BAB 14

2.6K 91 4
                                    

Keesokan harinya seperti yang diarahkan oleh En.Hairi Aaira dan Hanif sudah bersiap sedia untuk ke tempat event tersebut dianjurkan.

"Aaira,mana En.Hairi ni?" 

"Kejap lagi dia sampai lah tu.Dia kan ada banyak kerja nak kena buat.Tunggu sekejap je."

"Masalahnya dah 1 Jam kita tunggu dekat sini.En.Hairi cuma hantar location je dekat kita tapi batang hidung dia pun aku tak nampak."

"Ke EN.Hairi lupa?" Aaira meneka.

"Ish takkan lah dia lupa pula.Dia yang suruh kita tunggu dia dekat sini.Cuba kau call En.Hairi."

"Kau je lah yang call dia."

"Eh,aku pula.Kau kan PA dia."

"Hmm..yelah."

Aaira pun mengeluarkan telefon di dalam begnya dan mendail nombor Hairi.

Angkatlah cepat.

"Kenapa awak call saya ni Aaira?" terkejut Aaira apabila tiba-tiba suara En.Hairi kedengaran di belakangnya.

Nasib baik tak tercampak telefonnya.

"Maaf saya terlambat.Saya ada meeting dekat sini tadi.Lama ke awak tunggu?"

"Err..takdelah lama sangat En.Hairi baru je sampai tadi."

"Okay , good."

Mereka pun naik ke lift untuk naik ke tingkat atas.

"Dia suruh kita datang cepat tapi dia sendiri yang lambat." Hanif berbisik pada Aaira cukup perlahan.

"Ish kau ni janganlah cakap kuat-kuat nanti dia dengar lah."

"Mana ada aku cakap kuat , aku bisik lah ni."

"Apa yang awak berdua bualkan tu?" Hairi bersuara di dalam lift tersebut.

"Takde apa En.Hairi.Tak penting pun." Aaira membalas pertanyaan Hairi.Nasib baik tak kantoi.

Mereka telah sampai di tingkat 2.Di situ terdapat hall yang sangat luas.Kebiasaannya hall tersebut digunakan untuk membuat majlis.

"Kita akan buat event tu dekat sini.Jadi , Hanif awak akan designkan hiasan dalam untuk hall ni.Disebabkan kita akan adakan event ni malam,saya nak awak cari design yang bersesuaian."

"Okay,baiklah En.Hairi.Ada apa-apa lagi yang En.Hairi nak tambah?"

"Saya tak nak design awak itu terlalu keterlaluan.Make it as simple as you can.Make sure it looks natural."

"Okay,En.Hairi nanti saya akan tunjukkan pada En.Hairi design yang sesuai."

"Okay,awak dah boleh start hari ini.Awak bawa sekali team awak dekat sini untuk memudahkan lagi kerja awak."

"Baik , boss."

"Nampaknya takde apa lagi yang perlu saya bincangkan.Saya balik office dulu kalau ada apa-apa masalah awak call je saya."

Hanif hanya menganggukkan sahaja kepalanya dan menerima arahan dengan segera.

Aaira dan Hairi pun pulang semula ke office dan memulakan kerja mereka seperti biasa.Keadaan di pejabat tidak seperti selalu.Mereka terlalu sibuk kerana event yang ingin dianjurkan.

"Aaira,awak dah siapkan tugasan untuk diorang semua?" Hairi melangkah ke arah meja Aaira untuk mendapatkan list tersebut.

"Maaf,En.Hairi saya belum siap lagi list tu." Aaira menggaru kepalanya tidak bersalah.

"Saya minta harini kan? Apa yang lama sangat awak buat kerja ni? Bukannya susah sangat pun awak cuma perlu masukkan nama diorang mengikut tugasan yang sesuai je , itu pun susah sangat ke?"

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now