BAB 29

2.1K 66 4
                                    

Semasa Aaira berjalan melepasi mereka ada satu tangan yang menarik tangannya itu.

Dia menarik tangan Aaira dan membawanya keluar.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni,Hairi?" Aaira mengesat air matanya.

Hairi hanya mengendahkan sahaja rengekan Aaira.Dia membawa Aaira ke pantai untuk menenangkan dirinya.

Dia pun melepaskan tangan Aaira.

"Nangislah,Aaira.Nangis sepuas-puasnya." Hairi memandang Aaira dengan pandangan yang sedih.Terserlah sifat mengambil beratnya.Dia sendiri tidak pasti mengapa dia berbuat sebegitu pada Aaira.Selama ini dia memang tidak mahu mrncampur tangan di dalam urusan orang lain.Tapi entah mengapa dia sentiasa ingin melindungi Aaira.Dia tidak mahu melihat Aaira disakiti lagi.

"Nangis?" Aaira tergelak sinis.

"Air mata saya ni dah kering dah untuk mengeluarkan air mata lagi.Pelik kan? Sepatutnya saya rasa sedih tapi kenapa saya rasa lega."

"Awak sure awak okay?"

"Entahlah Hairi saya sendiri pun tak tahu apa yang saya rasa sekarang ni." Aaira mengambil tempat di bangku yang berdekatan.

"Then how about your mom?" tanya Hairi dengan prihatin.

"Mak saya mesti ada sebabnya sendiri.Saya tahu jauh dari sudut hati dia memang berat untuk dia serahkan geran tu."

"Awak masih boleh lagi senyum pada saat sukar macam ni." Hairi tertunduk sedikit memandang Aaira yang duduk di bangku itu.

"Saya dah biasa,Hairi.Saya dah selalu kena macam ni.Tapi harini sangat berbeza.Saya tak sangka mak saya sanggup buat macam tu." Aaira menundukkan mukanya.

"Saya harap awak okay,Aaira.Lagipun,siapalah saya untuk masuk campur urusan keluarga awak,kan? Stay strong,Aaira.I'll always be there for you." Hairi menghadiahkan senyuman yang paling manis pada Aaira.Semasa dia ingin berlalu pergi Aaira memangilnya.

"Hairi,saya minta maaf sebab dah rosakkan percutian awak dengan terpaksa melihat sisi buruk keluarga saya." serbersalah Aaira.Dia tidak sangka perkara akan menjadi seteruk begini.

"I don't mind,Aaira.As long as you still can smile,I'm okay."

"Saya janji saya akan bawa awak kat sini dengan percutian yang akan membuatkan awak gembira."

"Betul ni? Janji?"

"Saya janji!" Aaira mengangkat tangannya.

"Okay,saya tunggu."

"Terima kasih Hairi." Aaira memandang Hairi serius.

"For what?"

"Sebab awak sudi dengar masalah dan luahan hati saya.Terima kasih sebab awak sangat memahami keadaan saya."

"Saya buat ni semua sebab saya rasa saya perlu.Anyone will do that to you,anyway."

"Awak akan buat perkara yang sama juga pada orang lain?"

"If I had to,I will.But not just to anyone."

"How about me? Am I someone special to you?" Aaira mendongak untuk memandang Hairi yang berdiri di sebelahnya.

"Mungkin ya,mungkin tidak.Awak sendiri yang cakapkan awak tak nak menaruh harapan pada saya.I have my limit."

"Kenapa saya rasa macam cinta saya ditolak?"

"Play hard to get." Hairi pun berlalu pergi untuk ke resortnya.

Apa maksud dia dengan play hard to get? Kenapa lah dia ni suka sangat timbulkan persoalan dalam otak aku ni? Boleh pula dia blah macam tu je.

Tak sempat aku nak tanya dekat dia.

"Mak sedar tak apa yang mak buat tadi? Mak sanggup ke lepaskan harta yang ayah tinggalkan untuk kita macam tu je?" Khairul memarahi maknya.Dia sangat terkilan kerana maknya membuat tindakan yang melulu seperti itu.

"Mak tahu apa yang mak buat,Khai.Ini sahaja caranya untuk mak selamatkan keluarga kita.Kau tak faham,Khai.Kau tak pernah ada dekat tempat mak."

"Tapi kita boleh selesaikan dengan cara lain kan mak?"

"Mak dah tak ada pilihan,Khai.Mak terpaksa! Jauh di sudut hati mak,Memang mak tak nak serahkan pun pada Mak Ngah kau tu."

