BAB 25

2.3K 78 16
                                    

"Korang,aku minta maaf sangat-sangat eh,pasal tadi tu." Dhia memohon maaf atas kekecohan yang berlaku tadi.

"Memang selalu jadi macam ni ke?" Irfan memulakan pertanyaannya.

Dhia menganggukkan kepalanya.

"Tapi sebelum ni tak dalah seteruk macam ni.Aaira selalunya boleh bersabar dengan Mak Ngah.Tapi..korang pun nampakkan tadi mak ngah tu dah keterlaluan sangat."

Datang seorang lelaki yang sedang menghampiri mereka.Wajahnya nampak begitu risau.Dia keluar dari kereta BMW tersebut dengan penuh bergaya.Cermin mata yang disarungnya digantungkan di baju kemejanya.

"Dhia,kenapa dengan Aaira tu? Kenapa dia nangis-nangis?" Khairul selaku abang kandung Aaira perasan yang adiknya berlari ke rumah dengan keadaan yang sedih.Pada waktu itu dia baru sahaja memakirkan keretanya di perkarangan rumah.

"Macam biasalah mulut Mak Ngah tu kalau tak sakitkan hati dia,memang hidup dia tak tenang."

"Mak Ngah ni memang dah melampau!" Khairul mengepalkan tangannya dan ingin ke arah rumah Mak Ngah.Bengis sahaja wajahnya.

"Eh,abang nak pergi mana tu? Tak payahlah nak keruhkan keadaan lagi." Dhia ingin menghalang perbuatan Khairul.Kang tak pasal-pasal makin berbisa mulut mak ngah tu nanti.

"Aku geram lah,Dhia.Abang mana je yang sanggup tengok adik dia menangis macam tu?"

"Baik abang balik sekarang pergi pujuk dia."

"By the way,korang ni siapa?" Khairul menujukan soalan itu pada mereka.

"Ouh,Dhia lupa pula nak kenalkan diorang dekat abang.Ni irfan tunang Dhia." Dhia memperkenalkan tunangnya pada Khairul.

"Ni pula boss Dhia dengan Aaira,En.Hairi.Yang sebelah tu pula adik En.Hairi,nama dia Hafiy."

"Hafiy? Macam aku pernah dengar nama tu." Khairul seakan akan cam dengan nama tersebut.

"Saya ex-boyfriend Aaira." Hafiy dengan beraninya memberitahu identitinya.

"Ouh,patutlah macam pernah dengar." Ex Aaira rupanya.Aaira ni kalau boleh semua benda dia nak cerita dekat abangnya semasa di universiti dulu tetapi sejak Aaira menetap di KL dengan Dhia dia sudah makin jarang berhubung dengan abangnya.

Hairi dan Irfan yang mendengar kenyataan dari Irfan juga turut terkejut.Sejak bila pula diorang jadi ex ni?

"Oi! Asal kau straightforward sangat hah?" Dhia memarahi Hafiy.

"Sukahati aku lah! Memang betul pun aku ni ex dia kan?"

Dhia hanya menjelingkan matanya sahaja.

"By the way,aku Khairul.Abang Aaira.Nice to meet you guys.Ada masa nanti jemputlah datang rumah aku.Dhia nanti kau bawalah diorang datang rumah aku.Aku gerak dulu eh." Khairul dengan tergesa-gesa pergi ke rumahnya.Dia sangat risau akan adiknya sorang itu.

"Assalamualaikum,mak.Aaira dah balik ni." Aaira sedaya upaya cuba mengawal reaksi mukanya.Dia tidak ingin mak nya tahu bahawa dia bertengkar dengan mak ngah tadi.

"Waalaikumusalam." Mak Aaira Puan Asnah menjawab salamnya.

Aaira menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan ibunya.

"Aaira gaduh dengan Mak Ngah ke?" Mak Aaira perasan akan riak wajahnya.Dia sangat kenal dengan anaknya.Walau macam mana sekali pun Aaira mencuba untuk menyembunyikan perkara tersebut dari maknya,dia tetap dapat menangkap keresahan anaknya itu.

Aaira hanya mendiamkan diri sahaja.Tidak mampu untuk berkata lagi.

"Mana mak tahu ni?" Aaira mengangkat mukanya memberanikan diri untuk memandang wajah sayu maknya itu.

Aku P.A Si Dingin Itu!حيث تعيش القصص. اكتشف الآن