Bab 9

8.8K 507 38
                                    

SUASANA didalam kereta sekarang ini sangat hening dan sunyi sepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUASANA didalam kereta sekarang ini sangat hening dan sunyi sepi. Tiada sebarang radio yang dipasang. Eira dan Hanif pula mendiamkan diri di tempat duduk hadapan. Medina, Louis dan Farhan asyik saling berpandangan. Nampaknya, keadaan bakal menjadi teruk selepas ini.

Tiba sahaja dirumah, Louis segera mengejar langkah Hanif.

"Abi... Lou--"

PANG!

Satu tamparan yang kuat terhinggap di pipi Louis sehingga membuatkan kepala Louis terteleng lalu jatuh ke tanah.

"Abi!" Farhan dan Medina menjerit serentak. Louis yang sudah terjelepok jatuh ketanah itu diterpa mereka. Nafas Louis turun naik sambil tangan kanannya memegang pipinya yang berpijar. Kiat sangat tamparan itu sehingga tepi bibirnya pecah.

"Sepanjang abi jaga kamu, abi tak pernah ajar kamu buat benda tak senonoh ni tau tak!" Suara Hanif mula menengking kuat. Louis dan adik-adik tirinya sudah saling merapatkan badan mereka apabila Hanif berura-ura mahu membuka tali pinggangnya.

"Abi! Abi pun kenal Louis macam mana kan? Louis takkan buat benda terkutuk macam ni. Louis dianiaya!" Medina cuba membela Louis.

"Kalau dia teraniaya sekalipun, kau diam ajelah! Yang kau nak tarik tudung kawan kau tu dah kenapa?! Kau memang dah melampau. Korang tiga beradik memang sama je!"

Tali pinggang diangkat tinggi. Medina sudah mengalirkan air matanya. Badannya yang menggigil menunjukkan dia betul-betul takut melihat ayahnya mengamuk dan baran seperti ini. Tidak pernah sama sekali ayahnya berkelakuan sebegitu.

"Abang, jangan!" Eira akhirnya bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Wajah suaminya yang merah padam itu ditenungnya. Perlahan-lahan pipi suaminya diusap. "Ini bukan Hanif yang Hazel kena. Hanif yang ini sudah lama hilang. Kenapa perlu muncul semula? Cukuplah Hazel sahaja yang tahu perangai abang. Janganlah anak-anak. Hazel yakin ini hanya salah faham." Pujukan dari Eira membuatkan Hanif menjatuhkan tali pinggangnya kebawah.

Dia menoleh kearah anak-anaknya yang saling berpelukan. Farhan juga kelihatan takut dengannya walaupun dia langsung tidak marahkan Farhan. Hanif hela nafas. Wajah dan rambutnya diraup sekaligus.

Saat dia memarahi anak-anaknya, mereka tidak sesekali memberontak ataupun melawan. Tidak seperti remaja yang lain. Mereka sangat menghormati Hanif sebagai seorang bapa, lagi-lagi Louis. Dia hanya diam apabila ditampar. Mereka semua di didik dengan baik.

Tapi kenapa Hanif yang dulu perlu kembali? Apa yang telah masuk kedalam badannya?

"Louis, Dina... Abi minta maaf. Abi tahu korang takkan malukan abi dan umi."

Medina mula berdiri. "Tak mengapa, abi. Bukan salah abi pun. Abi ada hak untuk marah. Dina tahu, Dina bukan anak yang baik. Dina perlu perbaiki lagi sikap Dina. Cuma, percayalah. Louis takkan buat macam tu. Dia dianiaya. Dina nampak dengan mata kepala Dina sendiri. Kalau Dina bawa telefon atau kamera, dah lama Dina tunjuk sebagai bukti," jelas Medina seraya itu air matanya mengalir dipipi. Dia menerpa kearah abi kesayangannya dan menghamburkan tangisannya. "Louis tak salah, abi."

✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now