-47-

160 24 34
                                    

Marid berang bukan kepalang.Meradang. Bukan sahaja kerana susuk tubuh di hadapannya itu bagaikan sedang dilindungi oleh tabir cahaya yang membutakan matanya malahan setiap kali dia cuba untuk menghampiri pemuda tersebut,tubuhnya terasa panas tidak tertanggungkan.

Dia tahu punca hal tersebut.Sesuai janjinya dengan Kasturi, dia akan melindungi keluarga serta keturunan-keturunan lelaki itu dan kerana itulah dia langsung tidak dapat menghampiri Fahri.

Dan kini,pemuda itu berpaling daripadanya dan mengambil keputusan untuk menentangnya pula!

Bahkan jauh daripada itu, dalam ramai-ramai keturunan yang bersambung terus dengan nasab galur Kasturi-pemuda yang satu ini memiliki aura yang berbeza sama sekali.

Pernah. Bukan tidak ada yang mencuba untuk memutuskan ikatan yang berawal dari perjanjian antaranya dengan Kasturi lama dulu tetapi tekad Fahri sangat sukar untuk diganggu-gugat.

Tekadnya kukuh malahan tidak keberatan sama sekali jika kemewahan dan kemahsyuran yang selama ini dinikmati oleh keluarganya akan lenyap begitu sahaja. Berbanding keturunan-keturunan Kasturi yang lain, Fahri sama sekali tidak bimbang dengan keadaan tersebut.

" Memutuskan ikatan antara kita akan mengakibatkan seluruh keturunan mu kehilangan segala-galanya !"

Lagi-lagi pernyataan pamungkas itu disuarakan Marid sambil mengetapkan giginya berang.

Fahri menghela nafasnya perlahan-lahan. Dia sedar kenyataan itulah belenggu terbesar bagi seluruh keluarganya sejak dari dulu namun sebenarnya hal itu jugalah perkara yang paling dikesalinya.

Sekelumit sahaja rasa tidak ikhlas untuk menamatkan perjanjian antara Marid dengan keluarganya, usahanya untuk memutuskan ikatan tersebut akan tidak berjaya. Sama seperti apa yang berlaku sebelum ini.

Dalam lingkungan dunia politik dan konglomerat, terlalu sedikit yang tidak mengenali keluarganya. Dari dahulu. Baik lawan atau kawan, semuanya seakan-akan berada dalam genggaman.Keluarga mereka disegani dan ditakuti maka tidak hairan bagaimana mereka selalu berada di hadapan dalam segala hal.

Fahri sedar ia merupakan aib keluarganya yang sangat memalukan. Maha Suci Allah yang masih sangat mengasihi mereka kerana hal tersebut masih jauh daripada pengetahuan umum.

Akan dikemanakan nama keluarga mereka jika masyarakat umum mengetahui bahawa segala kekayaan dan kemakmuran mereka adalah disebabkan persekutuan nenek moyang keluarga tersebut dengan makhluk kegelapan?

Dalam norma masyarakat moden sahaja, hal tersebut sudah merupakan sesuatu yang sangat bertolak belakang dan sudah tentu dari sudut pandang agama,hal itu sangat tabu. Syirik. Pendusta agama.

Ketika masih sangat muda, Fahri sempat hairan dan tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh datuknya pada suatu malam tatkala bulan purnama penuh terlindung di sebalik gumpalan awan yang tebal.Melalui celah rekahan pintu yang kecil, dapat dilihatnya lelaki tersebut duduk bersila menghadap sebuah dupa yang mengepulkan asap. Berbicara tidak tentu butir kata lalu menggumam-gumam seperti merafak mantera.

Tertangkap, dia menerima amaran yang keras agar tidak melakukan hal tersebut pada masa yang lain namun amaran tersebut tidak dapat menghentikan rasa ingin tahunya yang semakin meluap-luap.

Tidak terhitung kejadian aneh yang pernah dialami Fahri namun dia merahsiakan hal tersebut daripada pengetahuan sesiapa. Berbual-bual dengan ayahnya namun tahu-tahu si ayah sudah beberapa hari keluar negeri atas urusan kerja antara pengalaman ganjil yang menimbulkan wasangka pemuda itu tentang kaitan antara keluarganya dengan sesuatu dari alam ghaib. Atau melihat kelibat serta suara-suara aneh ketika dia bersendirian.

Tetapi ketika melihat betapa azab sakarat datuknya semasa berada di hujung usia, Fahri tahu dia mesti melakukan sesuatu untuk memutuskan ikatan tersebut walau apa sahaja rintangannya. Dia yakin selagi ada antara keluarga mereka yang sanggup dan meneruskan perjanjian itu, selagi itulah mereka akan terus terbelenggu dalam ikatan dengan sang terkutuk.

SAPTA ADHYASTAWhere stories live. Discover now