BAB 44

1.9K 51 14
                                    

Aaira mengeluarkan telefon di dalam begnya dan membaca pesanan yang dihantar oleh Hairi.

Aaira merenung lama telefonnya dan mengeluh dengan kuat.

"Maafkan saya, Hairi. Saya terpaksa abaikan awak. Saya memang pentingkan diri sendiri."omong Aaira sendirian di dalam hati.

Setelah selesai membaca Aaira pun memusingkan badannya untuk masuk semula ke dalam.

Aaira sedikit terkejut apabila Hairi muncul di belakangnya secara tiba-tiba.

Tanpa bercakap apa-apa, Hairi merampas telefon di tangan Aaira dengan begitu kasar sekali.

"Jadi, awak dah baca mesej saya? Bila kita boleh berbincang?"

"Hairi, bagi balik telefon saya." Aaira menjingkitkan sedikit kakinya untuk mengambil semula telefonnya di tangan Hairi.

Hairi meninggikan lagi badannya supaya Aaira tidak dapat mengambil telefon tersebut di tangannya.

"Apa masalah awak ni, Hairi? Bagi balik telefon saya. "

"Saya takkan bagi selagi awak tak nak berbincang dengan saya."

" Saya tak rasa yang kita perlu sebab untuk berbincang. Semua tu tak guna. Saya dah buat keputusan dan keputusan saya muktamad. Awak tak boleh nak ubah keputusan saya." Tekad Aaira.

"Macam mana kalau saya boleh ubah keputusan awak?" Jelas Hairi penuh berharap.

"Mustahil." Tegas Aaira.

"Saya ikhlas cintakan awak." Hairi meluahkan isi hatinya.

"Tolong jangan berharap pada saya, Hairi. Sia-sia sahaja."

"Awak memang tak nak bagi peluang langsung pada saya kan?" Redup sahaja pandangan mata Hairi pada Aaira. Dia tidak sangka yang Aaira akan mematahkan hatinya begitu.

"Awak tu yang memaksa." Jelas Aaira. Terpaksa. Jika dia tidak berkata begitu Hairi tidak akan meninggalkannya.

"Jadi, awak nak saya putus asa?"

"Ya." Perlahan sahaja suara Aaira menyatakan perkataan tersebut sambil menundukkan mukanya.

"You are so selfish, Aaira." Dingin sahaja suara Hairi.

"I know." Jelas Aaira sambil merampas semula telefonnya di tangan Hairi dan masuk semula ke dalam rumah Dhia seperti tiada apa yang berlaku.

"Is there something going on between you two?" Tanya Hafiy yang tiba-tiba sahaja muncul di depan Hairi. Sudah lama dia memerhatikan pertengkaran antara Aaira dan Hairi. Dia hanya mendiamkan diri sahaja sepanjang pertengkaran itu.

"Dah lama kau dekat situ?" Dingin sahaja suara Hairi sambil merenung tajam Hafiy kerana mencuri dengan perbualannya dengan Aaira.

"Since the beginning." Jelas Hafiy dengan selambanya.

"What is your problem? Siapa bagi kau hak untuk curi dengar perbualan kitorang?" Marah Hairi. Mahu sahaja dia menumbuk Hafiy. Mujurlah dia dapat menenangkan sedikit hatinya kerana dia sedar dia berada di perkarangan rumah rakannya.

"Perbualan? I don't think it is just a normal talk. Lebih kepada pertengkaran. Am I right?" Sengaja sahaja Hafiy ingin membarakan lagi api dalam hati Hairi.

"Jangan sibuk nak masuk campur dalam urusan aku."

"I'm not butting in your bussiness. Aku cuma risaukan Aaira je. And I would say that i'm jealous too. Dia cuma pandang kau je Hairi. But i'm speechless seeing her losing hope like that."

"Then what am I supposed to do? Tinggalkan dia macam tu je? Aku takkan buat macam tu."

"Bagi dia masa dan ruang untuk berfikir. Dia bukan dalam keadaan yang baik. Try to understand her more."

"Why are you helping me? Bukan kau sukakan Aaira juga? Kau lagi sukakan tengok aku bergaduh dengan dia. What's your deal?

"Sebab aku nak tengok dia bahagia dengan orang yang dia cinta dan orang tu adalah kau. That is why i am helping you."

