- 41-

173 27 5
                                    

INDAH

Gelap tetapi hawa hangat terasa meruap.Sunyi.Ketika merasakan kakinya menapak semula ke atas permukaan yang keras,dengan pantas Indah meraba-raba permukaan kasar di hadapannya.Cuba mengagak tempat di mana dia sedang berada ketika itu.

Sedangkan suasana sekeliling terasa hangat,tanah di bawah tapak kakinya terasa dingin dan becak bahkan sedikit berlendir. Bau hanyir memenuhi rongga hidungnya.Maung bercampur tengik yang menusuk.

Seketika ketika ada angin kasar berhembus,kegelapan yang menyelubungi pandangannya mulai menipis lalu digantikan dengan warna kemerahan .Memenuhi setiap sudut penglihatannya dan terbetang saujana mata memandang.Luas sekali seperti lautan yang tidak bertepi.

" Naufal!"

Laungan keras Indah tidak bersahut melainkan dia dapat mendengar suaranya sendiri melantun-lantun dalam ruang kosong begitu.Kabus tipis berarak perlahan tetapi tetap tidak menepi.Ada di mana-mana.

"Fatimah!!"

Sama seperti tadi,tidak ada sesiapa yang menyahut walau bagaimana keras sekalipun Indah melaung sehingga tekaknya terasa perit.Menyedari kemungkinan bahawa dia sememangnya bersendirian di tempat asing begitu,Indah mengambil masa untuk menenangkan diri.

Menggenggam kejap jari-jemarinya lalu menghela nafas berkali-kali .Tidak lupa memanjatkan doa kepada pemilik langit dan bumi agar dilindungi daripada segala kejahatan yang tidak kelihatan pada mata kasarnya ketika itu.Menguatkan semula semangatnya,Indah memberanikan diri untuk melangkah dalam keadaan samar begitu.Selangkah.Dua langkah.Lalu pada langkahan keempat,dia tersembam ke hadapan.Mendarat pada perutnya sehingga membuatkan dia melenguh kesakitan.

Menghela nafasnya dua tiga kali,sekali lagi Indah bangkit sambil tangannya terus meraba ke hadapan.Selajur lima ruas jari tangannya menyentuh sesuatu yang licin dan bulat.Perlahan-lahan dia mencapainya lalu dibawa ke hadapan wajah.Dalam kabus yang berarak nipis,dua rongga yang berdekatan antara satu sama lain lalu ada rongga ketiga di antaranya semakin jelas dalam penglihatannya.Ke bawah sedikit berderet ceracak...

" Allahu akhbar!"

Indah terpekik ketika menyedari benda yang sedang berada di tangannya itu merupakan tengkorak manusia yang sudah licin dan sedikit berlumut.Rasa terkejutnya membuatkan tanpa sedar dia mencampakkan tengkorak tersebut dan dalam masa yang sama terundur beberapa langkah ke belakang.

Tergamam dan dia hanya mampu menggumamkan istighfar ketika angin yang bertiup ke segenap arah membawa bersama jurai kabus itu lalu suasana yang gelap kemerahan tersebut semakin lama semakin jelas.

 Di hadapan matanya terbentang sejauh mata memandang,pohon-pohon tidak berdaun tegak dalam balutan kabus yang menyusup senyap.Mencuar antara ribuan tengkorak manusia dan timbunan tulang belulang yang terapung-apung dalam lekit lumpur yang becak dan berbau.

Dengan bahu dan tengkuk yang kaku,Indah tunduk menekuri kakinya dan ketika itulah sekali lagi dia seakan hendak terjerit kerana menyedari permukaan keras tempatnya berpijak itu sebenarnya merupakan tengkorak dan tulang yang saling bertindan dalam selut hitam berbau busuk.

" Indera!!"

Tidak ada yang menyahut.Gelap.Merah dan senyap menyelubungi segenap penglihatannya.

" Aduka!!"

Sama seperti tadi,tidak ada sesiapa yang menyahut panggilannya membuatkan Indah semakin pasti bahawa dia sememangnya sedang bersendirian di tempat aneh itu tanpa ada sesiapa.Seketika Indah mendongak untuk mencari ataupun sekadar meneka di mana kedudukan matahari ketika itu.

Sekurang-kurangnya dia boleh meneka arah berdasarkan pergerakan matahari.Namun sehingga kini,dia langsung tidak melihatnya di mana-mana.Tetapi Indah sedar dia tidak boleh terus berada di tempat tersebut kerana dia tidak tahu apa yang bakal menunggunya di situ.

SAPTA ADHYASTAWhere stories live. Discover now