-43-

171 32 19
                                    

PUSAT PERUBATAN AL-QUDS

Pukul tiga pagi ketika suhu di dalam wad ICU- HDW itu semakin sejuk dan senyap,jururawat yang sedang menekuri catatan di atas meja mendadak angkat kepala apabila kedengaran bunyi bip dari alat EKG itu tiba-tiba sahaja kedengaran rapat dan bertalu-talu.

Bagaikan mendengar siren kebakaran,jururawat tersebut bingkas berlari menuju ke arah katil di hadapannya lalu menekan loceng kecemasan bagi memanggil para doktor dan jururawat bertugas di wad tersebut yang pada ketika itu sedang berehat di ruang pantri .

Pasti mereka sedang menghirup kopi ataupun mencicip jajanan malam untuk membolehkan mereka berjaga sepanjang malam sehingga waktu syif mereka berakhir jam lapan pagi nanti.

Hanya dalam hitungan beberapa detik,pintu wad terbuka dan tiga orang doktor serta dua orang jururawat melangkah masuk sedikit berlari anak. Doktor yang mengetuai syif malam itu pantas melekapkan stateskop ke telinganya sambil menatap khuatir graf denyutan jantung yang terpapar pada skrin EKG pesakit tersebut yang jelas menunjukkan ritma tidak normal. Graf menaik dan menurun tidak ubahnya bagaikan paten seismografi ketika gempa bumi melanda beberapa skala Richter.

"Cardiac arest"

Tergesa-gesa menanggalkan stateskop dari telinganya ketika salah seorang daripada jururawat tersebut menarik portable defibilator yang diletakkan tidak jauh dari situ,doktor tersebut sudah menaiki katil dan melekapkan tapak tangannya ke arah dada pesakit lalu melakukan tekanan bantuan CPR.

" 150 joules."

Dan ketika doktor tersebut mencapai pemegang defibilator yang dihulurkan kepadanya,hampir serentak alat EKG daripada satu lagi katil yang berada di situ berbunyi nyaring seperti saling berlumba-lumba sesama mereka.

" My God.."

Dua orang daripada lima pesakit di dalam wad tersebut mengalami serangan jantung secara serentak!

Terbuntang mata doktor yang seorang lagi apabila menyedari betapa gentingnya keadaan ketika itu.Dari hujung matanya dapat dilihatnya skrin EKG pesakit di katil hujung juga bergerak dan memaparkan ritma yang tidak normal.

Bunyi keriut katil saling tingkah bertingkah ketika dua orang doktor tersebut serentak melakukan mampatan pada dada pesakit yang terbaring kaku di atas permukaan katil dan suara bip yang menderit cemas memenuhi pendengaran.

+             +             +

INDAH

Ketika langkah demi langkah terasa menguras tenaga dan keletihan semakin dirasakan setiap kali dia terpaksa mengangkat kedua-dua belah kaki yang terbenam di dalam selut becak begitu,dia mengerah sisa kekuatan bersama nafas yang termengah-mengah menunjang dada.

Bersendirian,gelap dan selut juga timbunan rangka manusia berada dimana-mana malahan ada ketikanya dia terpaksa merangkak ataupun tersembam,hanya desahan nafas bersama kalimah puji-pujian dirafakkan kepada Dia yang memiliki langit dan bumi.

Sesungguhnya,Indah merasakan dia sudah terlalu letih tetapi tekadnya untuk keluar dari tempat tersebut tidak pernah pudar walaupun hati kecilnya sesekali berbisik putus asa.

Manakan tidak.Tidak diketahui bagaimana,dia terdampar di tempat asing begitu.Bersendirian.bahkan lembah berselut yang dipenuhi lumpur dan timbunan rangka manusia itu jelas sekali tidak berpenghujung.Indah merasakan sudah berjam-jam dia melangkahkan kaki tetapi tidak ada satu pun tanda yang menunjukkan bahawa tempat tersebut dihuni oleh sesiapa.

Terjelepok lalu bangkit lagi membuatkan sekujur tubuhnya kumal dan coreng-moreng dengan palitan lumpur namun bukan hal itu yan perlu dirisaukan oleh Indah.Lembah yang tidak berpenghujung itu seperti lingkaran dunia aneh yang memerangkapnya.Setiap sudut kelihatan sama sahaja.

SAPTA ADHYASTAWhere stories live. Discover now