BAB 10

3K 97 4
                                    

"Dokumen apa ni?! Aku minta dokumen lain kan? Kau bagi apa ni?!"

"Maaf, En.Hairi saya tak tahu pula Dahlia salah bagi tadi."

"Lain kali buat kerja tu betul-betul sikit.Doublecheck!"

"Menyusahkan aku betul lah!"

"Ala, saya tak sengaja kan." dengan selambanya Aaira melawan kata Hairi.

Hairi mencampakkan dokumen tersebut ke lantai.

"Kau cakap apa?" Hairi memandang Aaira dengan muka garangnya.

"Takde apa"   kata Aaira sambil mengutip semula dokumen tersebut di atas lantai.

"Kau keluar sekarang!" Hairi menghalau Aaira keluar dari biliknya.

Aaira terus melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Eihh apa lah masalah mamat ni.Kejap okay dengan aku, kejap tak okay.Kejap saya kejap aku."

"Hello, aku tersalah ambil dokumen je pun.Bukannya masalah besar sangat pun."

"Ishhh, Cold-Hearted betul!"

"Eii serabut otak aku lah!"

"Dengan perangai si Dahlia tu lagi aku nak hadap."

"Dapat boss pula perangai macam singa."

Setelah bergelut dengan Dahlia untuk mengambil semula dokumen yang diminta En.Hairi akhirnya berjaya juga aku.

Si Dahlia ni pun satu.Dia yang buat salah aku juga yang kena.Memang sengaja je dia nak tengok aku kena marah dengan 'Boss Kesayangan' dia tu.

Masa pun sudah berlalu.Aku pun menyediakan alat untuk presentation dan meeting tergempar tersebut.

Aku hanya duduk sahaja mendengar pembentangan dari En.Hairi.

Not Bad juga dia ni.Bercakap dengan lancar dan penuh confident.Patutlah dapat tarik ramai pelanggan.

Dah banyak kali dan aku menguap dekat dalam bilik ni.

Bosan yang teramat.Bila lah nak habis meeting ni.Mereputss.

Kemudian salah seorang dari klient Jepun tersebut menanyakan soalan pada En.Hairi dan menunjuk aku.

Dia berbicara dalam bahasa Jepun.

Nasib baik ada translator dekat sebelah dia.

Translator tersebut pun menjelaskan pada En.Hairi.

"Yes, she is my new PA." kata En.Hairi sambil memandang aku.

Aku memandangnya dengan pandangan yang blur.

Apa dia?

En.Hairi memandang aku sekali lagi.Tapi sedikit tegas.

Hah? Aku masih tidak faham.

"Kau jangan malukan aku dekat sini boleh tak? Dia suruh kau perkenalkan diri lah.Kau jangan lembap sangat boleh tak?"  bisik Dhia yang duduk di sebelah aku.

Badan aku automatik berdiri untuk perkenalkan diri.

"Errr...Kon'nichiwa."  kata aku sambil mengangkat tangan pada Haruki Minato.Salah seorang klient tersebut.

Apa benda yang kau buat ni Aaira.

En.Hairi hanya memandang aku sambil menahan malu.

"My name is Aaira Medina." kataku sambil memandang pada client tersebut.Arhgg hensemnyaa diaa.

"What can l call you?" dia menanyakan soalan kepadaku sambil tersenyum manis.

Lambat laun aku hanya menjawab.

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now