BAB 43

1.7K 49 4
                                    

Aaira menuruni tangga dengan lajunya kerana dia sudah terlewat untuk makan malam di rumah Dhia. Hawa juga turut tergesa-gesa menuruni tangga. Disebabkan pelanggannya yang terlalu ramai pada hari tersebut menyebabkan Hawa menutup kafenya agak lewat seperti biasa.

Ingatkan bila dia sudah pulang ke rumah Aaira sudah siap terlebih dahulu tapi malangnya Aaira terlena di sofa ruang tamunya. Apa nak jadi lah dengan anak dara sorang ni. Waktu maghrib pun sempat tidur lagi. Apabila Hawa membaling bantal padanya dengan kuat barulah Aaira sedar yang dia juga sudah terlewat untuk bersiap.

"Cepatlah, Aaira! Masuk dalam kereta cepat!" Jerit Hawa di dalam keretanya.

"Kejaplah! Aku kunci rumah ni!" Jerit Aaira yang sedang mengunci gate rumahnya.

Setelah memastikan semua pintu rumah telah dikunci dengan selamat, Aaira pun bergegas masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh Hawa.

Dhia sedang ralit memotong buah-buahan yang pelbagai untuk dihidangkan buat tetamunya. Dia memotong buah tersebut dengan berhati-hati dan memasukkannya ke dalam bekas jenama tupperware bercorak bunga.

Setelah siap memotong buah-buahan Dhia pun menyedok lauk dalam kuali dan mengisi lauk tersebut ke dalam mangkuk kaca elegen yang jarang dipakainya. Dia hanya menggunakannya apabila tetamu datang ke rumah sahaja katanya piring dan pinggan tersebut harganya mahal sebab itulah dia hanya menggunakannya pada tetamu.

Sedang asyik Dhia mencedok lauk loceng rumahnya berbunyi.

"Abang! Tolong buka pintu! Diorang dah sampai dah tu." Jerit Dhia pada suaminya yang sedang menyusun pinggan di meja makan ruang tamu.

Irfan membuka pintu rumahnya dengan perlahan-lahan dan menyambut tetamunya dengan senyuman yang lebar.

"Hairi, Hafiy asal lambat? Lama aku tunggu." Irfan menyambut mesra dua beradik itu. Dia sengaja sahaja ingin menyakat mereka berdua padahal makanan masih belum siap lagi terhidang.

"Ceh Hafiy kata tak nak datang tapi datang juga." Perli Irfan.

"Orang dah jemput makan takkan aku tak nak datang pula. Kau yang merayu-rayu suruh aku datang kan?"  Balas Hafiy tenang.

"Tapi aku berjaya juga kan pujuk kau?" Balas Irfan.

"Takkan kau nak biar tetamu kau tercegat kat sini? Tak nak bagi kitorang masuk ke?" Hairi mencelah.

"Eh lupa pula nak bagi korang masuk. Jemputlah masuk. Duduk-duduk lah dulu nanti dah siap aku panggil." Jelas Irfan.

Hairi dan Hafiy pun mengambil tempat duduk di sofa ruang tamu rumah Irfan dan Dhia.

Hairi merenung telefonnya lama. Dia mengharapkan balasan mesej daripada Aaira. Dia ada menghantar mesej pada Aaira tetapi Aaira masih tidak membalasnya sehingga ke hari ini.

"Aaira, kita kena berbincang pasal kita kalau tak benda ni takkan selesai. Tolong jangan buat saya macam ni. We need to meet and talk about this. Please  don't just seen this message. Balas please." - seen.

Aaira hanya membiarkan sahaja mesej tersebut tanpa membalasnya. Mesej tersebut pun dia tidak tekan malah membaca kerana nama Hairi terpampang di skrin telefonnya.

"Dah nak berlubang dah telefon tu kau tenung. Kau tunggu mesej dari seseorang ke?" Tanya Hafiy yang pelik melihat abangnya yang dari rumah tadi dia hanya memandang sahaja telefonnya seperti mengharapkan mesej daripada seseorang.

"Do I look that desperate?" Tanya Hairi.

"Aku yang tengok kau ni pun dah stress. Kau ni dah kenapa? Dah macam baru putus cinta je aku tengok. Kau okay ke tak ni?" Desak Hafiy lagi.

"Aku okay. Kau tak payah nak risau sangat." Jelas Hairi sambil meletakkan telefonnya di meja berhadapan dengannya dengan sedikit kasar.

"Tak ada masa aku nak risau pasal kau." Kata Hafiy sambil menyandarkan badannya pada sofa tersebut.

