-9-

303 54 22
                                    

Hancur berkeping-keping seperti kaca yang dihempas ke batu.

Segenap pandangan Kasturi bagaikan ditutupi sekelebat kehitaman dimana-mana membuatkan tubuh capiknya terhenyak ke atas permukaan tanah.Sendi-sendi yang menghubungkan ruas kakinya bagaikan lemah dan tidak mampu untuk menampung berat tubuhnya sendiri.

Penglihatannya yang kabur perlahan menjadi hangat dan dengan tangan yang terkepal menggeletar, tanpa sedar air matanya merembes perlahan. Jantung yang terasa dicengkam begitu sakit dirasakan sehingga membuatkan nafasnya tersendat dipangkal dada. Ada rasa yang tidak terluah menjerut hatinya dan lidahnya mendadak kelu.

Pinggir laut Pelabuhan Teluk Kumbah yang hingar-bingar seperti tidak kedengaran pada pendengaran Kasturi. Tanah becak dibawah tapak kakinya bagaikan menyedutnya perlahan sehingga dia tidak mampu untuk bangkit.

Sungguh. Dunianya gelap dan bagaikan menimpa kepalanya sekaligus .

Di hadapan matanya ketika itu, satu susuk tubuh kelihatan separa tenggelam dalam keadaan terlentang.Pucat menghampiri kebiruan. Kaku dan bergerak-gerak dipuput arus. Rambut panjang yang baru sahaja dilihat Kasturi dililiti rangkaian bunga-bunga Melur itu kembang dan menyebar ke serata arah.Baju yang membalut tubuh tersebut amat dikenali Kasturi.

Puspa Anggarani!

Belum sempat Kasturi menceburkan diri ke dalam air yang menghampiri aras pasang itu, sekali lagi dia tumbang apabila tubuhnya ditolak kasar.

Dalam genang air mata, Kasturi melihat bagaimana tubuh kaku itu diangkat tergesa-gesa dan kemudian digendong ke darat sementara suasana sekeliling semakin hingar dan kedengaran suara berbisik-bisik di mana-mana.

Hampir serta-merta, pinggir pelabuhan itu riuh mengalahkan pasar pagi dan berita kematian Puspa Anggrani menyebar pantas sehingga seluruh isi permukiman tersebut tumpah ke Pelabuhan Teluk Kumbah.

Sudah puluhan tahun mereka bermukim diperkampungan tersebut namun tidak pernah sekalipun berlaku hal yang sedemikian rupa.Desa permukiman mereka makmur dalam wilayah kekuasaan Penghulu Deraman.Tidak ada prahara yang aneh-aneh kerana sebahagian daripada keluarga yang menetap di permukiman tersebut sedikit sebanyak masih merupakan keluarga yang rapat.

Sudah pasti tidak ada yang lebih terkesan oleh kejadian itu selain daripada ayah dan ibu kepada Puspa Anggrani-Tun Faridah dan Saudagar Hassan. Wanita berketurunan Melayu-Champa itu pitam sebaik sahaja kain batik lepas yang digunakan untuk menutupi jenazah kaku Puspa Anggrani diselaknya perlahan dengan segenap sendi yang menggeletar.

Megat Awira dan Penghulu Deraman yang tiba sedikit lewat ditatap Kasturi dengan rasa aneh yang mengembang didalam dadanya. Segala adegan yang disaksikannya beberapa hari yang sudah kembali terulang dan bergentayangan ditubir matanya.

Serta-merta juga penumbuknya terkepal apabila melihat Megat Awira terkaku namun tanpa angin tanpa ribut,rahang Kasturi seakan hendak tercabut apabila tiba-tiba sahaja Megat Awira menerkamnya dan menunding dengan jari yang menggeletar.

" Apa yang telah tuan hamba lakukan,Kasturi?"

Kasturi sendiri terpempam dan mendadak dia menjadi sasaran tatapan mata para penduduk kampung yang masih kaget dengan kejadian malang yang menimpa Puspa Anggrani.

" AAppaa makksud tuuan hammba,Megat?"

" Apa tuan hamba fikir hamba tidak mengetahui perbuatan tuan hamba? Menghantarkan bunga kepada puteri Saudagar Hassan.Menghampirinya dan ..."

" Megat ! " Kasturi benar-benar terjerit dengan nada yang tidak pernah meloncat dari ulas bibirnya. " Hamba tidak melakukan seperti yang tuan hamba katakan.Itu semua dusta !!"

SAPTA ADHYASTAWhere stories live. Discover now