penyorak di tepi padang apabila Louis membuat gaya begitu.

Medina mencebik. "Just wait and see."

"Baiklah! Peserta boleh berada dalam posisi."

Kesemua peserta sudah berada di posisi masing-masing. Sempat Louis memberi senyuman mengejek kepada Medina. Medina tidak melayan malah dia sedang fokus pada trek lumba itu.

"Ke garisan!"

"Sedia!"

"Mula!"

Seperti kilat yang memancar, kedua beradik itu sudah mendahului peserta lain. Permainan memang sangat sengit tika itu. Mata penonton sudah tertumpu kepada kedua beradik itu termasuk Hanif yang sedang sibuk merakam moment itu dari tempat penonton. Eira pula menjerit memberi sokongan kepada anak-anaknya.

Sekejap Medina memotong Louis, sekejap Louis memotong Medina. Namun, entah apa silap Louis, tali kasutnya terbuka dan dia terpijak lalu terjelepok jatuh ke tanah. Medina sempat menoleh kebelakang dan melihat Louis sudah tersungkur jatuh di tanah. Pantas Medina menukar arah ke Louis. Peserta lain sudah memotong mereka.

"Weh, Louis. Kau okay tak?" soal Medina kepada Louis. Terbuntang matanya melihat lutut Louis yang tidak beralas itu sudah terluka. Ini mesti terseret dekat trek yang kesat itu.

"Aku okay! Kau lari jelah! Jangan risaukan aku!" suruh Louis sambil cuba untuk bangun.

"No! Aku takkan bertanding kalau kau tak bertanding sekali. Jom aku papah kau. Apapun yang terjadi, kita kena sampai dekat garisan penamat tu juga. Okay?" Medina menghulurkan tangannya kepada Louis. Tanpa banyak kata, Louis menyambut huluran Medina.

Mereka berlari bersama namun tidak laju sehingga sampai ke tapak penamat. Tercungap-cungap Medina dan Louis cuba mencari nafas. Beberapa ahli bulan sabit merah menerpa kearah Louis dan mendorong Louis ke tepi padang. Medina ditinggalkan disitu.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now