BAB 17

2.6K 87 4
                                    

"Aaira pekerja dekat syarikat kau ke?" Hafiy bertanyakan soalan kepada Hairi.

"Kenapa kau nak tahu?" kata Hairi sambil meletakkan kunci keretanya di atas meja.

"Dia kerja sebagai apa?" sekali lagi Hafiy memberi soalan pada Hairi.

"Dia PA aku.Kenapa kau nak tahu sangat pasal dia? Kau jangan nak play around dengan pekerja aku.Aku tak nak kau jadikan syarikat aku sebagai tempat untuk kau cari girlfriend.Aku nak kau serius." Jelas Hairi dengan tegas.

"Aku tahulah apa yang aku buat.Kau ingat aku nak sangat ke kerja dekat sana?" Hafiy merenung tajam abangnya.

"Kenapa kau tak marah aku? Tak memberontak macam selalu? Bukan ke kau tak nak kerja dekat sana?" sindir Hairi.

"Kau tak perlu persoalkan pun tentang benda tu , bukan kau patut gembira ke aku tak marah kau? Kalau aku tolak pun kau dengan papa akan tetap desak aku."

"Kau ingat cakap aku.Aku nak kau serius dalam bekerja.Kau jangan ingat aku ambil kau bekerja dekat syarikat aku kau boleh ambil kesempatan." Hairi memberi pesanan kepada Hafiy dengan nada suara yang tegas.

"Apa yang kau takut sangat? Kau takut aku pikat pekerja kau?"

"Kau jangan melampau,Hafiy.I'll be watching you,always!"

Hairi pun menaiki tangga ke biliknya.Dia tidak mahu panjangkan lagi tentang hal tersebut.Emosinya tidak stabil kerana penat selepas majlis yang dianjurkan syarikatnya.

"Kau ingat aku nak sangat ke kerja dekat sana? Dengan cara itu je aku dapat pikat semula hati Aaira." Hafiy bercakap seorang diri.

Dua Hari kemudian Hafiy memulakan kerjanya di syarikat Hairi.

Harinya tidak seperti hari biasa.Dia terpaksa untuk bangun awal ke tempat kerja.

"Seperti yang saya sudah umumkan dua hari lepas saya melantik Hafiy Ikhmal sebagai General Manager kita.Kamu semua boleh perkenalkan diri masing-masing pada Hafiy.

Pekerja Hairi memulakan sesi memperkenalkan diri.

Setelah selesai mengenali pekerja di syarikat itu Hafiy pun menuju ke bilik pejabatnya yang di tunjuk oleh salah seorang pekerja di situ.

"Wow,congrats Hafiy.Finally ada juga kerja yang kau boleh buat daripada buat benda yang tak berfaedah dekat luar sana tu." Dahlia dengan selambanya masuk ke pejabat Hafiy.

"Aku yang takde kerja ke kau?" Hafiy merenung tajam Dahlia.

"Kenapa? Kau terasa ke dengan apa yang aku cakap ni?" Dahlia tersenyum sinis.

"Kau tak payah nak tunjuk baik sangatlah depan aku,Dahlia.Kau dengan aku sama je,takde yang berbeza pun."

"Tak guna aku cakap dengan orang macam kau." Dahlia membalas semula percakapan Hafiy.Dia berasa sakit hati kerana dikutuk sebegitu.

"Kau jangan ingat yang aku tak tahu apa yang kau buat belakang Hairi."

"Apa maksud kau?"

"Kau tak payah nak pura-pura yang kau tak tahulah , Dahlia.Aku dah nampak semuanya."

"Kau ni memang sengaja kan nak sakitkan hati aku.Kau nak apa sebenarnya hah?"

"Kenapa? Kau takut ke aku bagitahu dekat Hairi perkara yang sebenar? Kau takut kena pecat?"

"Kau jangan sesekali berani nak cakap dekat Hairi pasal aku.Aku tak akan biarkan kau rosakkan hubungan aku dengan dia." Dahlia keluar dari pejabat Hafiy sambil menghempas pintu dengan kuat sekali.

"Tak sia-sia aku kerja dekat sini.Dapatlah aku tengok jejaka hensem setiap hari.Double pula tu.Kalah model drama melayu."

"Eh,Mirza.Kau jangan nak kutuk hero drama melayu aku,eh." Marah Aaira selaku peminat setia drama melayu.

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now