BAB 37

1.9K 55 2
                                    

Hairi berjalan ke arah Aaira yang duduk di bangku. Aaira sedang menikmati keindahan taman itu dengan angin sepoi-sepoi yang lembut menyentuh kulitnya.

Aaira sedikit terkejut apabila Hairi menghampirinya tanpa menghasilkan sebarang bunyi.

"Saya terkejutkan awak ke?" Kata Hairi sambil berjalan perlahan ke arah Aaira.

"Takdelah."

Hairi mengambil tempat di sebelah Aaira.

"Apa yang awak borak dengan Hafiy tadi?" Hairi ingin tahu tentang perbualan yang kelihatan serius di antara Aaira dan Hafiy tadi.

"Takde apa pun." Aaira hanya menjawab pendek.

"Then why both of you look so serious? Hafiy ada sakitkan hati awak?" Hairi memandang Aaira dengan penuh kerisauan.

"Saya dengan dia cuma cakap perkara yang dah lepas, itu je."

"Aaira...awak masih cintakan Hafiy lagi?" Teragak-agak Hairi menanyakan soalan itu pada Aaira.

"Saya...cuma anggap dia sebagai kawan je...tak lebih dari tu pun." Kata Aaira sambil memandang Hairi.

Maksudnya saya masih ada peluang." Kata Hairi dengan pandangan yang serius pada Aaira.

"Kalau saya boleh cakap isi hati saya pada awak, saya akan cakap tapi saya seorang perempuan. Saya takkan mulakan langkah pertama." Tenang sahaja suara Aaira.

"Disebabkan saya seorang lelaki, saya akan mulakan langkah pertama, Aaira. Saya takkan jadi lelaki yang penakut."

Hairi menghulurkan sebuah kotak yang cantik kepada Aaira.

"This is for you, Aaira." Hairi mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

"A..apa ni?" Aaira mengambil kotak tersebut dari tangan Hairi.

"Cincin. Cantik, kan?"

"Untuk apa?" Aaira kelihatan terpinga-pinga semasa Hairi menghulurkan kotak cincin tersebut.

"Saya dah jatuh cinta dekat awak, Aaira. Sudi tak awak terima cincin ni?"

"Awak serius ke ni, Hairi?" Mata Aaira sedikit bergelinangan.

"Saya sangat serius sekarang ni. Kalau awak tak nak takpe saya bagi je dekat orang lain." Hairi berpura-pura ingin meninggalkan Aaira.

"Saya nak! Maksud saya...cincin ni cantik! Saya ambil okay?" Jelas Aaira sambil tersipu-sipu malu. Obvious betul yang aku ni beria-ia.

"Jadi, maksudnya awak terima cinta saya juga, kan?" Hairi kembali mengambil tempat di sebelah Aaira.

Aaira hanya menganggukkan sahaja kepalanya sambil tersenyum malu.

"Terima kasih,Aaira sebab awak terima cincin ni."

"Saya terima sebab cincin ni cantik." Aaira masih lagi ingin menjual mahal pada Hairi.

"Awak masih lagi nak jual mahal kan?"

"Of course! Perempuan kan selalu jual mahal." Selamba sahaja Aaira berkata sebegitu.

"Saya janji saya akan buat awak bahagia."

Mereka memandang di antara satu sama lain. Senyuman yang manis tidak lekang dari bibir masing-masing.

"Hawa, mana Aaira dengan Hairi?" Dhia bertanya pada sepupunya itu.

"Aik, takkanlah pengapit sendiri pun tak tahu dekat mana."

"Oii, kau ingat aku ada masa ke nak perhatikan diorang? Aku sibuk layan tetamu lah." Bidas Dhia.

"Hmmm yelah. Tu lah aku pun pelik juga. Tadi elok je dua orang tu ada dalam dewan ni. Tiba-tiba menghilang pulak."

Aku P.A Si Dingin Itu!Onde as histórias ganham vida. Descobre agora