Bab 23

10.5K 524 67
                                    

[ Media : Kecewa Dalam Cinta ]
Wajib buka! Hehehe.

[ Media : Kecewa Dalam Cinta ]Wajib buka! Hehehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LIMA TAHUN KEMUDIAN...

"You, I dah lambat nak ke kelas. I ada pembentangan harini. Kalau I lambat and then I kena marah, I akan salahkan you," kata Medina dengan nada yang kasar. Lelaki tinggi lampai dihadapannya ini langsung tidak percaya bahawa dia ada kelas yang perlu dihadiri sekarang.

"I tak percayalah! You nak jumpa lelaki lain kan? You jangan ingat I tak tahu tau yang you selalu berkepit dengan dua orang lelaki kesana kemari. You dua-eh bukan dua, tapi tigakan I!" Kata-kata lelaki yang bernama Wafi dihadapannya membuatkan mulut Medina melopong besar.

Medina mengusutkan rambutnya dan membuat bunyi yang menjengkelkan tanda dia protes dengan lelaki yang bernama Wafi. Dia mendongak memandang Wafi yang lagi tinggi darinya itu.

"Kan I cakap, diorang tu kawan baik I. Dari semester pertama lagi. Julian dan Que!"

Wafi menggeleng tidak percaya. "No, I tak percaya. You ada bukti yang you guys ni kawan?"

"Ah! You tak percaya sudah. Sekarang ni, I dah lambat nak ke kelas. I tak kisahlah you nak anggap I jumpa lelaki lain ke apa ke, I tak kisah. Yang penting I nak blah sekarang!" Medina pantas membuka langkah besar meninggalkan Wafi disitu. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah seranah Wafi kerana dialah punca Medina lambat ke kelas.

"Medina!" Panggilan dari Wafi membuatkan langkah Medina terhenti. Dia menoleh kearah lelaki itu. "Kita break!" Kata putus lelaki itu membuatkan Medina tersenyum sinis. Tangan ditadahkan tanda bersyukur.

"Alhamdulillah, thank you, Wafi!" Medina tergelak lalu dia segera ke kelasnya.

Sebaik sahaja dia tiba dihadapan pintu dewan kuliah itu, dia menekap telinga di pintu yang tertutup itu. Takda pun suara Puan Julia. Dia tersenyum lega. Baru sahaja dia hendak memulas tombol pintu itu, dia terdengar deheman dari belakangnya. Bila ditoleh, Puan Julia sedang berdiri dibelakangnya.

"Eh, assalamualaikum, Puan Julia."

"Waalaikumusalam. Lambat awak harini?" soal Puan Julia ramah sambil masuk kedalam bilik itu sebaik sahaja Medina membantu membukakan pintu. Medina hanya mampu tersengih. Dia segera menuju kearah Julian dan Que.

"Our playgirl lambat lagi," kata Que seraya menyiku lengan Julian disebelahnya. Julian hanya tergelak sinis memandang kearah Medina yang sedang menjeling mereka.

"Mamat tulah. Kecoh," beritahu Medina separa berbisik. "Lagipun, aku dah bebas dah daripada mamat kuat kongkong tu," beritahu Medina lagi. Julian dan Que beriak biasa. Sudah masak dah dengan perangai Medina yang playgirl itu. Setakat putus dengan seorang lelaki, dia masih ada banyak lagi sparepart.

"Baiklah, pelajar! Keluarkan kerja khusus secara berkumpulan kamu!" Arahan yang diberikan lantang oleh Puan Julia itu membuatkan pelajarnya semua segera mengeluarkan sumber untuk membuat pembentangan.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now