BAB 26

2.4K 78 5
                                    

Puan Asnah menjemput Hairi dan Hafiy bersarapan di rumahnya.Dhia dan tunangnya juga bersarapan di rumah Aaira.

Disebabkan rumah Dhia terlalu padat dengan persiapan pertunangan mereka terpaksa bersarapan di rumah Puan Asnah.

"En.Hairi ni majikan Aaira ke?" Puan Asnah mengajukan soalan pada Hairi.Sudah lama dia memerhatikan Hairi sejak Hairi masuk ke dalam rumahnya.

"Eh,mak cik tak payahlah nak berencik dengan saya panggil Hairi je.Segan pula saya mak cik panggil saya Encik." segan Hairi apabila Puan Asnah ingin berencik dengan dia.

"Ouh,Hairi namanya.Elok sangatlah tu.Yang sebelahnya tu siapa pula?" Puan Asnah menunjukan soalannya pada Hafiy yang duduk di sebelah Hairi.

"Ni Hafiy,adik saya."

"Ouh,helok sangatlah kamu dua beradik ni.Nak aja mak cik jodohkan dengan Aaira."  selamba sahaja pertuturan Puan Asnah itu.Dia memang sudah lama menunggu menantu dari Aaira.

Hairi memegang belakang lehernya kerana terlalu segan.

"Eh,apa mak cakap ni? Tak selesalah Hairi ni nak makan.Biarlah si Aaira tu cari calon suami dia sendiri." Khairul menyampuk percakapan ibunya.

"Alahai kau ni Khai! Mak cakap aje! Hairi tak ambil hati,kan?" kata Puan Asnah sambil memandang Hairi.

"Eh,takpe cik.Saya okay je.Lagipun apa salahnya kan kalau mak cik nak jodohkan dia dengan saya,kan?" selamba sahaja Hairi berkata begitu.

Hafiy,Dhia dan Irfan hampir terkejut mendengar apa yang Hairi kata tersebut.

"Eh,mamat ni biar betul? Tak pernah-pernah aku tengok perangai pelik dia macam ni.Demam apa kawan aku ni?" kata Irfan di dalam hati.

"Bagus sangatlah tu! Mak cik memang dah lama nak menantu.Nak harapkan abangnya sampai aku mereputlah dia tak bawa calon." sahaja saja Puan Asnah kata begitu supaya anaknya yang duduk di depannya itu terasa.

"Eleh,mak ni single is better okay!"

"Khai,mana Aaira ni? Mak dah panggil dia tadi,takkan tak bangun lagi?"

"Biar je lah dia,mak.Pandai-pandailah dia cari makan nanti."

Aaira yang baru sahaja bangun dari tidur melihat jam di telefonnya.Lepas bangun subuh tadi dia terus tidur.Dapat tidur sekejap pun jadilah.

Jam menunjukkan pukul 8 pagi.Aaira menuju ke dapur dengan rambutnya yang serabut dan muka mamainya dengan selambanya.

Dia tidak tahu bahawa rumahnya ada tetamu.Dengan selambanya dia keluar dari biliknya.

Aaira menurun tangga untuk ke dapur.

"Mak kenapa tak kejut Aaira sarapan sama-sama tadi?" Sambil menguap Aaira menurun tangga.Dia masih tidak perasaan bahawa rumahnya ada tetamu.

"Mak dah kejut tadi,kau yang tak nak bangun." Puan Asnah menoleh memandang anaknya.

"Ya Allah,Aaira! Kenapa selekeh sangat ni? Pergi pakai tudung cepat! Kau tak nampak ke kita ada tetamu ni?" Khairul yang perasan adiknya tidak bertudung itu menegurnya.

"Kenapa tak bagitahu ada orang datang?!" Aaira terkejut apabila melihat rumahnya dengan tetamu.Terbeliak matanya melihat tetamu di rumahnya.

Aduh! Malunya aku! Aaira dengan menggelabahnya menyorok di sebalik pintu dapur itu.

"Ish! Lain kali cakaplah awal-awal ada orang datang!" Aaira menjerit sambil menuju ke biliknya.

"Kau tu yang tidur mati,salahkan mak pulak!" Puan Asnah memarahi anaknya.

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now