BAB 38

1.9K 59 9
                                    

Aaira menyarungkan cincin yang diberi oleh Hairi di jari manisnya. Wajahnya kelihatan berseri setelah Hairi meluahkan perasaan terhadapnya.

Hari ini agak berbeza kerana Hairi sendiri yang akan mengambilnya untuk ke tempat kerja. Selalunya Aaira mesti akan pergi bersama Dhia tapi memandangkan Aaira sudah tidak duduk serumah dengan Dhia lagi Hairi lah yang akan mengambilnya.

Suasana di rumah juga sedikit berubah kerana Aaira menetap di rumah Hawa. Nasib baik lah Hawa ada rumah dekat KL.

Aaira menuruni tangga dengan penuh berhati-hati.

"Kau dah nak pergi kerja ke Hawa?" Aaira bertanyakan soalan pada Hawa yang bergegas-gegas untuk meninggalkan rumahnya.

"Haah, aku dah lambat ni. Aku nak buka cafe kejap lagi ni. Kalau aku buka lambat aku takut customer aku tunggu dekat luar lama-lama." Haih untung betul siapa yang dapat Hawa ni. Ada cafe sendiri, rumah, rajin pula tu.

"Aaira, aku ada buat sandwich dalam tudung saji tu. Aku sempat buat sarapan tu je sebab aku nak cepat tadi." Jelas Hawa serbesalah.

"It's okay, Hawa. Aku tak kisah  sarapan apa pun. Asalkan ada kan? Thank you tau sebab buat sarapan." Kata Aaira sambil memasukkan roti ke dalam mulutnya.

"You're welcome, baby. Okay dah bye! Aku pergi dulu." Hawa berlari anak ke keretanya.

Setelah beberapa minit menunggu Hairi pun menghonkan keretanya. Aaira mengunci pintu rumahnya dan masuk ke dalam kereta Hairi untuk ke tempat kerja.

"Lama ke awak tunggu saya, Aaira?" Jelas menujukkan wajah kerisauan Hairi.

"Takdelah lama sangat dalam 5 minit macam tu." Jelas Aaira bersahaja.

"I'm sorry sebab awak kena tunggu lama. Traffic jammed tadi." Kata Hairi sambil menunjukkan wajahnya yang agak sedih itu.

"It's okay, lah Hairi. No need to worry. Saya okay je lah." Aaira tersenyum manis pada Hairi.

"Okay, then let's go."

"Hairi, awak serius ke nak ambil saya setiap hari pergi kerja? Saya boleh je minta tolong Hawa tumpangkan saya. Tak susahkan awak ke nanti?" Aaira memang tidak suka menyusahkan orang lagi-lagi majikannya sendiri.

"Kenapa awak susahkan saya pula? Awak bakal jadi isteri saya. Lepasni saya juga yang akan hantar awak pergi kerja kan lepas kita dah kahwin nanti." Selamba sahaja Hairi membalas jawapan pada Aaira.

"Ye lah tapi tak boleh ke lepas kita kahwin je awak hantar saya pergi kerja." Aaira menunjukkan wajah bersalahnya.

"Kenapa? Awak takut orang mengata awak dekat tempat kerja." Teka Hairi.

"Ye lah..apa pula nanti diorang cakap kalau nampak awak berdua dengan saya. Nanti diorang ingat saya ni suka kikis duit awak pula. Lepastu nanti diorang cakap saya ni ambil kesempatan dekat awak pulak." Jelas Aaira tanpa memandang Hairi.

"Well, you already did that." Jelas Hairi sambil fokus pada pemanduannya.

"Maksud awak?" Aaira memusingkan sedikit badannya untuk memandang Hairi.

"Memang betul pun apa yang diorang cakap tu. Awak ambil kesempatan untuk buat saya jatuh cinta pada awak. Am I right?" Kata Hairi sambil memandang Aaira dengan pandangan nakalnya itu.

"Awak ni saya tengah serius boleh pula main-main eh?" Aaira memandang Hairi dengan pandangan yang tajam.

"Saya gurau je lah. Awak ni kuat merajuk betul. Dah lah comel. Saya cubit pipi tu kang baru tau."

"M..mana ada saya merajuk." Kemerah-merahan pipi Aaira apabila Hairi menujinya comel.

"Awak blushing eh?"

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now