"How can I trust you?"

"Terpulang pada kau nak percayakan aku atau tak. Pilihan di tangan kau."

"Tak payah nak belagak dengan aku lah." Kata Hairi sambil tersenyum sinis pada Hafiy.

"Tolong jangan patahkan hati Aaira." Hafiy memandang Hairi seakan-akan berharap padaanya.

"I know. No need to remind me." Tegas Hairi.

"Korang buat apa dekat luar ni? Jomlah masuk makan dessert pula. Dhia ada buat pudding caramel. Jomlah masuk." Irfan yang muncul secara tiba-tiba membuatkan mereka berdua menghentikan perbualan.

"Wah, sedap tu. Tak sabar aku nak makan." Jelas Hafiy dengan selambanya.

"Jomlah masuk, Hairi." Pelawa Irfan sekali lagi kepada Hairi yang sedang mengelamun itu.

"O..okay." Hairi membalas apabila tersedar dari lamunannya.



"Sedapnya pudding caramel yang kau buat ni Dhia. Aku nak tapau sikit boleh?" Puji Hafiy. Tak malu betul minta tapau makanan.

"Of course lah sedap. Resepi ni Hawa yang bagi. Dia kan pemilik cafe yang viral tu." Puji Dhia pada Hawa.

"Lepas ni boleh lah bagi location cafe awak Hawa. Boleh lah saya datang setiap hari makan pudding caramel." Kata Hafiy.

"Janganlah datang selalu. Kencing manis nanti kalau makan setiap hari." Jelas Hawa.

"Kalau saya datang untuk tengok awak je bolehkan?" Tanya Hafiy lagi. Dasar playboy betul!

"Oii Hafiy! Kau jangan nak kacau cousin aku eh. Langkah mayat aku dulu." Marah Dhia yang melihat perangai Hafiy yang semakin menjadi-jadi itu.

"Aku gurau je. Kau tak payahlah nak serius sangat. Kan, Hawa?"

"But it's not funny." Jelas Hawa selamba. Nak jual mahal konon.

"Korang ni serius sangat. Orang nak bergurau je pun." Kata Hafiy mempertahankan dirinya.

"Kesian awak buat lawak tak jadi. Sebagai tanda simpati saya bagi awak voucher free cafe saya. Datanglah bila free." Jelas Hawa sambil menghulurkan sekeping kertas pada Hafiy.

Rumah Dhia kembali riuh apabila mereka semua menggelakkan Hafiy apabila Hawa memerlinya sebegitu dengan memberi voucher free itu.

Hafiy mengambil kertas tersebut di tangan Hawa dengan wajah yang terpinga-pinga.

"Dia ni sengaja nak buat aku malu ke apa ni?" Omong Hafiy sendirian dalam hati. Takpelah orang dah bagi ambil je lah.

"Saya tak tahu pula Hawa ada cafe sendiri. Dhia tak pernah bagitahu dekat saya pun." Kata Irfan yang berdiam diri sahaja dari tadi sambil menikmati pudding caramel yang dibuat oleh isterinya.

"Biasalah tu Dhia. Dia kan pelupa. Dah banyak kali saya ajak dia datang tapi tak datang-datang juga dekat cafe saya."

"Sekarang ni saya dah tahu boleh lah kita date sama-sama dekat cafe Hawa nanti. Kan sayang?" Sengaja sahaja Irfan bermesra dengan isterinya untuk menunjukkan kebahagiaan mereka.

"No problem. Saya akan sediakan tempat yang exclusive untuk korang. VVIP punya." Jelas Hawa dengan teruja.

Aaira dan Hairi masing-masing mendiamkan diri setelah pertengkaran yang baru sahaja berlaku tadi. Dhia dan Irfan juga turut pelik melihat mereka berdua yang mengunci mulut tanpa sebarang kata yang dikeluarkan.

Setelah selesai makan dessert mereka pun pulang ke rumah masing-masing. Ye lah takkan nak lama-lama pula dekat rumah orang sampai pagi buta kan? Kenalah hormat privacy orang sikit.












What's up guys! Chapter ni mcm boring sikit. Ohogogo

Idea author dah menghilang😭

Siapa boleh tolong carikan idea author balik?😅😂

Just kidding!😉





Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now