BAB 35

2.1K 58 10
                                    

"Dahlia,did you forget our deal?" Baru sahaja Dahlia ingin melangkah keluar dari situ Hairi memulakan bicaranya sehingga membuatkan Dahlia menghentikan langkahnya.

"What deal?"

"Aku baru je bagitahu kau tadi takkan dah lupa? Atau kau buat-buat lupa?"

"Hairi...sampai hati you buat I macam ni? How could you?!"

Aaira hanya mendengar sahaja perbualan mereka dengan wajah yang terpinga-pinga.
"Deal apa yang Hairi buat dengan Dahlia?" Aaira tertanya-tanya di dalam hatinya.

"It's okay then kalau kau tak nak."

Hairi melangkah dekat pada Dahlia dan membisik sesuatu.

"Aku akan pecat kau secepat yang mungkin." Dahlia memandang Hairi dingin. Sakit hatinya apabila Hairi berkata sebegitu kepadanya.

"Okay,Fine! I akan pastikan you menyesal sebab buat macam ni dekat I." Suara Dahlia cuba untuk dikawal perlahan.

Dahlia kemudiannya melangkah perlahan-lahan ke arah Aaira.

"Aku minta maaf atas semua kesilapan aku dekat kau Aaira. Aku harap kau boleh maafkan aku." Dahlia meminta maaf dengan suara yang tidak ikhlas.

"Macam tu cara kau minta maaf? Tanpa nyatakan kesalahan kau?" Hairi mencelah.

Dahlia mengeluh kecil.

"Aku minta maaf Aaira. Ye aku mengaku memang aku dengan Rayyan yang rancang untuk letak pil tidur dalam air kau waktu dekat hotel haritu dan aku minta maaf juga sebab aku ugut kau untuk sebarkan gambar kau dengan Hairi." Dahlia berpura-pura menunjukkan wajah sedihnya itu depan Aaira.

"Takpelah Dahlia. Aku dah lama maafkan kau. Satu je aku nak pesan delat kau tolong jangan buat macam ni lagi dekat aku ataupun dekat sesiapa-sesiapa pun lagi. Kau tak takut dosa ke?"

"Ye, aku tahu aku silap sebab tu aku minta maaf dekat kau."

"Until the very end kau masih lagi nak bersikap angkuh dengan aku kan?" Aaira berjalan ke arah mejanya semula untuk menyambung kerjanya yang tertangguh itu.

"Happy now? This is not the end,Hairi. Remember this!" Dahlia cuba untuk mengawal suaranya supaya tidak kedengaran oleh Aaira.

"Like i'm afraid." Hairi melangkah masuk ke dalam biliknya dan meninggalkan Dahlia yang berdiri kaku di situ.

Sedang Hafiy duduk seorang diri di tepi kolam pada waktu malam terimbas semula kembali kenangannya bersama dengan Aaira semasa mereka di universiti dahulu.

"Hafiy! Awak mesti penat kan lepas main bola tadi. Nah ambil air ni untuk sejukkan tekak awak." Aaira menghulurkan sebotol air yang sejuk kepada Hafiy.

"Thanks,Aaira." Jawab Hafiy lemah.

"It's okay lah kalau awak kalah pun. It doesn't matter. Kalah sekali tak bermakna kalah selamanya kan?" Aaira cuba untuk menyedapkan hati Hafiy yang sedang kecewa dengan kekalahan tadi.

"I think so."

"Hafiy,awak jangan mengalah i know you can do it. You are the best! dan saya tahu awak takkan kecewakan rakan sepasukan awak termasuk juga saya."

"Are you sure about that Aaira? Do you trust me?"

"Of course Hafiy, saya percayakan awak. Saya tahu awak takkan mengalah dengan secepat yang mungkin kan? You are brave and strong enough.Tak kisahlah walau apa pun yang menghalang awak untuk terus berjaya awak kena hadapinya dengan hati yang kuat dan jangan pernah berputus asa,okay?"

"Thanks,Aaira.You're always there for me.Saya janji yang saya takkan kecewakan awak and i'll always protect your heart from hurting. That is my promise to you.If you have a problem i'll be there with you,always." Hafiy menghadiahkan senyuman yang sangat manis sekali pada Aaira.

Begitu juga dengan Aaira dia juga turut tersenyum manis pada Hafiy.

