BAB 41

1.7K 45 3
                                    

Aaira menekan butang lift untuk ke pejabatnya. Apabila pintu sudah dibuka Aaira pun masuk ke dalamnya dengan berhati-hati.

"Wait!" Seorang lelaki menghadang pintu lift tersebut daripada tertutup. Aaira dengan pantasnya menekan butang untuk membuka pintu.

"Nasib baik sempat." Kata lelaki tersebut.

Mereka saling terkedu apabila terlihat antara satu sama lain. Setelah kejadian yang berlaku semasa majlis perkahwinan Dhia mereka saling tidak bertegur sapa apabila berjumpa.

"Kenapa kau tergesa-gesa? Bangun lambat ke?" Aaira memulakan bicara untuk menghilangkan suasana yang kekok tersebut.

"I woke up pretty late. That's why i'm rushing." Hafiy menjawab tetapi dia tidak memandang wajah Aaira.

Setelah pintu lift dibuka Hafiy keluar terlebih dahulu. Ekspresinya pada Aaira sangat dingin. Mungkin dia ingin menjauhkan diri daripada Aaira supaya dia dapat melupakannya.

"Hafiy." Aaira memanggil Hafiy.

"What?" Kata Hafiy sambil membelakangi Aaira.

Aaira perlahan-lahan berjalan menuju ke arah Hafiy dan berdiri berhadapan dengannya.

"Kau masih tak boleh..." belum sempat Aaira menghabiskan ayatnya Hafiy mencelah.

"Aku okay. Kau tak payah risau." Kata Hafiy sambil memandang Aaira serius.

"Habistu kenapa kau buat aku macam ni?" Aaira memandang Hafiy serbesalah.

"Aku buat apa? Aku tak rasa aku ada buat salah pada kau." Yakin Hafiy.

"Kenapa kau dingin je dengan aku? Dengan orang lain aku tengok kau okay je." Aaira tidak berputus asa mengajukan soalan pada Hafiy. Dia tidak mahu hubungannya dan Hafiy renggang.

"Sebab aku nak jauhkan diri dari kau supaya aku dapat lupakan kau. Faham?"

"Tapi perlu ke kau buat sampai macam ni? Kan aku dah cakap kita boleh jadi kawan." Selamba sahaja Aaira membalas begitu tanpa mempedulikan perasaan Hafiy.

"Kau yakin aku akan berhenti berharap?" Aaira dan Hafiy masing-masing terdiam.
Kau tak perlu jadi sekejam ni, Aaira." Sambung Hafiy. Jelas kelihatan wajah kecewa pada mukanya.

"Kejam? Aku tetap akan berkawan dengan kau walaupun kau cuba nak jauhkan diri dari aku. Macam lah aku baru kenal kau semalam. Kau tetap perlukan aku walaupun sebagai kawan kan?" Kenyataan yang sukar untuk Hafiy akui.

"Kau jangan yakin sangat lah Aaira." Sambung Hafiy walaupun apa yang dikatakan Aaira itu benar belaka.

"Kalau nak dibandingkan dengan apa yang kau buat dekat aku dulu, aku rasa aku yang patut jauhkan diri dari kau. Jadi kau tak perlu nak buat aku macam ni. Aku ikhlas nak berkawan dengan kau. Ketepikan perasaan kau pada aku dulu. Tak semestinya kita berkawan kita akan jatuh cinta semula kan?"

"Because it's you. Kau dah jumpa orang yang kau cinta sebab tu kau boleh move on dari aku. Tapi aku? Keadaan kita tak sama, Aaira."

"After years. Kau masih lagi tak boleh lupakan aku? Stop the nonsense. Kau sebenarnya rasa bersalah atas perbuatan kau dulu pada aku sebab tu kan kau susah nak lepaskan aku?"

Hafiy hanya terdiam mendengar kata-kata Aaira.

"Mungkin itu sebabnya aku masih lagi tak boleh lepaskan kau sebab aku rasa bersalah. Tapi aku mungkin boleh jadi kawan Aaira dan ada dengan dia waktu dia susah untuk tebus balik kesilapan aku dulu." Hafiy berkata sendirian di dalam hatinya.

Setelah lama mendiamkan diri Hafiy pun memulakan bicaranya.

"You had a point, Aaira."

