BAB 28

2.1K 68 8
                                    

Mereka menuju ke dapur untuk membasuh pinggan.Sedang asyik mereka membasuh pinggan Mak Ngah dan geng kampungnya datang ke dapur untuk menyerang Aaira.

"Aduh,apalah si orang tua ni nak lagi? Tak puas lagi ke dia dah malukan kau semalam?" Berang sahaja hati Hawa melihat Mak Ngahnya itu.

"Biarkan je lah dia tu.Diakan memang tak boleh tengok aku gembira." kata Aaira sambil membasuh pinggan mangkuk di sinki itu.

"Makin menjadi-jadi perangai orang tua ni." Hawa memang meluat betul dengan perangai mak saudaranya itu.

"Kau dua orang bisik apa tu? Mengumpat aku ke?"  Mak Ngah berjalan menghampiri mereka.

Aaira hanya mengendahkan sahaja pertanyaan mak ngahnya itu.Dia fokus sahaja pada kerjanya.

"Kau dah tak ada mulut ke nak jawab soalan aku tu?"

Aaira mendiamkan sahaja dirinya.Dia buat-buat seperti tidak dengar.Dia tidak mahu berlaku lagi pergaduhan besar di antara mereka.

"Eh,aku tanya kau ni kan?!" Aaira hanya bersabar sahaja dengan perangai mak ngahnya.

"Eh,kau dah pekak ke?" Mak Ngah memusingkan bahu Aaira dengan kasarnya.Nasib baik pinggan yang dipegangnya tidak jatuh.

"Apa masalah mak ngah ni? Tak boleh ke panggil orang dengan cara yang baik?" Terhambur kemarahan Aaira.Waktu aku tengah buat kerja juga dia nak kacau.Ini memang dah melampau!

"Habistu yang kau tak jawab soalan aku tu?" Kata Mak Ngah sambil mencekak pinggangnya.

"Mak Ngah,Aaira dah malas nak gaduh dengan Mak Ngah lagi.Aaira datang sini pun sebab nak jumpa dengan keluarga kita." Aaira cuba mengawal nada suaranya dan mencuba menahan kemarahannya.Dia sudah cukup sabar dengan perangai Mak Ngahnya ini.

"Keluarga kita? Sejak bila pula kau jadi keluarga aku ni? Sejak bapa kau dah tak ada,kau bukan keluarga dekat sini lagi." Mak Ngah menunjal bahu Aaira sehingga dia terdorong ke belakang.Aaira terkedu dengan kata-kata mak ngahnya.Sungguh luluh hatinya diperkatakan sebegitu.

"Sampai macam ni sekali,kan Mak Ngah benci pada Aaira.Hina sangat ke Aaira ni,Mak Ngah?" Luah hati Aaira dengan air matanya yang bergelinangan.

"Kau dengan mak kau tu sama je! Depan je pura-pura baik,tapi hati hitam! Semua harta dia kau nak rampas! Kitorang yang adik beradik dia ni pun satu sen tak dapat!"

Aaira cuba menahan tangisnya daripada jatuh berguguran.Dia memberi kekuatan pada dirinya sendiri.

"Aaira tak tahu pun yang Abah tak kongsikan harta dia dengan adik beradik dia.Bukannya salah Aaira pun.Aaira sendiri tak tahu apa-apa pun pasal ni." Aaira mencuba sedaya upayanya untuk membela dirinya.Dia tidak mahu Mak Ngah salah faham lagi tentang harta dan pusaka yang dtinggalkan bapanya.

Suasana kembali hangat.Sudah ramai yang sudah berkumpul di dapur untuk melihat adegan pergaduhan mereka.

"Kau tak payah nak pura-pura sucilah depan aku,Aaira.Aku kenal sangat dengan perangai kau yang tamak tu." Mak Ngah sesuka hati sahaja menuduh Aaira sebegitu.

"Tamak Mak Ngah kata? Habistu selama ni untung yang kitorang dapat dari resort tu,ada kitorang ambil duit tu? Tak de,Mak Ngah.Semua untung tu Aaira bahagikan sama rata pada adik beradik abah.Itupun Mak Ngah masih anggap tak cukup ke? Berapa banyak lagi yang mak ngah nak?" Aaira menerangkan penjelasannya satu persatu.Hawa memegang tangannya untuk memberi kekuatan padanya.

"Siapa kata tak cukup? Kau tu yang bagi secara tak ikhlas.Aku tahulah kalau ikutkan memang kau yang nak bolot semua harta abah kau.Tak tinggal sikit pun untuk kitorang.Semua harta dia keluarga kau dah rampas!" Aaira tidak tahu mahu kata apa lagi.Sungguh dia tidak percaya dengan perangai mak saudaranya yang tamak itu.

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now