Air mata yang lama ditahan Hafiy turun sedikit demi sedikit.

"I miss us , Aaira.Kenapa aku hancurkan hati kau sedangkan kau sentiasa menjaga hati aku?"

"Kenapa aku bodoh sangat tinggalkan kau dulu? Kenapa aku sanggup kecewakan hati kau sedangkan kau cintakan aku dengan sepenuh hati kau?"

"Aku...menyesal,Aaira.Aku rindu pujukan daripada kau yang sentiasa buatkan hati aku rasa tenang."

"Tapi sekarang...hati kau dah ada pada orang lain...kenapa Aaira? Kenapa cepat sangat kau berubah hati?"

"Atau adakah ni semua silap aku sebab tinggalkan kau dulu? Sakitkan hati kau dan kecewakan kau? Karma does hit me hard."

Air mata Hafiy yang jatuh dengan deras diseka perlahan.Hafiy cuba untuk menenangkan dirinya semula.

"Kau buat apa dekat luar ni,Hafiy?" Hairi yang muncul secara tiba-tiba memecahkan lamunan Hafiy.

Hafiy bangun dari duduknya dan menghadap Hairi sambil memandang tajam Hairi.

"None of your business."

"Aku masih tertanya-tanya lagi apa sebenarnya hubungan kau dengan Aaira? How did you know about her? Kau buat aku rasa ingin tahu."

"Kau tak payah sibuk nak tahu boleh tak? What is important now is that i know a lot about her more than you do.Jadi kau tak payahlah nak sibuk care pasal dia sebab aku yang patut risau pasal dia bukan kau."

"Aku suka Aaira and no one can stop me including you.Aku cuma nak bagitahu kau satu je.Tak kisahlah walau siapa pun kau dalam hidup dia dulu aku takkan jadikan benda tu sebagai halangan untuk aku sukakan Aaira.Past is past right,Hafiy? Buat apa nak kenang lagi kan?"

"I won't let you have her because i want to win her heart back."

"Really? Then let's see siapa yang menang siapa yang kalah."

"Jangan ingat kau tu bagus sangatlah Hairi.Memang selama ni kau je yang selalu menang tapi kalini aku takkan bagi muka dekat kau."

"Dan aku pun takkan berlembut dengan kau kalini." jelas Hairi dengan suara yang tegas.

"You know what,Hairi? Kalau kau dengan dia,kau cuma akan buat dia tersakiti je Hairi.Kau masih tak nampak lagi apa yang jadi dekat dia lepas semua benda buruk yang terjadi pada dia disebabkan kau? You don't deserve her,Hairi.Please,stay away from her."

"Oh,really? What important is aku tak pengecut macam kau lah,Hafiy.I will do anything to protect her from being harm from others dan aku yakin kau mesti pernah sakiti dia disebabkan perangai buruk kau tu,right?"

"Ye memang aku pernah buat silap pada dia dulu,aku mengaku salah aku sebab aku tinggalkan dia sebabkan perempuan lain,tapi aku takkan jadi pengecut macam dulu sebab aku akan tebus balik kesilapan aku pada dia."

"Seperti yang aku jangka.Kalau tak disebabkan perangai ego kau,dia takkan tinggalkan kau.Now what? Kau nak merayu balik dekat dia untuk terima kau balik?" Hairi tersenyum sinis pada Hafiy.

"Aku tak kisah untuk buat semua tu asalkan dia boleh terima aku semula.Don't you ever get in my way!"

"Too bad.I won't do that for you." Hairi melangkah masuk semula ke dalam rumah setelah.

"Kau masih tak kenal aku lagi siapa,Hairi.Jangan sesekali kau cuba untuk menilai aku sesuka hati kau." kata Hafiy seorang diri.Dia sudah bertekad untuk memiliki hati Aaira semula walaupun dia tahu Aaira sukakan Hairi.








Omg guys! Macam mana dengan chapter ni? Penuh dengan debaran tak?

Haih cuba korang pilih.Korang lebih sukakan Hairi ke Hafiy?🤔 Jangan lupa tulis dekat ruangan komen okay!👌

Maaflah kalau chapter ni banyak cite pasal Hafiy. HEHHEHE jangan jatuh cinta dekat Hafiy pulak sudah kesian Hairi nanti🤭

Btw guys jgn lupa vote and comment!❤

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now