BAB 48

3.3K 60 8
                                    

Aaira melihat wajahnya di cermin. Aaira kelihatan begitu cantik sekali dengan solekan yang tidak terlalu tebal itu. Aaira menyarung selendangnya dengan penuh berhati-hati.

"Eh, Aaira. Kenapa pakai sendiri? Sini aku pakaikan untuk kau." Kata Hawa sambil memakaikan selendang di kepala Aaira dengan penuh berhati-hati.

"Tak sangka kan korang berdua dah kahwin. Tinggal aku sorang je yang belum." Rungut Hawa.

"Eleh, Habis Hafiy tu? Aku tengok korang kemain lagi mesra, kan?" Dhia menyakat Hawa.

"Tu lah, Hafiy tu selalu datang dekat kafe dia. Siap tolong bancuh coffee lagi." Tambah Aaira lagi.

"Ish korang ni! Kitorang tak ada apa-apa lah!"

"Eleh, ye lah tu." Kata Dhia.

"Aku nervous lah." Aaira menyatakan perasaanya.

"It's normal, Aaira. Aku pun nervous dulu. Kau sendiri ada dengan aku, waktu tu kan? Trust me, everything is going to be fine, okay?" Dhia cuba untuk menenangkan Aaira.

"Betul ke keputusan aku ni?" Kata Aaira dengan perasaan yang berbelah bahagi itu.

"Aaira, kau jangan macam-macam lagi berapa minit je lagi kau nak kahwin. Kau jangan nak buat hal eh." Marah Hawa.

"Aku rasa aku tak boleh lah nak kahwin."

"Apa, Aaira?" Kata mak Aaira yang baru sahaja masuk di bilik itu untuk memanggil pengantin keluar tetapi benda lain pula yang dia dengar.

"Mak." Aaira memandang ibunya dengan air mata yang bergelinangan.

"Aaira jangan macam ni. Semua orang dah ada dekat luar. Mak kan ada. Aaira sebenarnya nervous kan?" Puan Asnah juga cuba untuk tenangkan hati Aaira.

"Mak, Aaira macam tak percaya yang Aaira akan jadi isteri orang. I'm going to miss you." Jelas Aaira sambil menangis dan memeluk Puan Asnah dengan begitu erat sekali.

"Aaira, setiap orang akan menjalani fasa hidup ini. Mak dah pun lalui, dhia pun sama dan sekarang ni, adalah waktu Aaira pula. Percaya dengan perjalanan yang Allah dah atur buat kita. Mak percaya Aaira boleh."

"Tapi, Aaira tak pasti sama ada Aaira dah sedia ke belum."

"Aaira, kalau Aaira belum bersedia, kenapa Aaira siap pakai baju kahwin ni semua? Aaira berani buat keputusan yang sukar ni dan dah sampai ke penghujung dah pun. Takkan Aaira nak berhenti lepas dah penat lelah?"

"Terima kasih, mak sebab yakinkan  Aaira. Mesti Aaira akan rindukan mak sangat-sangat." Aaira memeluk maknya dengan seerat-eratnya.

"Dah-dah jangan menangis. Rosak makeup tu nanti." Puan Asnah mengelap air mata Aaira dengan penuh berhati-hati supaya tidak rosak.

"Kemain lama lagi bersiap. Pengantin lelaki dah sampai. Cepatlah!" Marah Khairul yang datang secara tiba-tiba itu.

Aaira pun keluar dengan pimpinan ibunya dengan penuh berhati-hati dan mengambil tempat di atas pelamin di dalam dewan yang serba mewah itu. Baju gaun putih Aaira yang serba mewah itu, diperbetulkan oleh bridesmaid di situ untuk tampak lebih kemas.

Saat Hairi masuk dengan berbaju melayu yang lengkap, mata mereka saling bertembung dengan penuh perasaan cinta. Hairi tersenyum manis pada Aaira.

"Hairi Husseini, aku nikahkan kamu dengan adikku Aaira Medina Binti Annuar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai."

"Aku terima nikahnya Aaira Medina Binti Annuar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai."

"Sah."

"Sah."

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now