BAB 23

2.4K 71 2
                                    

Aaira menyarungkan baju kurung moden di badannya dan mengenakan dengan bawal cotton.

Tiba-tiba rasa macam nak pakai baju kurung pula harini.Apa salahnya kan tukar style sekali sekala.Ini tak asyik pakai blouse dengan seluar je.Baju blouse aku bukannya banyak sangat pun.Kalau pakai baju yang sama setiap hari nanti orang ingat aku ni tak ada baju pulak dah.Lagipun apa salahnya pakai baju kurung kan?

"Wah,aku nampak bidadari turun tangga lah." Dhia memuji Aaira.Saja je nak buat aku kembang semangkuk si Dhia ni.Ada je benda yang dia nak menyakat aku.

"Mimpi apa kau,Aaira pakai baju kurung ni?"

"Kau jangan nak macam-macam eh.Aku pakai baju kurung pun sebab aku asyik pakai baju yang sama je apa salahnya sekali-sekala tukar taste kan?"

"Aku suruh kau beli baju haritu kau tak nak.Macam-macam alasan kau bagi kan?"

"Aku tak ada duitlah nak beli baju baru."

"Kau bukan takde duit tapi kau tu kedekut.Selagi baju kau tu tak reput selagi tulah kau takkan beli baju baru.Macamlah aku ni baru kenal kau semalam."

"Eleh,cukup baik tau aku simpan duit aku.Mana tahu nanti aku terdesak ke ada juga duit tepi aku boleh guna."

"Yelah Aaira.Kita borak dalam kereta je lah.Dah lambat ni."

"Haahlah dah lambat! Eh,jom cepat!" Aaira dan Dhia menyarung kasutnya dengan cepat.Kalau lambat kang tak pasal-pasal dapat kad merah.

Setelah mereka sampai di office macam biasalah diorang mesti akan gossip.Kenapalah aku terserempak dengan Hanif dengan Mirza? Pagi-pagi ada je topik hangat yang diorang nak bincangkan.Terpaksalah aku dengar dulu gossip diorang baru pergi dekat meja aku.

Sepatutnya aku lalu dekat laluan lain supaya tak terserempak dengan makcik dan pakcik bawang ni.

"Dhia,aku dengar cerita kan kau dah nak bertunang.Betul ke?" Hanif dengan gaya membawangnya menanya pada Dhia.Tah manalah dia tahu aku pun tak tahu.Cepat je maklumat dia dapat.

"Kau ni cepat je eh.Bagilah aku ni bernafas kejap."

"Untunglah kau Dhia dapat calon suami macam Irfan tu.Duit ada,rupa pun ada.Memang berbeza sangatlah dengan Hanif yang kuat membawang ni." sambil memuji tu sempat lagi si Mirza ni mengutuk si Hanif.

"Nak kutuk pun agak-agaklah aku ada dekat sebelah kau ni je."

"Daripada aku kutuk belakang kau baik aku kutuk depan-depan.Kuranglah sikit dosa mengumpat aku."

"Eh,dahlah tu korang.Aku rasa  aku ni bertuah sangat dapat lelaki macam dia.Dah lah hensem,penyayang,caring dan yang paling penting sekali dia ni romantik gila!" dah mula lah si Dhia ni berangan dengan alam dunia cinta alah-ala fairytale dia tu.Aku ni dah naik muak.Setiap hari mesti nak cerita pasal Encik Tunang dia tu.

"Bilalah prince charming aku nak muncul macam kau?" Mirza agak sedih kerana dia single terlalu lama.Dia juga mengidamkan prince charming macam cinderella tu.

"Aku kan ada.Boleh kita gossip sama-sama.Aku boleh jadi prince charming yang kau idamkan sangat tu.Knight in shining armour pun aku boleh." Hanif mencelah.Takkan Si Hanif ni menaruh perasaan dekat Mirza kot?

"Eiii geli aku dengar tahu tak? Nak muntah aku!" Mirza membuat aksi seperti mahu muntah.Dengan pakcik bawang ni? Memang tak tenteramlah hidup.Mati hidup semula pun aku tetap tak akan kahwin dengan mamat ni.

Aaira mengambil kesempatan untuk meninggalkan mereka semasa mereka bergaduh.

"Huh,lepas pun.Kalau dengar diorang gossip alamatnya memang sampai minggu depanlah aku tak buat kerja " Aaira meletakkan begnya diatas meja.

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now