BAB 16

2.6K 82 1
                                    

Hafiy membuka langkahnya dan pergi ke tempat duduk Rayyan.

Belum sempat Rayyan membuka bicara Hafiy terus melayangkan tumbukan pada mukanya.

"Hafiy! What's wrong with you,huh?" Rayyan yang sedang raliy berborak dengan rakannya terkejut apabila dia ditumbuk secara mengejut sebegitu.

Hafiy memberi senyuman sinis pada Rayyan.Depan orang bolehlah kau nak pura-pura baik tapi depan aku baik tak payah aku kenal sangat dengan perangai kau.

"Oops,sorry.Aku tak sengaja.Tangan aku ni rasa ringan je nak tumbuk muka kau tadi.Kau maafkan aku eh? Aku tak sengaja lah."

Naik turun nafas Rayyan apabila dengar ayat sinis dari Hafiy.

Baru sahaja dia ingin menumbuk muka Hafiy,Hafiy bisik sesuatu di telinganya.

"Kau jangan ingat aku tak tahu kau letak apa dalam air Aaira.Kalau berani cubalah kau tumbuk aku,kalau kau nak orang tahu perangai sebenar kau."

Rayyan terus menurunkan tangannya dengan perlahan.Dia tidak mahu orang tahu kerja kotornya.

"You know what? Aku lepaskan kau kalini.Tak sengaja? It's okay bro.It was a good punch." Rayyan duduk semula di tempat duduknya dan mengawal emosinya.

Kau tunggulah Hafiy ada masa aku balas.Kau penyebab rancangan aku dan Dahlia gagal.Aku tak akan putus asa untuk dapatkan apa yang aku nak lah.

Hafiy melangkah keluar dari tempat tersebut dengan muka bengisnya.Sungguh dia marah dengan perbuatan Rayyan dan Dahlia tadi.

Aaira yang sedang terpinga-pinga dengan apa yang baru dilihatnya keluar dan mengekori Hafiy.

"Hafiy!" Hafiy hanya mengendahkan sahaja panggilan dari Aaira.

"Hafiy! Tunggu!" Sekali lagi Hafiy membiarkan sahaja Aaira menjerit.

"Kenapa dengan kau ni? Dah gila ke?" Aaira menghampiri Hafiy.Terpaksa dia berlari untuk mengejar Hafiy.

Mereka sedang berdiri berhampiran dengan kolam di hotel tersebut.

Hafiy memandang Aaira lama.

"Kenapa kau tumbuk En.Rayyan tadi? Diakan tetamu kita.Apa orang akan cakap nanti dekat En.Hairi."

"Aku cuma selamatkan kau je tadi." Hafiy membuka bicaranya.

"Selamatkan apanya sampai baling gelas tadi? Tumbuk En.Rayyan? Kau cuma memalukan diri sendiri je. "

"Kalau dengan memalukan diri aku dapat selamatkan kau,Aku sanggup.Aku takkan biarkan lelaki tu sentuh kau!"

"Apa maksud kau ni?" Reaksi muka Aaira berubah.

"Jauhkan diri kau dari Rayyan dia ada niat jahat dekat kau." Hafiy membuka langkah dan meninggalkan Aaira.

"Hafiy! Aku belum habis cakap lagi! Kenapa kau buat macam tu tadi? Cuba explain dekat aku,jangan buat aku tertanya-tanya macam ni."

"Aaira,kau faham tak kalau aku tak baling gelas kau tadi kau akan terperangkap dalam jerat Rayyan lah! Aku cuma tak nak dia sentuh kau! Sebab aku tahu dia tu memang lelaki yang hina!"

"Dia...dia letak apa dalam air aku?"

"Aaira,tolong dengar cakap aku.Aku akan lindungi kau dari dia walaupun aku terpaksa buat macam tadi."

"Hafiy! Jawab soalan aku! Dia letak apa dalam air aku tadi dan kenapa kau perlu tumbuk dia dan memalukan diri kau tadi?"

"Dia letak pil tidur dalam air kau tadi supaya dia dapat apa-apakan kau! Takkan kau tak faham-faham lagi?!"

