BAB 24

2.3K 77 1
                                    

Disebabkan esok diorang akan bertolak ke kampung pada awal pagi malam itu juga mereka mengemas baju.Cepat betul masa berlalu,kan? Dah nak bertunang dah kawan aku seorang ni.

Aaira melipat bajunya satu persatu dan menyusun ke dalam begnya.Dia tidak membawa beg besar yang kecil pun dah okay kerana dia tidak bercadang untuk berada lama dekat kampung.

Bukannya dia tak suka balik dekat sana.Kampung dia cantik apa? Ada pemandangan laut yang indah.Tapi malangnya hatinya sering terluka.

Walau apa pun yang terjadi esok,semoga bertabahlah ye wahai hati.Kau jangan macam tisu sangat cepat koyak.Kau pedulikan je apa pun orang nak kata buruk kau.

"Aaira,terima kasih tau sebab kau sudi datang majlis pertunangan aku walaupun aku tahu kau tak mampu berdepan dengan masalah yang akan kau hadapi nanti."

"Inshaallah aku akan okay,Dhia.Lagipun betul juga apa yang kau cakap.Takkan aku tak nak jenguk mak aku dekat sana kan? Dah lama juga aku tak balik sana sebab nak mencari kerja dekat KL ni."

"Aku tahu kau kuat,Aaira.Kau mampu tempuhi segala rintangan yang akan menghalang kau.Aku harap sangat supaya aku dapat jadi seorang yang kuat macam kau."

"Tanpa semangat yang kau beri pada aku Dhia , belum tentu aku boleh jadi sekuat ni."

Terngiang kembali perbualan Aaira bersama Dhia pada petang tadi.

Baik aku tidur awal.Esok pagi-pagi lagi aku dah nak gerak.Mata aku pun dah kuyu ni.Katil pun dah memanggil suruh aku tidur.

"Aaira,barang semua kau dah masukkan dalam kereta?"

"Semuanya dah masuk.Aku dah double check tadi."

Aaira perasan Dhia daripada tadi melihat jam ditangannya.

"Mana bakal tunang kau? Takkan tak sampai lagi?"

"Itulah.Lama aku tunggu dia ni.Dia janji nak sampai pukul 7.Sekarang ni dah pukul 7:15 dah."

"Traffic jammed kot."

"Traffic jam apanya pagi buta macam ni?"

Ye tak ye juga kan apa yang si Dhia cakap tu.

"Kau nak pergi mana ni Hafiy dengan beg bagai." Hairi yang baru turun tangga terlihat adiknya membawa beg seperti ingin pergi ke sesuatu tempat.

"Aku nak pergi Cherating." selamba sahaja Hafiy menjawab.

"Cherating? Buat apa kau nak pergi sana?" Hairi pelik dengan adiknya.Mimpi apa si Hafiy ni nak pergi Cherating.Selalunya weekend macam ni dia membuta je.

"Kau jangan banyak tanya boleh tak? Jomlah pergi aku ikut kau.Kau nak pergi Cherating juga kan?" Hafiy sudah mengangkat begnya.

"Mana kau tahu aku nak pergi sana ni? Kau tahu ke yang Irfan nak bertunang dekat sana?"

"of course lah aku tahu.Dhia yang jemput aku pergi sana."

"Okaylah kalau macam tu.Kau jangan nak buat hal eh dekat sana.Jaga sikit air muka tu." kata Hairi sambil mencapai kunci rumah di atas meja.

"Kau ingat aku ni budak-budak lgi ke? Perlukan pemantauan daripada orang tua?"

"Aku cuma mengingatkan kau je.Jom tunggu dekat luar.Aku pergi dengan Irfan.Kita naik kereta dia." Hairi mengunci pintu rumahnya.

"Okay."

Setelah Irfan sampai dia pelik apabila melihat Hafiy mengikut sekali.

"Eh,Hafiy.Kau pun ikut sekali?"

"Kenapa salah ke aku nak tengok kau bertunang?"

"Eh tak salah.Tapi kau kan tak suka pergi majlis yang macam ni."

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now