-10-

323 55 18
                                    

" Kasturi? "

Suara Naufal mencelah tiba-tiba membuatkan mata sang ayah mencerlang tajam ke arahnya dan datuknya pula menggeser punggung tanda tidak berkenan dengan karenahnya begitu.

"Apa kaitan Kasturi dengan perjumpaan kita malam ni? "

Penghulu Paduka Haji berdehem seketika tetapi wajahnya masih tidak lekang dari menyungging senyum.Teduh dan tenang sahaja.

" Sejak kejadian tersebut, tidak ada sesiapa lagi yang pernah melihat Kasturi. Ramai yang menyangka Kasturi sudah meninggal dunia akibat dibaham harimau. "

Tiba pula giliran datuk Indah menyahut dan daripada butir bicara mereka saling sambung menyambung antara satu sama lain, Indah semakin yakin bahawa mereka sangat hafal jalan cerita aneh tentang seorang pemuda bernama Kasturi itu.

"Belasan tahun kemudian, ketika permukiman tersebut berada dalam masa pemerintahan Megat Awira sebagai penghulu, seorang demi seorang daripada penduduk desa tersebut diserang penyakit misteri.Bermula dengan dihinggapi penyakit kulit yang tidak kunjung sembuh, kaki yang tiba-tiba lemah serta
capik. "

" Sama seperti penyakit yang menimpa Kasturi. "

Indah yang sejak dari awal perbualan tersebut hanya mendiamkan diri mula angkat bicara kerana secara perlahan-lahan dia bagaikan tahu perihal tentang pemuda Kasturi itu akan berakhir di mana.

" Benar sekali, anaknda. "

ujar Penghulu Paduka Haji seraya melayangkan senyumannya kepada Indah.

" Puas para penduduk permukiman mencari ikhtiar namun tidak ada seorang pun yang berjaya disembuhkan.Selepas beberapa ketika, muncul khabar angin aneh bahawa penyakit aneh yang melanda permukiman tersebut adalah disebabkan mereka telah menganiaya Kasturi."

" Dan kemunculan Kasturi membenarkan tanggapan tersebut. Walau bagaimana pun, Kasturi yang muncul dan menawarkan kesembuhan kepada para penduduk permukiman yang tenat itu bukan lagi Kasturi yang dulu. Dia berubah menjadi satu susuk tubuh pemuda yang gagah dan tampan malah memiliki harta tidak terbilang banyaknya jauh melebihi Penghulu Megat Awira sendiri. "

Mungkin kerana pernah berada dalam keadaan tertindas, Kasturi bertukar menjadi seorang yang serakah, kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sesiapa sahaja yang melintangi kehendaknya akan berakhir dengan kematian mengerikan.Sekurang-kurangnya begitulah Indah menyimpulkan setakat itu tentang segala cerita yang disampaikan dengan tenang oleh Penghulu Paduka Haji.

" Semakin lama, Kasturi semakin tidak terkawal. Bukan sahaja berubah dari segi penampilan malahan dia berubah seratus peratus. Dengan kekuatan dan kekuasaan yang dimiliki, serakahnya tidak mengenal erti puas dan dia mulai menjajah kawasan perdesaan yang berhampiran. "

" Apa tidak ada seorang pun yang mampu menghentikan perbuatan jahat Kasturi? "

Kali ini Indah pula mencelah dalam nada ingin tahu.

" Seperti yang dikatakan oleh ayahnda Al-Attas." Tun Indera menyahut dari hujung serambi.

" Kasturi bukan lagi orang yang sama. Dia terlalu sukar untuk ditandingi kerana entah bagaimana, dia dengan tidak semena-mena memiliki kekuatan sihir yang luar biasa. Tubuhnya sendiri tidak lut dek senjata. "

" Belasan tahun penduduk terus menerus ditindas oleh Kasturi dengan bermacam-macam kezaliman yang dilakukan. Dan pada suatu ketika, seorang pedagang dari Semenanjung Arab singgah. Syeikh Abdul Mutalib. "

Saling sambung menyambung kedua-dua lelaki hampir sebaya itu menceritakan kejadian tersebut dengan tenang dan sangat jelas mulai membenihkan rasa syak dalam hati Indah walaupun dia merasakan cerita itu semakin lama semakin menarik minatnya entah mengapa.

SAPTA ADHYASTAWhere stories live. Discover now