-5-

349 58 37
                                    

Bas yang membawa Indah sudah semakin hilang ditelan selekoh namun tatapan aneh guru-guru wanita dan beberapa orang pelajar perempuan tetap sahaja terbayang di dalam ingatannya.

" Indah buat apa?"

Begitu kakaknya mencengkam lengan Indah sebaik sahaja kedua-duanya sudah berada didalam bilik dan tidak akan ada yang mendengarkan perbualan mereka.

" Buat apa? "

" Indah, dengan orang lain mungkin Indah bolehlah berbohong tapi bukan dengan Kak Long. "

" Bohong apa pula ni? "

" Indah tahu apa yang Kak Long maksudkan. Jadi berhenti berpura-pura."

" Kerana Indah tak mahu berpura-puralah Indah buat keputusan untuk membantu.Maaflah kalau apa yang Indah lakukan tu menyusahkan Kak Long.. "

" Indah, Indah tahukan yang Kak Long tak bermaksud begitu. Kak Long cuma risau dengan Ustaz Hambali. Apa Kak Long nak jawab kalau Ustaz Hambali tanya nanti? "

" Terserah Kak Long nak jawab apa.Indah dah malas nak perdulikan cakap-cakap orang lagi.Yang penting Indah tahu diatas landasan apa Indah berpijak. "

Sungguh.

Perbualan tidak menyenangkan awal pagi itu masih terngiang didalam pendengaran Indah dan bas yang teroleng-oleng itu tidak berjaya sedikitpun menghipnotisnya agar melelapkan mata walaupun Indah tahu  perjalanannya masih memakan masa belasan jam sebelum sampai ke kampung di mana datuk dan neneknya menetap.

Bukan dia tidak betah untuk tinggal dirumah namun hakikatnya dia tidak suka dilayan dengan cara yang berbeza oleh ayah dan juga ibunya serta dua orang kakaknya itu.

Dia benci apabila kakaknya seringkali memandangnya seperti sahaja dia adalah makhluk asing berlendir dengan mata sebesar bola tenis yang melangkah keluar dari sebuah kapal angkasa berbentuk dua biji pinggan saling ditelangkupan.

Dan hakikat paling dibencinya daripada keseluruhan hal itu adalah sehingga kini tidak ada seorang
pun di antara ahli keluarga terdekatnya yang mempercayainya. Jika ayah dan ibunya selalu memandangnya dengan tatapan kasihan, sebaliknya dua orang kakaknya pula menatapnya dengan jengkel.

Walaupun Indah sebenarnya tidak mahu memperbesar-besarkan hal tersebut, tetapi hari demi hari sehinggalah Indah menginjak usia dewasa -sedikit demi sedikit layanan berbeza yang diterimanya daripada dua orang kakaknya itu akhirnya meninggalkan kesan juga didalam hati Indah.

Dia sedar kedua-dua kakaknya itu secara tidak langsung menganggap Indah telah menyita seluruh perhatian juga kasih sayang ayah dan ibu mereka hanya kerana Indah dilahirkan berbeza.

Lahir dalam keadaan songsang dan kehilangan nafas beberapa minit adalah keanehan pertama yang diketahui Indah melalui cerita daripada mulut neneknya sendiri. Di tengah murka sang alam dan langit yang gegak gempita memanahkan petir seraya menurunkan hujan  semahu-mahunya, ketika tubuh kecil itu yang sudah dianggap tidak bernyawa lagi ditutupi dengan sehelai kain dalam remuk redam hati sang ibu,-dengan tidak semena-mena kedengaran suara tangisan yang cukup nyaring.

Sepertinya tidak cukup hanya dengan itu sahaja, dia mula dianggap aneh apabila memperkenalkan sahabat karibnya-Sari pada suatu hari tetapi kejadian itu berakhir dengan dia mendapat gelaran Si Pembohong oleh kakak-kakaknya dan dia yang masih terlalu mentah ketika itu hanya mampu menangis tidak terima walaupun Sari benar-benar berada disebelahnya ketika dia dihujani dengan tatapan sinis dan tawa mengejek daripada kakaknya sendiri.

Manakala ayahnya pula bukan tidak pernah mempertemukan Indah dengan seorang wanita dalam balutan pakaian putih dan berkaca mata yang pada kemudian hari apabila Indah berusia dua belas tahun, barulah difahaminya bahawa wanita itu merupakan seorang pakar psikiatri kanak-kanak yang khusus menangani masalah 'sahabat imaginasi' seperti yang dialami Indah menurut pandangan mereka.

SAPTA ADHYASTAWhere stories live. Discover now