Bab 11

8.9K 464 2
                                    

MATA Medina masih lagi berkeras tidak mahu lelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA Medina masih lagi berkeras tidak mahu lelap. Jam di telefonnya diperhati lama. Dah beberapa jam berlalu, dia masih tidak boleh tidur. Masih lagi teringat akan ayat-ayat manis yang Louis cakapkan tadi.

Bulan dan bintang. Auch! Medina senyum keriangan. Namun, dalam keadaan yang gelap dan dia berseorangan didalam bilik ini menampakkan dia seperti orang kurang siuman. Tersenyum seorang diri. Haha!

Seketika kemudian, dia terkenang lagi kenangan manis Louis dengan dirinya beberapa tahun yang lepas. Kira-kira dia dan Louis baru berusia 13 tahun.

"Kenapa kau kena suka si Daniel yang baran tu? Macam takda orang lain kau nak crush." Entah dari mana Louis muncul, dia terus menyergah Medina tanpa memberi salam. Terkejut Medina dibuatnya.

"Apa?" Medina membuat riak muka seperti tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Louis.

"Duh, jangan buat-buat tak tahulah! Kau crush dekat Daniel kan? Ee, macam takda lelaki lain kau nak jadikan crush."

"Eh, yang kau ni dah kenapa? Kau cemburu?"

"Yelah! Aku cemburu sebab crush kau bukan aku. Kau tu aku punya seorang je tau. Sampai hati kau kan, tak perasan effort aku," kata Louis dengan nada yang dibuat sedih. Dahi Medina berkerut.

"Louis... kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Are you dreaming?"

"Huh? Aku cakap apa?" soal Louis. Medina tepuk dahi. Dah hilang ingatan pula dah.

"Sah mamat ni bermimpi siang-siang macam ni. Pelik-pelik ajelah kau ni Louis. Dahlah pergi sana. Aku pun tak hamaklah nak crush dekat si Daniel tu. Kau ni pun satu, suka sangat dengar kata orang tanpa tanya aku dulu." Medina mengarah Louis untuk pergi kerana dia sudah malu teramat ini. Ayat Louis terngiang-ngiang dikepala otaknya.

"Aku... ada terlepas cakap ke tadi?" Louis masih lagi statik berdiri disebelah Medina. Medina mengeluh perlahan. Seraya itu, dia bangun dari duduknya. Senyuman paksa dan tidak rela dihadiahkan kepada Louis yang saling tak tumpah macam hilang ingatan itu.

"Ada. Dahlah! Stoplah bagi aku fakehope. Rimas tahu tak!" Medina menghentak perlahan buku nota Sejarah yang dipinjam oleh Louis di dada lelaki itu. Terdorong lelaki itu kebelakang.

Bibirnya terukir sambil melihat susuk tubuh Medina sudah hilang dari pandangan. Sukalah tu usik anak dara orang.

Itulah kali pertama Louis memberi ayat manis lepastu taknak mengaku yang membuatkan jantung Medina mengepam darah dengan laju. Dan sebentar tadi adalah kali kedua. Betapa bahagianya hidup Medina apabila Louis bagi ayat-ayat sebegitu. Bukan senang nak dapat.

Tak kisahlah Louis buat-buat lupa ataupun hilang ingatan sekalipun, dia takkan sesekali lupakan kenangan manis antara mereka berdua. Medina sudah menggeletis sambil memeluk bantal bentuk pikachu itu dengan erat. Dibayangkan pikachu itu ialah Louis.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now