Aaira terdiam seribu bahasa.Sungguh dia terkedu.Dia tidak sangka ada orang sanggup melakukan perkara yang buruk terhadap dia.

Aaira melanggar bahu Hafiy untuk masuk semula ke dalam hotel tersebut sambil bergelinangan air mata.

"Betul ke apa yang aku dengar ni,Hafiy?" Hairi mendengar perbualan mereka.

"En.Hairi..." Langkah Aaira terhenti apabila terdengar suara Hairi.

"Kau pun sendiri tahu kan macam mana perangai lelaki tak guna tu." Jelas Hafiy sambil mengawal perasaan marahnya yang membuak di dada.

"Are you okay,Aaira?" Hairi melangkah ke arah Aaira menanyakan tentang keadaannya.

Aaira hanya menganggukkan sahaja kepalanya.

"Dia ni memang nak kena ajar lah!" Hairi  tidak dapat mengawal kemarahannya.Baru sahaja dia ingin memukul Rayyan Aaira menghalangnya.

"En.Hairi jangan.Saya betul-betul okay.Tolong jangan rosakkan event yang kita semua dah usahakan ni.Saya tak nak disebabkan dia dan saya kita tak dapat manfaat apa-apa atas kerja keras kita."

"Tapi dia dah melampau, Aaira!" Hafiy mencelah.

"Okay, Tapi saya tak akan lepaskan perbuatan dia terhadap awak.Rayyan betul-betul dah melampau!"

Mereka pun masuk semula ke dalam hall tersebut dan berbuat seperti tiada apa yang berlaku.

"Weh,Aaira! Kenapa dengan Hafiy tu?"

"Nantilah aku cerita dekat kau.Dengar dulu ucapan dari En.Hairi tu."

"Saya ada pengumuman yang penting buat syarikat saya.Sudah lama saya menunggu saat ini."

"Mungkin sudah tiba masanya adik saya, Hafiy untuk memegang jawatan penting dalam syarikat keluarga kami ini."

"Tujuan saya menjemput kamu semua hadir adalah kerana saya ingin melantik adik saya Hafiy bekerja di syarikat saya sebagai General Manager.Jadi, saya berharap agar semua para pekerja dapat mengalu-alukan kedatangan adik saya dan menunjuk ajar padanya."

"Walaupun adik saya mempunyai sarjana muda dalam bidang perniagaan antarabangsa tetapi dia masih lagi memerlukan tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman."

"Itu sahaja pengumuman daripada saya.Saya juga ingin meminta maaf atas kejadian yang berlaku secara tidak sengaja tadi.Semoga tidak ada pihak yang berasa tidak selesa.Oleh itu,saya ingin mengundur diri.Para tetamu silakan menjamu selera."

Apabila semua para tetamu telah pulang mereka menghela nafas lega.

"Finally! Aku dah boleh balik!" Mirza meregangkan tubuh badannya.Lama betul dia kena berdiri tadi.Macam nak tercabut kakinya.

"Aaira,kau macam ada sesuatu je dengan En.Hafiy.Kau kenal dia ke? Apa yang jadi sebenarnya tadi? Dah macam prince charming pula aku tengok." Dah mula lah perangai Pak Cik bawang si Hanif ni.Patutlah sampai sekarang single.

"Kau ni tak payahlah nak menyibuk sangat.Ada je kan benda yang kau nak digossipkan.Takde kerja lain ke kau nak buat?" Dhia memarahi Hanif.

"Haahlah Kak Aaira.Mirza pun tertanya tanya apa sebenarnya yang jadi tadi? Kenapa En.Hafiy berperangai pelik macam tu?"

"Ish korang ni semua overthinking sangatlah takde apa pun lah.Kalau korang nak tahu kenapa dia macam tu tadi,baik korang tanya dia bukan aku sebab aku tak ada jawapan untuk soalan korang tu."

Hafiy ni memang cari pasal! Tak pasal-pasal kantoi nanti kisah lama aku dengam dia.

Dia tak tahu ke pekerja En.Hairi ni kuat membawang memang habislah aku kalau diorang ni semua dapat tahu.

Aku P.A Si Dingin Itu!जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें