BAB 31

2.1K 61 0
                                    

Aaira mencampakkan begnya dengan kasar di atas sofa itu.Dhia yang sedang menonton Tv terkejut dengan perbuatan Aaira itu.

"Kenapa ni Aaira? Kau gaduh dengan Hafiy ke?"

Aaira hanya mendiamkan sahaja dirinya dan baring di sofa yang berhampiran dengannya.

"Tak boleh ke kau berbaik je dengan dia,Aaira? Aku tengok korang ni asyik bergaduh je." Kata Dhia sambil menekan punat untuk menukar siaran.

Aaira bangun dari sofa tersebut dengan muka yang agak tidak puas hati dengan kata-kata Dhia itu.

"Aku tak boleh berbaik lagi dengan dia,Dhia! Sebab aku benci dia! Aku benci dia sangat-sangat Dhia! Rasa benci aku dekat dia terlalu dalam dan aku tak rasa aku boleh buang lagi perasaan benci aku dekat dia."

"Berbaik? Aku dah cuba,Dhia.Aku cuba untuk berbaik dengan dia tapi aku tetap tak boleh sebab dia dah hancurkan hati aku,Dhia.Aku tak rasa aku akan berbaik semula dengan dia.Sampai mati pun aku tetap akan bencikan dia."

"Kau bukan benci dia,Aaira.Aku kenal kau.Kau cuma tak boleh lupakan kejadian yang berlaku waktu kau break dengan dia kan,Aaira? Kau cuma tak boleh nak terima kenyataan yang dia tipu kau hidup-hidup kan?"

"Kau lepaskan je lah semua tu Aaira.Aku tahu kau tak bencikan dia tapi kau bencikan diri kau sendiri sebab terlalu percayakan dia,kan?.Tak guna pun kalau kau sentiasa ingat benda tu,Aaira.Kau cakap kau dah move on,tapi hakikatnya kau masih tak boleh move on lagi."

"Kau tak ada dekat tempat aku,Dhia.Kau takkan faham.Aku dah banyak kali bagi dia peluang untuk berubah tapi dia sia-siakan peluang tu." Aaira mengambil begnya dan menuju ke biliknya.

Aaira baring ke katil biliknya dan mengimbas semula kembali kejadian yang berlaku semasa dia putuskan hubungannya dengan Hafiy.

"Aaira,aku nampak Hafiy jalan dengan perempuan lain tadi.Kemain mesra lagi." Kata Dhia selaku rakan baiknya.

Hafiy dan Aaira belajar di universiti yang sama tetapi mereka mengambil course yang berlainan.

"Kawan dia lah tu.Kau ni jangan lah negative thinking sangat." Aaira membela teman lelakinya itu sambil memasukkan bukunya ke dalam beg.Mereka baru sahaja menamatkan sesi pembelajaran.

"Kawan apanya sampai pegang-pegang tangan? Dah macam pasangan kekasih dah aku tengok." Dhia masih tidak berputus asa menyalahkan Hafiy.

""Si Hafiy ni pun satu,dia tak tahu ke yang dia ada girlfriend? Dia tak jaga pun hati dan perasaan kau,Aaira." Membuak-buak kemarahan di hati Dhia apabila melihat perangai Hafiy yang tidak semenggah itu.

"Alah,Dhia.Kau janganlah nak emosi sangat.Kau janganlah nak menuduh Hafiy sesuka hati.Aku kenal dia lah.Dia takkan buat dekat aku macam tu." Walaupun Aaira sering mendengar dari mulut orang yang Hafiy sering curang dengannya tetapi Aaira masih percayakan Hafiy.

"Kau ni Aaira,Naif sangat,kan? Kenapalah kau percayakan sangat dekat si Hafiy tu? Apa yang dia ada? Kau pun sendiri tahu kan yang dia tu playboy dari dulu lagi."

"Aku tahu dia siapa,Dhia.Tapi tak salah kan kalau aku bagi dia peluang untuk berubah?"

"Betullah apa orang cakap cinta itu memang buta sampaikan kesalahan orang tu pun kita tak nampak."

"Kau nak memerli aku ke apa ni?" Aaira memandang Dhia serius.

"Tak ada lah Aaira.Aku cuma nak bagi kau peringatan.Aku tak nak nanti hati kau terluka.Cukuplah dengan apa yang kau lalui selama ni.Aku tak nak kau patah hati lagi." kedengaran sayu sahaja suara Dhia.

"Kau jangan risau,ye Dhia.Aku percayakan Hafiy dan aku tahu dia dah tak buat semua benda tu lagi." Aaira kembali meyakinkan Dhia sedangkan dia tidak pasti tentang apa yang dikatakannya itu.

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now