BAB 32

2.2K 73 11
                                    

Hafiy mengeluarkan telefon dari poket tepinya dan mendail nombor seseorang dengan kasarnya.

Dia tidak puas hati apabila membaca pesanan dari whatsapp yang diterima oleh Aaira tadi.Perasaan marahnya membuak-buak terhadap Dahlia yang semakin melampau dengan perbuatan keterlaluannya itu.

"Kau turun dekat lobi sekarang sebelum aku bongkarkan rahsia kau dekat Hairi." Jelas Hafiy ringkas di hujung telefon.Kedengaran dingin sahaja suaranya.Dia sekarang sedang berada di rumah apartmen mewah milik Dahlia.

"Apa masalah mamat ni tiba-tiba je call lepastu nak mengugut aku pula." Dahlia yang sedang menonton televisyen itu berasa pelik kerana Hafiy mengarahnya sesuka hati.

Dahlia pun memperbetulkan pakaiannya sebelum turun ke lobi.Bengis sahaja mukanya apabila diarahkan sebegitu."Kau siapa Hafiy nak mengugut aku sesuka hati kau?" Dahlia mencari-cari kelibat Hafiy di lobi tempat kediamannya.

"Apa masalah kau Hafiy call aku malam-malam buta macam ni sampai nak mengugut aku.Kau nak apa sebenarnya dari aku?" Dahlia menghamburkan kemarahannya pada Hafiy.Hafiy memandangnya tajam tanpa segaris senyum.

"Ini adalah amaran pertama dan terakhir.Kau dengar sini baik-baik.Jangan sesekali lagi kau cuba nak ganggu kehidupan Aaira kalau kau tak nak aku hancurkan hidup kau.Kau jangan main-main dengan aku Dahlia.Kau silap langkah,aku akan jatuhkan kau sampai kau tersungkur dan tak boleh bangun semula." Hafiy mencerlung tajam memandang Dahlia.Kegerunan di wajahnya membuatkan Dahlia sedikit takut.

"Kau nakkkan dia juga kan,Hafiy? Takkan kau tak nak bekerjasama dengan aku.Aku dapat Hairi kau dapat Aaira.It's a win-win situation." jelas Dahlia kerana dia tidak mahu nampak lemah di depan Hafiy.

"Aku takkan termakan dengan umpan kau lah Dahlia.Kalau aku nak dapatkan hati seseorang,aku takkan buat dengan cara yang kotor macam kau." Hafiy berlalu pergi meninggalkan Dahlia yang berasa tidak puas hati terhadapnya.

"Kau fikir kau dah hebat sangat? Kau dengan Aaira takkan terlepas dari genggaman aku.Kau tunggu je masa yang sesuai untuk aku jatuhkan kau." Dahlia bermonolog sendirian.Baru sahaja dia ingin menjalankan rancangan jahatnya tetapi ianya dihalang oleh Hafiy.

"Sikit pun aku tak takutlah dekat kau,Hafiy.Kau berani cabar aku dan aku takkan berundur sesenang itulah." Dahlia memandang jauh Hafiy yang semakin lama hilang dari pandangannya.

Sejujurnya...aku tak nak hancurkan hidup sesiapa.Aku tak nak ada sesiapa yang tersakiti disebabkan aku.Kenapa,Aaira? Kenapa kau sanggup buat apa saja untuk orang yang kau sayang tanpa memikirkan perasaan kau sendiri?

Aaira berfikir-fikir tentang masalahnya di meja kerjanya.Hairi mungkin masuk lambat sikit hari ini sebab dia kena jumpa dengan klient dulu.

"Apa yang perlu aku buat ni? Perlukah aku letak jawatan untuk selamatkan syarikat Hairi? Habistu macam mana dengan aku? Macam mana aku nak sara hidup aku dekat sini kalau aku tak ada pendapatan?" Aaira semakin risau apabila dia mendapat pesanan dari Dahlia yang semakin mendesaknya setiap hari.Tidak cukup dengan itu di tempat kerja juga Dahlia mengugutnya.

"Kau ni dah pandai mengadu sekarang kan? Kau nak menjaja cerita dekat semua orang kan? Kau ingat dengan ugutan Hafiy tu aku boleh lepaskan kau macam tu je ke?"

"Apa maksud kau ni Dahlia? Aku menjaja cerita? Dekat Hafiy?" Aaira kelihatan terkejut dengan pernyataan yang dikemukakan Dahlia itu.

"Kau tak payah nak pura-pura depan aku lah.Kau mesti dah bagitahu dia semuanya pasal aku sampai dia sanggup datang dekat rumah aku untuk ugut aku."

"Dahlia,itu cuma kebetulan je.Dia terbaca mesej yang kau bagi dekat aku,itu je." Hafiy ni memang melampau! Aku dah suruh dia rahsiakan benda ni tapi dia langsung tak nak dengar cakap aku.

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now