BAB 4

3.4K 104 5
                                    

Aku hanya mengikut sahaja langkah En.Hairi untuk berjumpa dengan salah seorang model syarikatnya.

Aku excited sangat nak jumpa dengan model tu. Yelah siapa je Yang tak kenal dengan pelakon drama melayu tu.Heikal Ukasyah .Dah lah hot,  handsome, baik hati pula tu. Siapa je tak cair tengok dia .

Aku memang minat sangat dengan dia. Boleh dikatakan aku ni peminat setia drama dia.

Sebelum tu tengok dulu muka dekat cermin untuk memastikan muka aku tidak nampak selekeh.

"Aaira,  what are you doing huh?  Kita dah lambat nak pergi studio photoshoot ."

Eii menyampah aku dengan En. Hairi ni. Orang lambat sikit je. Annoying betul. Menyampahnyaa!!

En. Hairi dah berjalan ke depan meninggalkan aku. Kerja asyik nak marah je. Buat sakit hati betul!

Aku terkedek kedek dekat belakang ni nak ikut dia.

Bila sampai je dekat studio,  memang semua orang tengah busy  menguruskan photoshoot. Dhia pun aku tak nampak kelibat dia dari tadi. Busy lah tu kot.

"Mana lah Heikal pujaan hati aku ni." Aku melihat sekeliling studio tersebut.

Lama aku tunggu Prince charming aku dari tadi tak muncul-muncul.

Berdebar lah pulak jantung ni.

"Sorry, I'm late something came off. "  aku terdengar suara di belakang aku.

Omg!!  Heikal Ukasyah pujaan hati aku. Handsomenya bila tengok dia dari dekat.

Aku pun hanya tengok je dia dari jauh masuk ke dalam bilik persalinan.

Tak sabar nak tengok dia. Bukan senang nak tengok artis depan mata.

"Oiii Aaira termenung apa tu! "  jerkah Dhia di belakang aku.

"Ohmak kau gila!! "  hah kan dah melatah aku ni.

"Dhia!  Kau dah kenapa terkejutkan aku dari belakang . Nasib baik aku tak tercampak fail ni tau! "

"Heheheh sorrylahh. Kau mesti excited kan sebab dapat jumpa pujaan hati kau tu. " kata Dhia sambil menepuk bahuku

"Of course lah aku excited. Aku tak sabar nak tengok dia. "

"Terima kasih,  Dhia sebab kau lah aku dapat jumpa pujaan hatiku" kataku dengan hati Yang berbunga bunga.

"Eleh,  kau tak patut berterima kasih dekat aku. Baik kau ucap terima kasih kau tu dekat En. Hairi."

"Eh kenapa pula aku nak berterima kasih dekat dia? "

"Sebab dia terima juga kau kerja dengan dia walaupun kau ni selalu buat hal dia tetap tak pecat kau."

Terdiam seketika bicaraku. Tak tahu nak cakap apa.

Akhirnya aku balas juga dengan senyuman kekok

"Hmm betul juga cakap kau. Hehehe"

.......

"Hairi!!  Dah lama tak jumpa kau bro. So,  macam mana dengan business kau? Are you doing fine? " kata Irfan kepada kawan baiknya.

Irfan ialah kawan baik kepada Hairi. Irfan ialah pengasas kepada Irfan entertainment . Semua model Yang diambil untuk mempromosikan shopping mall Hairi diambil dari Irfan Entertainment.

"Okay je,  Yang kau ni baru balik dari London tak De bawa buah tangan ke? " kata Hairi kepada kawan baiknya Yang baru sahaja balik dari London atas urusan kerja.

Memang ramai perempuan Yang tergila gilakan dekat dua orang jejaka hangat ni. Dengan paras rupa Yang tinggi lampai. Muka macam ada kacuk mat salih campur Arab sikit. Memang berebut lah perempuan dekat luar sana tu.

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now