BAB 18

2.5K 89 2
                                    

Aaira masuk semula ke pejabat dengan perasaan marah akibat pergaduhannya dengan Hafiy tadi.

Dia ni memang sengaja nak sakitkan hati aku.Apa yang dia nak sebenarnya.Takkan dekat tempat kerja pun nak kacau aku.

Setelah meredakan kemarahannya Aaira ternampak En.Hairi yang masih berada di pejabatnya.

"Eh,En.Hairi ni tak pergi lunch ke?" Aaira pun dengan beraninya mengetuk pintu Hairi dan masuk ke dalam biliknya.

"Ada apa Aaira awak datang sini? Awak tak lunch ke?"

"Saya dah lunch tadi.En.Hairi tak pergi turun bawah ke lunch?"

"Saya ada banyak kerja nak kena buat ni.Rasanya tak sempat kut untuk saya makan lunch."

"Walaupun banyak kerja yang En.Hairi kena buat sekurang-kurangnya makanlah dulu.Kalau En.Hairi tak ada tenaga macam mana nak buat kerja kan?"

"Awak ni kuat membebel kan? Saya tahulah nak jaga kesihatan saya sendiri.Awak tak perlu risau pun." Cakap dengan dia ni buat sakit hati je.Nasib baik kau boss aku tau!

"Nah,En.Hairi ambillah roti ni buat alas perut supaya bagi tenaga sikit pada En.Hairi.Saya tahu En.Hairi tak sempat nak lunch tapi alaslah dulu perut dengan roti ni." Aaira meletakkan sebungkus roti coklat di atas meja Hairi.

"Takpelah Aaira.Kalau saya lapar nanti pandailah saya cari makan."

"Takpe,En.Hairi ambil sahaja roti ni.Memang tugas saya kan untuk menjaga kesejahteraan majikan saya." sopan sahaja pertuturan Aaira

"Okay...Thanks Aaira for this." kata Hairi sambil memegang bungkusan roti itu.

"Jangan lupa makan tau!" Aaira melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Harap-harap En.Hairi makanlah roti yang aku bagi tu."

Aaira melihat jam di tangannya yang menunjukkan pada jam enam petang.Waktu bekerjanya sudah tamat tetapi En.Hairi masih tidak keluar lagi dari pejabatnya.

Aaira pun membuat keputusan untuk masuk ke bilik En.Hairi.Aaira mengetuk pintu tersebut dengan berhati-hati.

Aaira diarahkan masuk oleh Hairi lalu Aaira pun melangkah masuk dengan berhati-hati.

"En.Hairi tak balik lagi ke?" jelas kerisauan di wajah Aaira.

"Saya ada banyak lagi kerja yang nak kena buat ni."

"Muka En.Hairi macam pucat je.Saya ada bagi roti tadi En.Hairi dah makan ke belum roti tu?" Aaira teringat kembali tadi semasa dia memberi roti pada En.Hairi.

"Ermm...saya lupa nak makan." Hairi bangun dari tempat duduknya.Aaira hanya memerhatikan sahaja tingkah laku majikannya itu.

Aaira geram melihat perangai Hairi yang acuh tak acuh itu.

Baru sahaja Hairi ingin menuju ke pintu badannya terasa lemah dan dia jatuh rebah di hadapan Aaira.

Aaira yang terkejut lantas berlari ke arah Hairi.Dia takut apa-apa yang terjadi pada bossnya itu.

"En.Hairi,bangun! En.Hairi okay ke tak ni?" Aaira mencuba sedaya upayanya untuk menyedarkan Hairi.Wajah Hairi sangat pucat.

Aaira memandang sekeliling dan ternampak sebungkus roti yang diberi pada Hairi tadi.

Bungkusannya elok sahaja dibalut dan tiada tanda pun roti itu dimakan.Sah En.Hairi tak makan roti yang aku bagi dia tadi.

"En.Hairi bangunlah! Janganlah buat saya macam ni.Saya risaulah." Aaira kembali panik kerana Hairi masih tidak sedarkan dirinya.

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now