Bab 13

8.3K 460 21
                                    

HARI yang mendebarkan bagi semua pelajar SPM sudah tiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI yang mendebarkan bagi semua pelajar SPM sudah tiba. Cukup 3 bulan mereka berehat daripada bertempuh di dewan peperiksaan, kini keputusan bakal keluar.

Malam tadi, Louis tidak boleh tidur jadi dia mengambil keputusan untuk solat hajat. Berdoa kepada Tuhan pada awal pagi yang indah. Menangisnya seorang diri memohon keampunan dan memohon agar semua dipermudahkan.

Apabila hari menjelang pagi, dialah orang pertama bersiap untuk ke sekolah. Diketuknya pintu Medina kerana dia terlalu bersemangat. Bersemangat, takut, gementar dan segalanya bercampur baur dalam dirinya.

"Awalnya kau bersiap, Louis. Kita pergi pukul 10 pun boleh kan?" kata Medina sambil menguap besar. Matanya digosok oleh kedua tangannya. Mamai lagi budak ni... Haha!

"Mana boleh. Kita kena ada dekat sekolah pukul 8. Kau sendiri yang tanya semalam kan?"

Medina merengek perlahan. "Yelah, yelah. Kau tunggu jap. Aku nak mandi." Medina menutup balik pintu biliknya.

"Jangan sambung tidur tau! Today is our day, sayang!" Tersedak air liur Medina mendengar Louis menjerit perkataan 'sayang' tadi. Telinganya digosok. Manalah tahu dia salah dengar ataupun dia masih lagi mamai.

Tidak mahu melayan hati yang mula sarat dengan bunga-bunga cinta, Medina pantas masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Baju kurung moden menjadi pilihan. Sengaja dia ambil warna yang sama dengan Louis. Tak ke sweet gitu?

Usai membersihkan diri dan mendandan diri, Medina keluar dari bilik dan menuju ke meja makan. Dapat dilihat semua sudah tersedia ada disitu kecuali Farhan. Tidur lagi lah tu.

"Good morning, abi, umi," ucap Medina seraya mencium kedua pipi ibu dan bapanya. Sejurus itu, dia mengambil tempat disebelah Hanif.

"Ceria nampak? Tak nervous ke?" Eira menegur sambil menuangkan air kopi panas kedalam cawan kecilnya dan Hanif. Medina tersengih.

"Gila tak nervous! Kalau Dina tak dapat apa yang Dina target, Dina nak menangis dekat bucu katil!" seloroh Medina lalu ketawa.

"Apa pula macam itu. Ini baru permulaan. Ada banyak lagi yang korang kena tempuh. Jangan cepat putus asa. Walau apapun keputusan Dina dan Louis nanti, Dina dan Louis kena terima seadanya. Boleh?" Eira menasihati kedua anaknya. Louis dan Medina hanya mengangguk sebelum mula menjamah makanan mereka.

"Mana Farhan, umi?" soal Louis.

"Ada dalam bilik tu. Tidur lagi lah tu agaknya."

"Pukul berapa dia tidur semalam, umi?"

"Manalah umi tahu. Entah apa dibuatnya pun umi tak tahu." Eira mengambil tempat disebelah Louis. "Sudahlah. Nanti pandai-pandailah dia bangun, cari makanan dekat dapur. Kamu berdua makan aje."

"Okay, umi." Medina dan Louis menjawab serentak.

" Medina dan Louis menjawab serentak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✓ | 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀Where stories live. Discover now