BAB 36

2K 58 7
                                    

Debaran yang dirasai Dhia pada hari bahagianya membuatkan tangannya menggigil tidak henti.Hanya Allah sahaja tahu betapa gemuruhnya perasaannya ketika ini.

Baju yang penuh dengan labuci di lengan Dhia menambahkan lagi kecantikan gaun perkahwinannya itu bersama dengan sulaman di tepi selendang juga telah menaikkan lagi seri wajahnya pada hari bahagianya ini.

"Dhia...kau jangan nervous sangat okay? Aku sentiasa ada dengan kau.Jangan risau sangat okay.Everything will be okay." Kata Aaira sambil memegang erat tangan Dhia.

"Aaira, thank you for staying by my side.Even aku dah nak kahwin pun kau still setia dengan aku."

"See? Mula lah tu cakap merapu! Of course lah i'll do that for you! I'm your bestie right?"

"Lepas ni aku dah kahwin kau nak duduk mana?"

"Kau jangan risau pasal tu dulu,okay? Belum jadi lagi.Nanti pandai-pandailah aku fikir nak duduk mana.Aku dah besar lah."

"Aaira...aku rasa sedih pulak tiba-tiba sebab kita mungkin tak dapat jumpa selalu lepas aku dah kahwin nanti.Lagi-lagi bila aku dah ada anak mesti susah kita nak jumpa kan?"

"Dhia...jangan fikir macam tu.Aku akan tetap ada dengan kau...aku takkan jauhkan diri dari kau walaupun lepas kau dah kahwin dan kita akan sentiasa bersama,okay? Kita masih lagi boleh jumpa dekat tempat kerja kan? Dekat kampung? Yang kau nak emotional lebih ni dah kenapa?"

"Eh,haah jugak kan..." mata Dhia sudah bergelinangan.

"Jangan nangis,Dhia! Nanti makeup kau rosak!" Jerit Aaira panik.Mereka memandang satu sama lain dan menghamburkan ketawa.Tak sangka zaman bujang Dhia akan berakhir dalam beberapa jam lagi.

"Pengantin perempuan dah boleh get ready." Jelas Hawa.

"Cantiknya sepupu aku sorang ni.Dah nak kahwin dah dia.Haih aku ni je lah yang membujang." Keluhan Hawa.

"Macam dia sorang je yang membujang.Habistu aku ni?" Sampuk Aaira.

"Eh, bukan kau dah ada someone special ke dalam hati kau?" Sakat Hawa.

"Siapa pulak?" Jelas Aaira terpinga pinga.

"Eleh, buat-buat tak tahu pulak." Jelas Hawa sambil memegang baju gaun Dhia untuk keluar dari bilik tersebut.

Dhia perlahan-lahan berjalan keluar dari bilik yang berada di dalam dewan perkahwinan yang mewah tersebut dengan penuh berhati-hati sambil tangannya dipimpin oleh ibu kandungnya.

Dhia pun mengambil tempat di atas pelamin yang kelihatan serba mewah dan ringkas itu.

"Aku kahwinkan dikau dengan anak perempuanku Dhia Aliya binti Harun dengan emas kahwinnya RM1000 tunai."

"Aku terima nikahnya Dhia Aliya binti Harun dengan emas kahwinnya RM1000 tunai."

Setelah semua orang sah atas perkahwinan Dhia dan Irfan maka mereka pun menadah tangan berdoa.

Dhia mengalirkan air matanya dengan deras menunjukkan dia lega.Dengan ini,Dhia telah sah menjadi isteri kepada Irfan.

Irfan berjalan ke arah Dhia dengan perlahan dan menyarungkan cincin pada jari manisnya dan mengucup dahinya perlahan.

Aaira hanya tersenyum memandang Dhia dan Irfan dari jauh.Dia juga menumpang gembira dengan perkahwinan kawan baiknya itu.

Hafiy yang berpakaian lengkap baju melayu berwarna merah hanya berdiri di tepi sudut dewan yang tersergam mewah itu sambil memerhatikan Aaira.

Hairi berjalan ke arah Aaira.

"Macam baru semalam je saya kenal dengan Irfan dan Dhia.Tak sangka secepat ni diorang dah kahwin."

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now