-32-

222 37 2
                                    

Koordinat yang diberikan kepada mereka membawa Sallehuddin,ayahnya dan juga Pakcu Deris ke sebuah kawasan yang masih dipenuhi pohon-pohon tinggi menunjang kabus.Dahan dan pucuk muda yang saling bertaut sesame sendiri membentuk kanopi pohon yang tebal dan menyebabkan sangat sedikit cahaya matahari yang mampu menembusi naungan daun tebal begitu.

Kerana jalan tanah merah yang dulunya dilalui oleh kenderaan pasukan mencari dan menyelamat telah mulai ditumbuhi semak-samun, Pakchu Deris yang berjalan di hadapan itu melibas parangnya beberapa kali mencantas belukar lalang yang agak tebal. Semakin jauh berjalan, semak lalang mulai bertukar menjadi hutan muda yang rapat dan tebal.

Sementara itu, kenderaan pacuan empat roda yang membawa mereka ditinggalkan jauh di pinggir jalan sana dan untuk sampai ke tempat tersebut memerlukan mereka untuk berjalan hampir sejam setengah dengan ditemani oleh beberapa orang penduduk kampung yang sudi untuk membantu mereka hari itu.
Meredah hutan sebenarnya hanya salah satu daripada kesukaran dan rintangan yang terpaksa mereka hadapi.

Sebelumnya,untuk meyakinkan keluarga Nik Aizuddin sahaja sudah menghadapi rintangan yang besar.Pertama kali Sallehuddin menghubungi keluarga tersebut melalui telefon,panggilannya seakan-akan tidak ditanggapi setelah e-mail yang dihantar terlebih dahulu juga tidak dibalas.

Sedikit terkilan memang benar tetapi mereka juga faham keadaan keluarga tersebut.Mereka masih belum menemui pemuda tersebut setelah terlibat dalam nahas udara hampir dua bulan yang sudah.Pasukan mencari dan menyelamat juga sudah menghentikan usaha mereka untuk mencari keberadaan pemuda tersebut dan kini tidak tahu dari mana asal-usul,mereka muncul dan menawarkan diri bagi mencari Nik Aizuddin.

Perihal Sapta Adhyasta sudah tentu tidak disebutkan langsung oleh mereka ketika berkunjung ke kediaman keluarga itu di ibu kota.Menyebutkan sesuatu yang bersangkut-paut dengan alam ghaib kepada sebuah keluarga moden seperti keluarga tersebut pasti tidak akan mendatangkan apa-apa hasil malahan dapat-dapat mereka pula yang akan dianggap khurafat dan tahyul.

Dianggap sebagai bomoh juga tidak mustahil sedangkan hal yang sebenar bukanlah begitu.Mencari Nik Aizuddin adalah hal penting yang perlu dilakukan oleh mereka apatah lagi dengan kejadian serangan beberapa hari yang sudah.Berita kehilangan pemuda tersebut diikuti setiap hari tetapi tanpa sebarang tanda pemuda itu akan ditemui,firasat Haji Al-Attas kuat mengatakan kehilangan Nik Aizuddin mempunyai kaitan dengan khabar kemunculan semula Mumbala dan juga perjalanan Naufal serta Indah untuk melengkapkan Sapta Adhyasta.

Bagaimana mungkin keberadaan seorang pemuda langsung tidak dapat ditemukan setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan peralatan dan kecekapan pasukan keselamatan?Pemuda itu hilang seperti ditelan bumi.Tidak ada tanda serangan haiwan buas mahupun tanda bahawa pemuda tersebut masih hidup.

Serta-merta ketiga-tiga mereka berpandangan sesama sendiri apabila beberapa ekor anjing penjaga kebun yang dibawa oleh penduduk kampung yang menyertai mereka dalam misi mencari pemuda tersebut menyalak dengan kuat .Ada pula antara haiwan tersebut yang menderam-deram kasar dan jika tidak dipegang tali cawaknya,anjing-anjing tersebut sudah pasti akan meluru ke hadapan.

Pakchu Deris mendongak sambil dalam hatinya menggumam-gumamkan doa meminta perlindungan kepada Yang Maha Memiliki daripada segala sesuatu yang tidak terlihat oleh mata kasar.

Memasuki sahaja hutan tebal tersebut,dia sudah merasakan ada sesuatu yang aneh dan demi melihat bagaimana Haji Al-Attas juga Salehuddin melangkah perlahan-lahan,dia tahu mereka juga dapat merasakan hal yang sama.

Ummul Kitab Surah Al-Fatihah ,ayatul Qursi,ayat Bismilah Lima dan ayat tiga Qul yakni Surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Nas bergema di hujung lidah.Tujuh langkahan pertama diiringi dengan ayat khusus Salam Nabi Nuh bagi memohon perlindungan daripada serangan binatang-binatang berbisa.Amalan pendinding biasa yang sepatutnya dilakukan ketika hendak memasuki hutan.

SAPTA ADHYASTAWhere stories live. Discover now