BAB 39

1.6K 55 3
                                    

Dahlia membaling fail-fail di atas mejanya kerana dia telah dibuang kerja. Apabila dia mendapat tahu Aaira akan berkahwin dengan Hairi, kemarahannya semakin membuak.

"Kau tak layak kahwin dengan dia, Aaira! Sepatutnya aku yang kena kahwin dengan dia!!"

"Berani kau rampas kekasih aku! Kau memang perempuan tak guna!!!"

"Argh!!!" Dahlia menjerit sekuat hatinya dan membaling semua buku yang berada di atas mejanya.

"Kau memang berani cari pasal dengan aku kan? Kau belum kenal lagi aku ni siapa lah, Aaira. Sekali kau berada dalam genggaman aku, aku takkan lepaskan kau dengan mudah."

"So, you wanna play dirty with me, huh? Kau tunggu dan lihat Aaira apa aku akan buat pada kau. Aku akan buat kau merana dan menyesal sebab kau rampas Hairi daripada aku. Kau patut terima akibatnya kalau kau dah rampas hak milik orang."

Hanif dan Mirza berdiri di luar bilik Dahlia apabila terdengar jeritan yang kuat.

"Weh, Hanif dah kenapa dengan Dahlia tu terjerit-jerit macam orang gila dekat dalam bilik dia tu. Dah meroyan ke tu?" Kata Mirza sambil bersembunyi di sebalik pintu untuk melihat keadaan Dahlia.

"Kau tanya aku pula. Manalah aku tahu masalah perempuan kerek ni. Cuba kau gerak depan sikit. Mana tahu kau dapat dengar dengan lebih jelas ke." Kata Hanif yang juga turut bersembunyi disebalik pintu itu.

"Kau ni nak suruh aku buat kerja gila pula. Kalau dia ternampak aku sekodeng dia macam mana? Kantoilah nanti! Sia-sia je nanti kita berdiri dekat sini lama-lama."

"Habistu kau ingat kita berdiri dekat sini bukan kerja gila ke? Dah alang-alang tu kau upgrade lah sikit kerja gila kita ni. Bukannya kita rugi apa pun."

"Ah banyak lah kau. Kalau kau ni banyak cakap sangat kau je lah pergi tengok dia dekat-dekat."

"Eh apasal aku pula? Aku kan lelaki. Nanti dia ingat aku ni syok dekat dia pula. Tak kuasa aku!"

"Alahai kau ni. Over lah! Pergi je lah! Tadi kau yang beriya."

"Ish kau je lah pergi!" Hanif menolak-nolak Mirza.

"Ish aku tak nak lah! Jangan nak paksa aku boleh tak?"

"Apa yang korang berdua buat dekat sini? Nak jaga tepi kain orang? Tak reti nak jaga tepi kain sendiri ke?" Dahlia yang muncul secara tiba-tiba mengejutkan Mirza dan Hanif.

"M..mana ada kitorang nak jaga tepi kain orang. Kitorang baru balik dari kafeteria lah." Jelas Mirza sambil menunjukkan wajah angkuh dan tak bersalahnya.

"Ouh, baru balik. Jangan ingat aku tak tahu yang kau senyap-senyap intai aku kan?" Kata Dahlia sambil memandang rendah pada mereka.

"Eh, minah kerek! Kau jangan nak perasan sangat boleh tak? Kau ingat jalan ni kau sorang je ke punya? Kitorang nak pergi dekat tempat kitorang, memang kena lalu sini kan? Perasan!"

"Eh, sotong! Kau diam boleh tak? Yang kau nak menggeletis ni dah kenapa? Dasar pondan!" Hina Dahlia pada Hanif.

"Eh, minah kerek! Ikut sukahati kau je nak cakap kawan aku ni pondan lah sotong lah! Dia punyalah lurus macam ni kau cakap dia sotong?!"

"Tak cukup hensem ke dia ni? Pakaian dia pun tak nampak macam pondan lah!"

"Yang kau nak backup dia ni sangat dah kenapa? Kau dengan kawan kau ni boleh pergi mampus lah!" Dahlia melanggar bahu Mirza sehingga Mirza hilang imbangan badan dan hampir terjatuh.

Nasib baik Hanif sempat merangkul pinggang Mirza supaya tidak jatuh mencium lantai.

Keadaan semakin kekok apabila Hanif tidak melepaskan tangannya yang merangkul pinggang Mirza itu.

"Eh, sorry, Mirza. Aku sambut kau tadi takut kau jatuh. Kau jangan salah faham pula." Kata Hanif sambil menahan malunya. Pipinya sudah membahang merah.

"Er..terima kasih..." kata Mirza sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Haih kekok betul!

"Apa yang kau cakap tadi ikhlas ke?"

"Mestilah aku ikhlas. Kau dah selamatkan aku kan tadi."

"Tak...maksud aku kau cakap aku ni hensem dan kau pandang aku sebagai lelaki? Am I right?"

"Kau tak payah nak over sangat eh. Ye lah aku mengaku memang kau hensem dan aku nampak kau sebagai lelaki dalam pandangan aku. Kau tak payah nak kembang semangkuk sangat eh."

"Maknanya kau mesti pernah terpikat dengan sifat kelelakian aku kan?"

"See? Ni yang aku malas ni nak puji kau. Melebih-lebih pulak eh! Dah bye! Aku malas nak layan kau lagi!"

"Eleh cakap je lah suka! Kau dah jatuh cinta dekat aku kan sebenarnya? Mengaku je lah!" Hanif menjerit pada Mirza. Dasar lelaki gila! Buat malu je semua orang tengok. Ishh mana aku nak letak muka aku yang cantik ni.









Assalamualaikum guys! Hai im back! Miss me already?😅 nah just kidding hehehe.

Setelah menjadi pelajar SPM PROMAX akhirnya saya sudah bebas huhuhuhu! Dapatlah rehat kejap.🤭

Btw sorry kalau chapter ni pendek sangat. Maklumlah selepas semua idea dh diluahkan dkt kertas periksa sampai nak tulis pun idea dah hilang!😌

Thank you guys sebab sudi baca story ni dan sanggup tggu saya utk update new chapter. I appreciate it very much!😘

Ps: dont forget to vote and drop your comment! Dont be shy okiee!❤

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now