BAB 12

2.7K 97 0
                                    

Kau ni pun satu Aaira.En.Hairi dah offer kot kau naik kereta dia.Asal kau tak naik je?"

"Aku tak nak lah susahkan dia."

"Tak nak susahkan dia ke atau kau malu?"

"Mana ada aku malu.."

"Kau suka En.Hairi eh?"

"Apa benda lah yang kau merepek ni? Aku tak suka dia lah!

"Ye la tu."

"Eh,Apa nama buah hati kau tu? Irfan?" Aaira mencelah.

"Alah kau ni Aaira saja je nak buat aku malu.Pandai eh kau nak tukar topik." tersipu-sipu Dhia apabila Aaira menyebut nama buah hatinya.

Dia dan Irfan dahulu merupakan rakan sekerja.Mereka selalu berjumpa kerana syarikat Hairi dan syarikat Irfan berkait rapat.

Dhia dan Irfan telah banyak bekerjasama dalam urusan syarikat.

Lama-lama dua-dua jatuh cinta tanpa diorang sendiri sedar.

Akhirnya bersatu juga mereka.

Setelah beberapa kali mereka menafikan perasaan mereka sendiri.

Kalau dah jodoh takkan ke mana.

"Eeii menyampah lah aku tengok kau!" Aaira meluat tengok Dhia yang tengah angau di sebelahnya.

"Parents En.Hairi dah balik Malaysia, Mesti akan ada event besar besaran nanti."

"Event?"

"Ye...Event.Semua VVIP akan datang dekat event tu.Dari syarikat yang super rich.Setiap tahun event ni akan diadakan."

"Woww."

"Bersiap sedia je lah kita kena buat kerja lebih.Memang balik lambat lah setiap hari."

"Kita ke yang kena uruskan event tu?"

"Exactly,Aaira! This is the big event.Investor from around the world akan attend event ni.Jadi, kita kena buat yang terbaik.Perfect!"

"Bila tu?"

"Tu aku tak sure,Aaira."

Keluarga En.Hairi ni memang bukan calang-calang orangnya.

Extra betul!

"Aku dengar cerita la kan En.Hairi dia ada adik.Mesti handsome macam dia kan?"

"Eh,kau ni , tak cukup satu eh!"

"Aku cakap je."

"Aku dengar la kan dari orang, adik dia pun akan kerja untuk syarikat ni.Jadi,event ni mesti huge gila." sambung Dhia lagi.

"Nampaknya macam tu lah." Aaira hanya mengiyakan sahaja kata-kata Dhia.

"Aku tak sabar nak tengok adik En.Hairi." teruja sekali Dhia.

"Takkan lah kau tak pernah tengok kot?"  Aaira menanya soalan pada Dhia.Pelik.Takkan tak pernah jumpa kot.

"Adik dia tu sangat berbeza dari En.Hairi."

"Kau pernah jumpa dia ke?"

"Tak."

"Tapi, dengar cerita adik dia ni bad boy tau!"

"Bad boy?"

"Ye.Bad boy yang lebih kepada PLAYBOY!"

"Kau ni kalau gosip laju je kan?"

"Kak Jah dengan Hanif yang cerita aku dengar je."

"Apa nak jadi lah dengan rakan kerja aku." Aaira hanya pasrah sahaja kerana dapat kawan dan kawan kerja yang kuat membawang.

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now