"Ke kau jadi macam ni sebab Aaira? Is there a problem between you two?" Kata Hafiy sambil menukar posisinya daripada menyandar daripada duduk memandang Hairi.

"Kau tak payah nak sibuk. Kau lagi suka kan kalau aku ada masalah dengan dia? Barulah kau dapat peluang  untuk ambil hati dia."

Hafiy tersenyum sinis.

"Aku dah pun kalah dengan kau, Hairi. Dia pilih kau bukan aku." Kata Hafiy dengan wajahnya yang kecewa.

Seketika kemudian, kedengaran bunyi loceng sekali lagi di rumah Dhia. Dhia bergegas ke pintu masuk kerana dia tahu rakannya sudah tiba ke rumahnya.

"Hah sampai pun korang! Ingatkan tak nak datang tadi!" Kata Dhia dengan penuh keterujaan.

"Si Aaira ni lah tadi. Membuta je kerja. Nasib baik aku kejut dia tadi kalau tak memang tak ada maknanya kitorang datang harini." Jelas Hawa sedikit kuat kerana marah dengan perangai Aaira.

"Haish kau ni Aaira bila weekend je kau tidur. Macam dah tak ada kerja lain." Kata Dhia sambil mencekak pinggangnya.

"Eleh banyak cantik eh. Kau pun tadi lambat siap. Aku terlelap sekejap je tadi." Aaira mempertahankan dirinya.

"Sudahlah korang ni depan pintu pun nak gaduh. Jemputlah masuk." Dhia menjemput mereka masuk ke dalam rumahnya.

Hairi dan Hafiy yang dari tadi duduk di sofa, bangun secara tiba-tiba apabila melihat Aaira. Masing-masing terkejut apabila Aaira masuk ke dalam rumah tersebut. Bukan mereka sahaja Aaira juga turut terkejut apabila melihat mereka. Dia ingatkan Dhia hanya menjamput kawan perempuannya sahaja tetapi tidak sangka pula Hairi dan Hafiy juga turut dijemput.

"Asal kau tak bagitahu ada diorang sekali?" Hawa bisik perlahan di telinga Dhia.

"Asal pula? Dia kan kawan suami aku, mestilah dia jemput sekali."

"Aaira dengan Hairi tengah ada masalah. Tak tenang lah kita nak makan harini."

"Hish spoil betullah!" Omong Dhia dalam hati.

"Err...korang jemputlah duduk dulu. Bila makanan dah siap nanti aku panggil." Dhia menggigit bibirnya.

Hawa dan Aaira mengambil tempat duduk di sofa berhampiran dengan Hairi dan Hafiy. Tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat.

"Kenapa awak tak balas mesej saya?" Hairi memecahkan suasana yang sunyi itu.

"Perlukah saya balas? Buat apa saya nak balas mesej yang tak penting?" Jelas Aaira sambil memandang tepat mata Hairi.

"Sampai bila awak nak jadi macam ni?" Hairi merenung tajam Aaira.

"Jadi macam mana? Saya tak faham."kata Aaira dengan suara yang agak menjengkelkan. Dia sengaja sahaja ingin menyakitkan hati Hairi.

"Tak payah nak pura-pura lah Aaira. Saya tahu awak faham dengan apa yang saya maksudkan tadi. Stop being childish."

"Apa masalah awak? Awak terasa ke dengan apa yang saya cakap tadi? Kalau awak terasa, i'm sorry, okay? Bukannya saya sengaja pun."

"Ingat Aaira awak yang mulakan semua ni dulu."

"Awak ni memang suka berdendam dengan orang eh?" Aaira memandang Hairi dengan pandangan yang menjengkelkan.

"Err...rasanya Dhia dah siapkan makanan tu. Apa kata kita pergi makan dulu?" Kata Hawa sambil menarik lengan Aaira supaya dia mengikutinya untuk duduk sekali di meja makan. Jika dibiarkan Aiara dan Hairi merenung tajam dan bertekak di antara satu sama lain sampai ke sudah lah mereka tidak makan.

"Ingat, Aaira. Saya takkan lepaskan awak." Hairi berbisik perlahan di telinga Aaira.








I'm sorry guys sebab update lambat chapter ni😅 by the way, jangan lupa untuk comment and vote okay! ❤

Author akan cuba sedaya upaya untuk update secepat yang mungkin.💪

Thanks kepada yang sudi dan setia membaca cerita saya. I really appreciate it🥺

Aku P.A Si Dingin Itu!On viuen les histories. Descobreix ara