BAB 11

2.7K 94 0
                                    

"En.Hairi okay tak?" terpampang wajah kerisauan Aaira.

Dia berasa bersalah pula.Disebabkan dia tangan En.Hairi sudah lebam akibat tumbukan padu tadi.

"Saya okay." En.Hairi terus melangkah masuk ke dalam kereta.

Aaira hanya menunggu sahaja di luar.

"Kenapa awak tak masuk?" tanya Hairi pada Aaira.

"En.Hairi tunggu sekejap boleh?"

"Awak nak pergi mana?"

"Adalah."

Aaira berlari dengan laju untuk menuju ke farmasi yang berdekatan.

Nasib baik ada farmasi dekat-dekat sini.

"Cik, boleh saya bantu?"

"Saya tengah cari ubat."

"Ubat apa ye, Cik?"

"Mmm...macam mana nak cakap eh?" Aaira menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"You know...ubat untuk tangan yang lebam lepas tumbuk orang."

Pekerja di farmasi tersebut tergelak mendengar penjelasan dari Aaira.

Dia pun mengambil sekotak ubat krim dan memberi pada Aaira.

"Akak boleh sapu krim ni.Nanti eloklah."

"Okay, bagus lah kalau macam tu.Saya nak cepat ni."

Pekerja tersebut memasukkan krim tersebut ke dalam plastik dan Aaira membuat pembayaran.

Aaira berlari dengan sepantas yang mungkin.

Tidak mustahillah untuk Aaira berlari dengan laju.

Dia merupakan atlet di sekolah menengah dahulu.

Selalu memenangi pingat emas.

Tapi entah kenapa dia rasa mengah semacam.Mungkin sebab sudah lama tidak berlari dengan laju.

Aaira membuka pintu kereta dan masuk ke dalam kereta tersebut.

"Apa yang lama sangat ni? Awak pergi mana sebenarnya ?"

"Saya pergi farmasi tadi , beli ubat."  Kata Aaira sambil menghulurkan sebungkus plastik pada Hairi.

"For what?"

"Tu..untuk penumbuk En.Hairi tu."

"Saya okay je.Tak sakit pun.Sikit je ni." kata Hairi sambil mengcover machonya.

"Alah, sapu je lah.Penat tau saya berlari tadi."

"Saya tak suruh pun awak beli."

"Saya tahu tangan En.Hairi sakit lepas tumbuk Rayyan tadi."

"Mmm..mana ada."

"Anggap je lah ini tanda terima kasih saya pada En.Hairi."

Aaira hanya memandang pandangan di luar sahaja.

Melihat bandar Kuala Lumpur yang gah itu.

Dia sangat kagum melihat bangunan yang tersegam indah di bandar mewah tersebut.

"About Rayyan.." Hairi memecahka suasana yang sunyi di dalam kereta.

"Saya nak awak berhati hati dengan dia."

"Kenapa?" Aaira menoleh pandangannya pada Hairi

"Takkan awak masih tak nampak lagi apa yang dia buat dekat awak tadi?"

"Ouh...pasal tu."

"Are you really okay, Aaira?"

"Saya okay je, En.Hairi."

Aku P.A Si Dingin Itu!Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt