Bab 33

13.3K 568 130
                                    

DUA minggu sudah berlalu sejak majlis graduasi dan hari Julian melamar Medina. Hari ini, majlis pertunangan secara kecil-kecilan sahaja diadakan. Pada mulanya Medina tak mahu bertunang kerana dia mahu terus nikah. Taknak bazir duit banyak-banyak. Namun, Julian berkeras mahu bertunang dahulu.

Katanya, Medina seperti 'diikat' sepanjang tempoh tiga bulan sahaja lagi supaya tiada siapa boleh pikat atau jadikan Medina dia punya. Medina nak atau taknak, dia kena terima kerana keputusan ditangan Julian.

"Haih, termenung nampak. Teringat dekat encik tunang ke tu?" Farhan tiba-tiba menyapa Medina yang sedang membuang pandangan kearah kolam ikan koi-koi itu. Medina menoleh kearah Farhan seraya tersengih.

"Mana adalah," balas Medina.

"Yelah tu." Farhan mengambil bekas makanan ikan koi-koi itu lalu dibaling kedalam kolam itu. Terlompat-lompat ikan itu berebut makanan macam setahun tak makan.

"Far rasa... betul tak keputusan kakak ni?" soal Medina kepada Farhan. Farhan menutup bekas makanan ikan itu sebelum dia melabuhkan punggung disebelah Medina.

"Betullah. Apa pula tak betul? Kakak. Kakak kena bersyukur tau. Ada lelaki yang nak gembirakan kakak, bahagiakan kakak. Daripada abang Louis tu... janji kemain tapi habuk pun takda. Abang Ian baik orangnya, kakak. Kakak percayalah cakap Far. Dia takkan layan kakak macam mana abang Louis layan kakak."

Medina berdecit. Giginya diketap. "Entahlah. Kakak tak tahulah, Far. Sejak apa yang dah jadi, kepercayaan kakak pada lelaki dah kurang. Cinta tu dah lambat nak datang. Kena ambil masa."

"Mungkin sebab itulah abang Ian nak tunang dulu. Dia nak bagi kakak masa. Abang Ian pandai atur strategi walaupun dia bukan lelaki sweet macam dalam novel tu." Medina mengangguk, mengiyakan kata-kata Farhan.

"Nanti Far tinggal sorang jelah."

"Biarlah Far jaga umi dan abi."

"Far takkanlah single lagi?"

"Far tengah tunggu someone, kakak."

Medina menolak wajah Farhan lembut sambil tergelak kecil. "Eleh. Kalau kau duduk je diam tak cari, memang taklah si Aleena tu nak datang! Usahalah!" kata Medina. Sengaja dia menyebut nama gadis itu. Dia tahu bahawa adiknya masih setia kepada gadis sopan itu.

"Far tak tahu dia dekat mana. Lagipun, dia pangkat dia dan Far berbeza. Far takut Far tak layak je nak bersama dengan dia," balas Farhan sambil mindanya mula teringat akan gadis itu.

"InsyaAllah, kalau Far doa, Allah akan temukan Far dengan buah hati Far tu. Cuma cepat atau lambat jelah." Medina menepuk-nepuk belakang Farhan. Farhan pula terangguk. Pandangan mereka berdua teralih keluar pagar apabila telinga mereka diterjah dengan bunyi hon.

"Abang Ian dah datang balik." Kening Farhan terangkat memandang Medina. Medina menjulingkan matanya keatas. Julian yang baru keluar dari perut kereta dengan sebungkus kek yang ditempahnya itu diperhati oleh Julian.

Plastik kek dari Secret Recipe itu disambut oleh Farhan. Julian pula merehatkan badan dibuaian tempat biasa Medina melepak. Tangan dilambai kearah Medina untuk menyertainya.

"Takpalah. Saya nak tolong umi dekat dapur," elak Medina.

"Sekejap jelah. Tak lari manalah kek awak tu! Mehlah teman saya," pujuk Julian dengan mencebikkan bibirnya. Medina menyilangkan tangannya didada. Fikir boleh cair ke?

YA! DIA CAIR TERUK WEH...

Lambat-lambat Medina mendekati Julian. Riak wajah sedaya upaya ditahan. Namun, setelah diusik Julian, Medina tak dapat nak bendung lagi riak gembiranya.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now