BAB 46

1.8K 48 0
                                    

Aaira agak geram dengan tingkah laku Hairi itu. Sengaja sahaja Hairi ingin menaikkan angin kemarahannya. Tanpa melulu lagi, Aaira dengan selambanya membuka pintu bilik Hairi.

Aaira meletakkan surat itu di atas meja Hairi dengan kasarnya. Hairi hanya memandang tajam Aaira dan agak terkejut juga dengan tingkah laku Aaira itu. Dia tidak pernah melihat Aaira semarah itu.

"I don't care whether you want to accept this or not. Salah seorang daripada kita kena pergi. Which is me." Tegas Aaira.

"But why, Aaira?! Apa salah saya pada awak?" Hairi yang sedang duduk serta merta berdiri kerana tidak percaya apa yang didengarinya.

"Awak takkan faham!" Tegas Aaira. Wajahnya juga kelihatan seperti ingin menitiskan air mata.

"Macam mana saya nak faham kalau awak sendiri tak jelaskan pada saya" suara Hairi kembali mendatar.

"Hairi, we are not meant for each other." Sayu sahaja suara Aaira.

"Can you please stop saying that? Aaira, saya tak pernah kisah pun latar belakang awak macam mana. What I know is, I truly love you." Ikhlas Hairi. Dia memandang Aaira dengan pandangan yang penuh harapan.

"Enough, Hairi. Don't make me change my mind." Kata Aaira sambil berjalan ke arah pintu. Dia tidak mahu berubah fikiran dan mengambil jalan selamat dengan keluar dari bilik itu.

"Marry me, please." Langkah Aaira berhenti secara tiba-tiba setelah Hairi mengungkapkan kata-kata itu. Jantung Aaira berdegup dengan kencang sekali.

"No, Hairi." Kata Aaira sambil membelakangi Hairi.

"Why?" Suara Hairi kedengaran sedih dan sayu.

"Because i'm ashamed of myself! I don't deserve you! Saya terlalu malu untuk tunjukkan muka saya dekat depan awak lepas saya dah buat banyak perkara yang bodoh. I rejected you because of my insecurity. Saya pengecut Hairi. I'm too afraid about people judging me." Jelas Aaira sambil memandang Hairi. Aaira sedaya upaya menahan air matanya daripada jatuh.

"Awak dah cuba yang terbaik untuk halalkan saya, tapi....saya terlalu mementingkan diri sendiri." Aaira seperti menahan suaranya supaya dia tidak menangis di hadapan Hairi.

"Aaira, listen. Your scars, your insecurity, seems perfect in my eyes. I don't know why. Whatever hurting you, make me wanna protect you more. That's why i'm begging for you to stay beside me because I can't imagine my life without you." Hairi memandang Aaira dengan penuh perasaan cintanya.

"So, please, ketepikan semua perasaan awak, dan jujur dengan diri awak. You still love me, right?" Hairi cuba untuk meyakinkan Aaira.

"I'm sorry, Hairi. I'm mistaken about you. Saya sepatutnya lebih percayakan awak..." Aaira menundukkan wajahnya.

"So, is it a yes?"

"Yes for what?" Aaira kembali memandang Hairi dengan terpinga-pinga.

"My propose?"

"Yes." Kata Aaira sambil tersenyum manis.

"Thank you, Aaira."

Seperti biasa setiap hujung minggu Aaira pasti akan membantu Hawa di kafe nya. Tapi tak selalulah. Kadang-kadang je kalau dia rajin. Disebabkan Adi dan Adam telah menyambungkan pelajarannya terpaksalah Aaira datang membantu sebab kekurangan kakitangan.

"Tak sangka yang kau dah nak kahwinkan, Aaira. Nampaknya tinggal aku sorang je lah yang single mingle." Keluh Hawa yang sedang mengacau-ngacau minumannya. Tapi tak minum-minum juga.

"Takpe, Hawa. Satu hari nanti waktu kau pasti akan sampai."

"Tak sabar aku nak jadi pengapit kau nanti."

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now