"So, stop lah bermasam muka dengan aku. Tak macho kau tahu tak?"

"By the way, nice ring." Hafiy sempat memandang sekilas jari Aaira dengan wajah yang kelat. Riak mukanya kelihatan agak kecewa apabila melihat cincin yang tersarung cantik di jari manis Aaira.

"But i'm not sure with my feelings for him." Jelas Aaira sambil memandang cincinnya.

"Women...complicated." Kata Hafiy sambil berlalu pergi meninggalkan Aaira.

"I guess that's true." Aaira mengomong sendirian.

Aaira ralit menaip sesuatu di komputernya sehingga terlupa untuk turun ke bawah makan tengahari. Dia terlalu sibuk menyiapkan kerja sehingga tidak melihat jam. Tanpa sedar jam sudah menunjukkan waktu lunch hour nya.

"Awak tak turun lunch ke?" Hairi yang baru sahaja keluar dari biliknya bertanya pada Aaira yang sibuk menaip sesuatu.

"Dah lunch hour ke?" Tanya Aaira. Matanya tidak lekang dari memandang komputer riba tersebut.

"Dah, Aaira. Kerja jangan sampai lupa untuk isi perut tu. Tak baik untuk kesihatan tahu tak?"

Aaira menutup komputer ribanya setelah selesai menaip.

"Ceh cakap orang dia pun sama buat kerja sampai lupa lunch." Aaira memerli Hairi.

"Jom lunch dengan saya. Jangan risau diorang takkan nampak kita."

"Okay."

Lama mereka mendiamkan diri masing-masing tidak tahu untuk memulakan perbualan.

"Saya...tak bersedia lagi nak kahwin." Aaira memulakan bicaranya dan memecahkan kesunyian di antara mereka berdua. Dia tidak sanggup untuk memandang mata Hairi. Walaupun sukar untuk Aaira katakan hasratnya tapi dia terpaksa kerana dia tidak mahu hatinya terluka walaupun kedengaran seperti mementingkan diri sendiri.

"But why? There must be a reason." Hairi menghentikan langkahnya kerana tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Aaira tadi.

"Dahlia."

"Just ignore her." Kata Hairi dengan tegas.

"Ignore her? Awak ingat senang ke? Waktu dia nampak kita berdua haritu pun dia dah macam orang gila. Inikan bila kita dah kahwin nanti. Awak tak rasa dia akan buat lebih teruk dari haritu? Awak ingat dia akan berdiam diri je ke bila dia tahu yang kita akan kahwin?"

"I'm here with you. You don't need to worry about that." Hairi memandang Aaira dengan pandangan yang begitu sayu sekali.

"Hairi, saya tak rasa kita boleh bersama. Awak dengan saya sangat berbeza. Bukan Dahlia sahaja penghalangnya. Cuma saya tak setaraf dengan awak. Saya tak rasa saya layak untuk jadi isteri awak."

"Tak sangkakan pemikiran awak cetek. How could you think like that?" Kata Hairi sambil memandang Aaira dengan perasaan yang penuh dengan kekecewaan.

"Cetek? Betullah apa yang awak cakap. Saya ni naif sangat sebab jatuh cinta dengan awak sedangkan saya tahu yang kita sangat berbeza. Silap saya sebab jatuh cinta dengan awak."

"You just wanna give up like that? Aaira saya tak pernah pandang taraf seseorang. Saya jatuh cinta dengan awak sebab saya nampak keikhlasan awak pada saya." Hairi mendekatkan dirinya pada Aaira.

"Too bad. We can't be together. Hubungan kita cuma akan buat saya terluka."

"Saya tak rasa saya perlukan lagi cincin ni. Setakat ni je hubungan kita. Saya cuma layak jadi P.A awak je bukan isteri." Aaira menyerahkan cincin tersebut pada Hairi.

"Saya kecewa dengan awak, Aaira." Kata Hairi sambil berlalu pergi.

"Mungkin ini yang terbaik buat kita." Kata Aaira di dalam hati.

Cincin tersebut dipegang rapi oleh Aaira. Belum sempat dia ingin menyerahkan pada Hairi dia sudah pun berlalu pergi meninggalkan Aaira berdiri sendirian di situ.

Aku P.A Si Dingin Itu!Onde as histórias ganham vida. Descobre agora