BAB 30

2.4K 65 4
                                    

Aaira ke pantri untuk membancuh minuman untuk dirinya.

Semasa dia sedang membancuh air milo seseorang menghampirinya.Dia menghampiri Aaira dengan wajahnya yang bengis.

"Kau ni memang suka sangat ambil kesempatan dekat Hairi kan?" Dahlia menghampiri Aaira sambil menyilangkan tangannya.Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sahaja nak menuduh aku sesuka hati.

"Apa masalah kau ni menuduh aku sesuka hati?" Aaira berhenti mengacau airnya dan memandang tepat ke mata Dahlia.

"Ouh,buat-buat lupa pula.Kau ingat aku tak tahu ke kau pergi bercuti dengan Hairi? Bukan setakat Hairi je dengan Hafiy pun kau nak ambil kesempatan kan? Dasar perempuan murah!" Dahlia memerli Aaira.

"Dahlia kau boleh jaga sikit tak mulut kau tu! Aku pergi sana pun sebab Dhia bertunang dan buat pengetahuan kau aku bukan pergi bercuti dengan dia tapi aku balik kampung aku sendiri.Diorang tu sendiri yang nak ikut."

"And lagi satu kau stalk aku eh?" Aaira menambah lagi soalan suspen pada Dahlia.

"Kalau aku stalk kau pun kenapa? Ada masalah ke? Aku cuma nak siasat apa yang kau buat senyap-senyap belakang aku,ye lah kan,kau ni dah lah perempuan kampung,suka sangat kikis harta duit lelaki kaya." jelas Dahlia dengan wajahnya yang tidak bersalah itu.Berlagak sungguh! Ikut suka hatinya sahaja nak stalk orang tanpa kebenaran.

"Kau ni kenapa dengki sangat dengan aku? Aku nak kau hentikan semua benda ni.Kau jangan lagi nak stalk aku senyap-senyap.Ini amaran terakhir."

"Aku ada gambar kau dengan Hairi berdua-duaan.Cuba kau bayangkan apa yang akan jadi kalau aku sebarkan gambar ni?" Dahlia mencampakkan gambar tersebut di atas meja.

"Kau ni memang dah melampau kan?"

"Aku nak kau jauhkan diri dari Hairi."

"Kenapa? Kau takut ke aku rampas dia dari kau?"

"Kau jangan nak cabar aku ,Aaira.Maruah kau ada dekat hujung jari aku je."

"Apa yang kau nak dari aku sebenarnya ni? Aku tak kacau hidup kau pun kan? Yang kau sibuk dengan hal aku ni kenapa?" Aaira semakin hilabg sabar melayan perangai teruk Dahlia.

"Aku tak minta banyak pun,Aaira.Aku cuma nak kau jauhkan diri dari Hairi.Aku nak kau letak jawatan secepat yang mungkin.Aku bagi kau masa seminggu je,Aaira." Dahlia memnghampiri Aaira dan berbisik padanya.

"Kau ingat aku nak ikut cakap kau ke? Dalam mimpilah!"

"Kau lagi sanggup nak hancurkan reputasi dia? Cuba bayangkan bila wartawan dapat tahu semua ni? Apa ye akan jadi dekat Hairi?"

"Kau tak rasa keadaan akan kecoh? Bukan setakat nama kau je buruk.Nama company Hairi pun akan jatuh sekali."

"Hati kau ni memang dah hitamlah Dahlia.Bukan ke kau kata kau cinta dan sayang sangat dekat Hairi tu.Tapi disebabkan aku kau sanggup kan korbankan cinta kau tu? Aku terharu sangat dengan kau,Dahlia."

"Cakap dengan perempuan kampung macam kau ni,buat sakit hati aku je lah.Aku ada duit aku boleh buat apa je lah yang aku nak.Kau ingat ni aku bagi kau masa seminggu dari sekarang.Jangan buat-buat lupa pula." Dahlia meninggalkan Aaira.

Aaira hanya termenung jauh sahaja dari tadi.Dia tidak senang duduk.Dia hanya memikirkan tentang apa yang Dahlia katakan kepadanya tadi.

"Weh,Aaira kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni?" Hanif memecahkan lamunan Aaira.

"Hah? Kau cakap apa tadi? Aku tak dengar pun." terpinga pinga Aaira memandang wajah Hanif.

"Betul ke En.Hairi dengan En.Hafiy ikut kau balik kampung sekali?"

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now