Bab 24

10.4K 528 68
                                    

"LIMA tahun, Far

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"LIMA tahun, Far... Lima tahun," bisik Medina didalam pelukan Farhan sambil menghamburkan tangisannya. Farhan mengeluh berat. Dia menarik kakaknya untuk duduk diatas katil. Pelukan masih belum dileraikan. Tangan kekar Farhan menggosok lembut belakang badan Medina.

Dia sangat rapat dengan Medina. Sudah tentulah dia faham apa yang dirasakan oleh Medina walaupun dia tak pernah ada taruh perasaan kepada sesiapa kecuali pada Aleena. Segala rahsia Medina, semuanya tersemat didalam kocek.

Medina dah lama simpan perasaan kepada Louis. Dari pertama kali mereka bertemu lagi. Cuma... entahlah. Louis macam buat-buat tak tahu.

Tangan Farhan mencapai tangan Medina yang terluka. Luka itu ditiliknya. Tak teruk sangat tapi entah kenapa darah banyak keluar. Pelukan dileraikan. Farhan mengambil kotak kecemasan yang elok tersimpan didalam almari Medina. Kotak kecemasan itu dibuka lalu dikeluarkan kapas dan ubat sapu antiseptik dan ubat anti kuman. Oleh kerana dia juga ambil bidang perubatan di universiti, dia tahu sikit-sikit tentang ubat-ubatan ini.

Kapas itu disapu lembut ditapak tangan Medina.

"Far... slow-slowlah, sakit..." Medina mengadu sakit dengan wajah yang berkerut. Setelah luka itu dibalut oleh kain kasar berwarna putih itu, Farhan kembali memeluk kakaknya yang masih belum habis menangis.

"Sakit kat tangan pun, iya. Sakit kat hati pun, iya," kata Farhan. Medina hanya mengangguk.

"Lima tahun kakak tunggu dia. Banyak kali kakak cuba move on, tapi tak boleh. Dia suruh kakak tunggu dia, kakak buat apa yang dia suruh. Gelang yang dia bagi ni menandakan kakak sentiasa setia dengan dia. Tapi... sekarang... balik, balik je kata nak kahwin dengan orang lain. Mana janji dia dulu, Far? Mana!" Medina mengogoi dipelukan Farhan sehingga dia menarik-narik baju T-shirt Farhan.

"Kakak... janganlah macam ni. Ni bukan Medina yang Far kenal. Medina takkan cepat putus asa kan?" Farhan cuba memujuk walaupun dia tak berapa cemerlang dalam pujuk-memujuk ini.

"Kakak nak buat apa lagi? Takda apa yang akan berubah. Kakak kenal sangat Louis tu. Kalau dia dah buat keputusan, itulah keputusannya! Takkan sesekali dia tukar. Dia akan kahwin juga dengan perempuan tu!" Makin kuat tangisan dan raungan Medina.

Farhan menolak tubuh Medina dan memegang kedua bahu Medina. "Pandang mata Far," arah Farhan. Namun, Medina masih lagi menunduk. "Pandang mata Farhan, kakak!" arah Farhan lagi. Kali ini, suaranya kedengaran tegas lagikan keras. Perlahan-lahan mata hazelnya merenung mata Medina.

"Dengar sini. This is not Medina that I know. This is not my lovely and crazy sister. Medina yang Far kenal adalah seorang yang berhati kental. Bukan Medina yang berhati tisu. Please, jangan jadi macam ni hanya sebabkan seorang lelaki. Kakak Farhan kuat orangnya. Kakak Farhan tak buat sesuatu yang berakhir ditengah jalan.

Yes! Mungkin abang Louis akan tetap kahwin dengan pilihan hati dia. Tapi kakak tak boleh tunjuk pada dia yang kakak lemah hanya sebab benda ni. Kakak kena tunjuk pada dia yang kakak boleh buat yang lebih terbaik dari dia. Maksud Far, kakak tak boleh tunjuk yang kakak sangat-sangat sayang pada dia.

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now