BAB 34

1.9K 61 2
                                    

Aaira memulakan harinya seperti biasa. Pagi-pagi lagi dia sudah bangun awal untuk ke tempat kerjanya. Dhia mengambil cuti hari ini kerana dia kurang sihat. Jadi, Aaira terpaksa bangun awal untuk mengejar MRT untuk ke tempat kerjanya.

Aaira tidak kisah jika dia perlu menaiki MRT pun kerana dia memang sudah biasa menaiki MRT ini dahulu semasa dia ingin pulang ke kampung halamannya. Cuma sejak dia sama tempat kerja dengan Dhia,untuk menjimatkan kos dia pun menumpang Dhia pergi dan balik.

"Haih..what a hectic day today." Mana tak nya mood Aaira ke laut hari ini , pagi-pagi lagi kad MRT nya buat hal. Duit tak cukup pula dekat dalam kad tu.  Semasa Aaira ingin mencari-cari dompetnya di dalam beg , tiada pula dompetnya. Jadi, terpaksalah Aaira berpatah balik ke rumah untuk mengambil dompetnya yang tertinggal itu.
"Haih nasib baik sempat aku naik,kalau tak, memang melepaslah aku nak pergi kerja nanti." Aaira bergegas masuk ke dalam MRT tetapi malangnya semua tempat duduk sudah dipenuhi dengan orang ramai.

"Nampaknya terpaksalah aku berdiri. Dah tak ada tempat kosong." Aaira memegang palang yang berada di dalam MRT itu dengan kuat kalau jatuh nanti buat malu sahaja nanti.

"Aaira!! Hang buat apa dekat sini?" Seseorang yang sedang duduk berhampiran dengan Aaira menegurnya.

"Eh? Mirza? Hanif? Korang naik MRT?"

"Kitorang memang pergi kerja naik MRT sama-sama." Hanif membalas.

"Sama-sama? Macam ada something je korang berdua ni." Tanya Aaira pelik.

"Something apa nya? Kitorang selalu terserempak tu lah kitorang pergi kerja sama-sama. Tak kuasa aku nak ada something dengan pakcik bawang ni." Mirza menjeling Hanif yang duduk disebelahnya.

"Eleh kau.Ingat aku nak sangat ke pergi kerja dengan kau? Aku pun tak kuasalah nak ada something dengan kau! Geli tahu tak?" Hanif menghamburkan kemarahannya pada Mirza.

"Tak nak mengaku pula kau.Aku tahu lah aku ni cantik.Dalam hati kau sebenarnya ada taman dengan aku kan?"

"Cakap dengan kau ni macam cakap dengan batu.Tak faham bahasa langsung!"

"Sebab ni lah semua perempuan tak nak dengan kau,cakap tak bertapis langsung.Ada je benda yang nak menyakitkan hati."

"Cakap orang kau pun sama je lah macam aku." Hanif membalas.

Pening kepala Aaira melihat gelagat mereka berdua.Kalau berjumpa sahaja mesti ada je benda yang tak kena ada je benda yang nak digaduhkan macam budak-budak betul.

"Eh kau!.." Mirza meninggikan suaranya.

Belum sempat Mirza ingin menghabiskan ayatnya Aaira mencelah. "Enough!! Pening kepala aku tahu tak tengok korang bergaduh? Ada je benda yang tak kena.Macam budak-budak betul.Aku kahwinkan korang berdua baru tahu."

"Seriously,Aaira? Dengan minah ni? Tak hingin aku!" Hanif menjeling Aaira.

"Aku pun tak hingin lah!" Mirza membalas.

"Dah dah lah tu korang.Janganlah gaduh lagi.Kita dah sampai ni.Jom keluar."

Mereka pun mengikut arahan Aaira dan keluar dari MRT itu.

Mereka pun masuk ke tempat kerja mereka dan mengimbas kad untuk menandakan mereka sudah hadir ke tempat kerja.Mata Aaira tertangkap kepada susuk tubuh seseorang.

"Korang masuklah dulu,aku nak pergi toilet." Tipu Aaira.

"Okay." Hanif dan Mirza menjawab serentak.

Aaira menghampiri susuk tubuh seseorang itu dengan langkah yang penuh berhati-hati.

"Hafiy..." Aaira memanggil nama lelaki tersebut.
Hafiy hanya mendiamkan diri sahaja dia tidak menoleh langsung ke arah Aaira.
"Kau masih marahkan aku lagi ke?" Diam.Masih tidak berjawab soalan Aaira.
"Aku nak minta...." belum sempat Aaira menghabiskan perkataannya Hafiy mencelah.
"Enough.Stop saying sorry to me.Kalau kau minta maaf pada aku bermakna kau bagi harapan palsu dekat aku."

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now