BAB 50 (Extra chapter for Hafiy & Hawa Shippers😍)

2.5K 60 4
                                    

Hawa mengemop lantai itu dengan penuh cermat. Nasib kau lah harini customer buat hal. Boleh pula budak-budak tu tumpahkan satu cawan iced chocolate.

"Hmm penat betul harini. Aaira dah kahwin budak lelaki dua orang tu tengah sambung belajar. Aku je dekat sini mereput sesorang. Jodoh pun tak sampai lagi." Bebel Hawa sambil mengemop lantai dengan ganasnya.

"Ting" kedengaran bunyi loceng pintu itu menandakan ada orang menolak pintu kaca tersebut.

"Selamat datang." Hawa cepat-cepat membetulkan apronnya. 

Hawa agak terkesima apabila melihat Hafiy dengan berpakaian suit dengan begitu segak sekali masuk ke dalam kafenya. Hawa cepat-cepat berhenti mengelamun dan menegur Hafiy.

"Eh, Hafiy? Buat apa datang sini?" Tanya Hawa yang agak terkejut melihat Hafiy yang datang ke kedainya secara tiba-tiba.

Hafiy ada cakap pada Hawa bahawa dia ingin datang ke kafe Hawa satu hari nanti tetapi Hawa fikir dia hanya bergurau sahaja. Bila dia dah terpacak dekat depan ni, rupa-rupanya dia memang betul-betul datang. Perbualan tersebut kembali terngiang-ngiang di fikiran Hawa.

"One day I will come to your cafe because I really love your pudding caramel." kata Hafiy sambil tersenyum manis pada Hawa.

"ye la tu kau. Jangan suka hati je nak janji kalau tak pandai nak tunaikan."

'This is Hafiy okay! I always keep my promise!" Jelas Hafiy mempertahankan dirinya.

"Okay we will see." Kata Hawa seperti memerli.

Perbualan tersebut kembali terngiang-ngiang di fikiran Hawa. Perbualan itu berlaku semasa hari perkahwinan Hairi dan Aaira.

"Hey, I keep my promise, okay. If I said I want to come here, I will come. Plus, aku suka pudding caramel."

"Takdelah aku ingatkan kau main-main je waktu kau cakap kau nak datang haritu. Rupa-rupanya kau betul-betul datang." kata Hawa sambi memegang mop di tangannya.

"Maknanya kau dah salah anggap tentang aku."

"Hmm whatever, duduklah dulu. Kafe aku ni biasa-biasa je, takdelah fancy sangat macam kafe mahal-mahal yang kau selalu pergi." kata Hawa sambil meletakkan mop yang dipegangnya kembali ke dalam stor.

"Mana kau tahu aku selalu pergi kafe mahal-mahal je?" Tanya Hafiy sambil mengekori Hawa.

"Yelah, kau kan anak orang kaya, mestilah standard kau tinggi." kata Hawa sambil menuju ke meja untuk mengelap iced chocolate yang tertumpah tadi.

"No, I love this cafe. It is very cozy and calm. You did a great job managing this cafe." kata Hafiy sambil berdiri sedikit jauh dari Hawa.

"Yeke..thank you." Kata Hawa sambil pipinya blushing tapi cepat-cepat Hawa cover pipinya yang membahang itu.

"Kenapa kau macam tak happy je aku puji kafe kau."

"Sebab aku dah selalu dengar orang puji kafe aku. Yelah kafe aku ni kan famous dekat socmed." kata Hawa dengan lagaknya.

"Asal aku tak tahu pun."

"Sebab kau tak aktif socmed lah sebab tu kau tak tahu."

"Okay, kalau macam tu apa instagram kafe kau. Aku nak stalk. Famous sangat kee."

"Elehh, aku rasa followers kafe aku lagi ramai dari followers kau!"

"Eleh belagak!"

Hawa hanya menjeling sahaja Hafiy.

"Dah lah cepatlah order! Aku ada banyak kerja lagi nak buat ni." 

"Mana pekerja kau?"

"Aku mana ada pekerja dah. Semua dah berhenti. Aaira kan dah kahwin. So, tak ada sape lah nak tolong."

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now