BAB 22

2.4K 79 0
                                    

Dhia mengajak Aaira membeli sedikit barang keperluan selepas balik kerja.

Macam sekejap je rasa harini.Cepat je dah malam.

"Aaira,aku nak pergi dekat kedai situ kejap."

"Kau pergilah.Aku tunggu dekat sini." mana tak penatnya aaaira.Puas dia berpusing nak mencari barang Dhia tadi.Ingatkan semua barang dia dah beli.Rupanya ada lagi persinggahan dia.Mrmang tak kuasalah aku nak melayan! Macam nak tercabut kaki aku ni melayan karenah dia.Nasib baik esok cuti.

Sedang Aaira duduk di bangku,dia melihat sekeliling.Kemudian dia ternampak susuk badan yang sangat dikenalinya.

"Eh,bukan ke tu Hafiy? Apa yang dia buat dekat kelab malam tu?" Aaira pun berjalan ke arah tempat Hafiy berada.

"Hafiy! Kau buat apa dekat sini? Boleh tak kau jangan pergi dekat tempat maksiat macam ni!"

"Kau tak payah sibuk lah,Aaira.Sukahati akulah nak buat apa! Kau takde hak pun nak tentukan aku pergi mana."

"Sibuk kau kata? Habistu bagus sangat ke kau pergi dekat tempat yang terkutuk macam ni?"

"Kenapa? Kau risaukan aku?"

"Mestilah! Aku risau!"

"Care jugakan kau dekat aku?" Hafiy memandang Aaira dengan senyuman nakalnya.

Aaira hanya membuat muka menyampahnya.

"Okay,kalau kau tak nak aku masuk kat kelab malam ni,kau kena teman aku makan dinner."

"Betul ni? Janji yang kau tak akan pergi sini lagi?"

"Iye,aku janji aku tak akan jejak lagi kaki dekat sini asalkan kau teman aku dinner." Hafiy mengangkat tangan kanannya seperti mengangkat sumpah.

"Aku ingatkan kau dah berubah,Hafiy.Tapi rupanya kau sama je macam dulu."

"Aku jadi macam ni sebab kau."

Aaira terkedu dengan kata-kata Hafiy.Apa maksud dia? Sebab aku ke dia jadi macam ni? Apasal pula?

"Kau tercegat lagi dekat situ buat apa? Jomlah Aku dah lapar ni."

"Sabarlah!"

Mereka pun masuk ke sebuah kafe yang berdekatan dan mengambil tempat duduk.

Aaira mengeluarkan telefon dari begnya untuk mesej pada Dhia keberadaanya sekarang.

Setelah selesai menghantar mesej Aaira masukkan telefon ke dalam begnya semula.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Aaira perasan yang dari tadi Hafiy tidak lekang dari memandangnya.Apa masalah mamat ni? Tersalah makan ubat ke apa?

"Saja nak tengok ex-girlfriend aku.Salah ke?"

"Kalau kau datang sini semata-mata nak pandang aku,baik aku balik je." Aaira sudah bersedia untuk bangun.

"Eh,janganlah pergi.Kata nak teman aku."

"Kalau macam tu cepatlah order!"

Hafiy pun memanggil waiter yang bertugas.

"Hot latte and hot chocolate."

"Ada apa-apa lagi yang nak ditambah?"

"Takde.Itu je."

Waiter tersebut pun beredar setelah mengambil order.

"Kata lapar tadi? Kenapa order air je?"

"Tiba-tiba rasa macam tak lapar pula.Aku cuma nak borak dengan kau je." Hafiy hanya mendiamkan diri sahaja selepas itu.

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now