"Mak,Khai faham apa yang mak rasa.Khai akan cuba usahakan untuk dapatkan geran tu balik dari Mak Ngah.Khai akan cuba pujuk dia untuk serahkan balik geran tu."

"Tak payah abang! Dia nak sangat kan geran tu? Bagi je lah dekat dia.Kita tak perlukan pun lah geran tu." Aaira yang baru sahaja pulang dai pantai mensergah abangnya itu.Dia sangat tidak setuju dengan penyataan abangnya itu.

"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni,Aaira?" dingin sahaja pandanfan Khairul pada adiknya itu.

"Aaira sedar apa yang Aaira cakap ni.Kalau kita dapat balik geran tanah tu,Abang jamin yang Mak Ngah akan berdiam diri? Siapa yang akan jadi mangsa dia nanti? Aaira dengan Mak juga yang akan hadap semua ni."

"Aaira,abang tak bermaksud macam tu pun."

"Aaira tahu abang care pasal kitorang semua.Tapi cuba abang fikir balik.Mesti ada hikmahnya atas setiap kejadian yang berlaku."

"Mak betul-betul okay ke? Masih belum terlambat lagi kita nak dapatkan hak kita semula." Khairul masih tidak berputus asa.

"Khai,mak tahu kau risaukan mak.Kau ingat mak buat macam tu suka-suka je ke? Mak dah fikir banyak kali,Khai sebelum mak bertindak tadi."

"Kalau mak dah cakap macam tu,Khai dah tak boleh nak buat apa lah.Tapi mak kena janji dengan Khai untuk kongsi semua masalah mak pada Khai.Jangan simpan sorang,mak luahkan je dekat Khai." Khairul memandang maknya dengan penuh kasih sayang.

"Dapat anak macam kamu semua ni pun mak dah bersyukur sangat.Mak tak perlukan semua tu asalkan korang sentiasa ada dengan mak."

Mereka pun berpelukan seerat-eratnya.Sudah lama mereka tidak berasa perasaan sebegini.Terasa seperti keluarga yang sempurna.Saling melengkapi antara satu sama lain.

Keesokan paginya Aaira sudah bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur.Keesokan harinya dia bekerja.Jadi,dia perlulah balik awal supaya dapat berehat sebelum mula bekerja.

"Aaira,dekat KL sana kau jaga diri baik-baik.Jangan lupa call mak.Kau tu kalau nak call mak kemain susah lagi.Nak aja aku pecahkan telefon kau tu." Sayu sahaja wajah Puan Asnah untuk melepaskan anak perempuannya itu.

"Iyelah,mak.Aaira tahulah nak jaga diri.Nanti bila dah sampai rumah Aaira call mak okay"

Aaira memeluk ibunya dengan seerat eratnya.Sungguh berat hatinya untuk pulang ke KL nasib baik ada Khai yang duduk dengan maknya.Jadi,maknya tidak akan berasa sunyi.

Khai memang menetap dengan ibunya kerana dia juga bekerja di sana.

Nasib baiklah aku ada abang yang bertanggungjawab.Yang yang tak lepas tangan.Limited edition betullah abang aku ni sampai dia sanggup single demi nak jaga keluarga.

Aaira masuk ke dalam kereta.Tetapi kali ini dia yang memandu kerana dia kepenatan.Kesian kawan aku ni bertunang pun penat.

"Aaira,kau okay ke?" teragak agak Dhia bertanya pada Aaira.

"Aku minta maaf Dhia,sebab aku dah rosakkan majlis kau." Sayu sahaja suara Aaira.

"Bukan salah kau,Aaira.Lagipun salah aku juga sebab paksa kau balik.Aku tak tahu pula keadaan akan jadi kucar kacir macam ni."

"Jangan salahkan diri kau,Dhia.Aku tetap kena balik untuk jumpa mak aku.Benda dah jadi dah pun,kan? Kita cuba untuk lupakan."

"Aku sayang kau,Aaira.Kau adalah perempuan yang sangat berani pernah aku jumpa dan aku yakin satu hari nanti bahagia akan jadi milik kau."

"Janganlah jiwang sangat Dhia.Aku dah bahagia pun dengan hidup aku sekarang ni.Asalkan aku ada keluarga aku, ada kau , Hawa.Korang dah cukup untuk buat aku bahagia."

"Aaira,jangan berhenti putus asa.Mesti ada jalan yang terbaik untuk kau.Mulai saat ini aku akan pertahankan hak kau."

"Terima kasih,Dhia sebab selalu ada sisi aku sentiasa walau kadang-kadang kau suka sangat menyakat aku."

"No hal lah beb.Kitakan sehati sejiwa."

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now