BAB 3

3.4K 109 0
                                    

Dah lebih kurang dua minggu juga lah aku bekerja dengan En.Hairi sebagai PA dia.

En.Hairi ni memang cerewet gila apa yang aku buat semuanya tak kena.Ada je salah aku.Lepas tu suruh aku buat itu lah ini lah.

Ada satu hari tu dia suruh aku jumpa dia dekat tingkat 6. Dah lah lift rosak waktu tu terpaksalah aku naik tangga. mencungap-cungap aku dibuatnya.Lepas tu yang membuatkan aku marah boleh pula dia kata dia dekat ground flour terpaksalah aku turun tangga balik semata mata nak bagi fail yang dia tertinggal dekat pejabat dia.Buang masa dan tenaga aku je.

Yang paling menyakitkan hati dia boleh cakap "Sorry..saya tak sempat nak ambil kat atas tadi" je.. lepas tu dia bla macam tu je dan gelakkan aku.

Hello, dia ingat aku ni kuli batak dia ke apa? kalau nak balas dendam pun agak-agak lah.Macam budak darjah satu.

Nasib baik lah dia boss aku kalau tak memang dah lama aku tumbuk muka dia sampai pengsan hah baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

Takpe En.Hairi ada hari aku balas.Kau tunggu bila sampai masanya nanti.

Harini En.Hairi minta aku untuk buatkannya coffee aku pun pergi ke pantri untuk buatkan coffeenya.

Pada masa yang sama Dhia pun ada di pantri membuat air untuk dirinya.

Aku membancuh coffee sambil mengutuk boss aku dengan Dhia.

"Eiii aku geram je dengan boss kesayangan kau tu."

"Ehhh cakap elok sikit eh boss kesayangan kau.Ada pembetulan di situ"

"Arghh lantak lah.Dia tu saja je nak buli aku tau.Takkan dia masih berdendam lagi pasal accident tu.Sepatutnya aku yang patut berdendam dengan dia."

"Kau ni tak payah fikir lelebih lah dia tak sengaja tu."

"Tak sengaja kau kata!! Aku rasa macam nak tumbuk je muka dia tu.Rasa geramm sangat.Aku nak lempang-lempang sampai dia pengsan!!  Dah lah langgar aku lepastu tak nak minta maaf!!"

"Rilekslah Aaira boss kita tu memang macam tu.Kau sabar je dengan perangai dia."

"Sebab aku dah tak tahan lah aku meletup macam ni!!  Ishh nasib baik dia boss kalau tak dah lama aku tendang dia sampai gunung everest!!"

"Kau ni dah kenapa? Nak cium aku ke?" 

Aku perasan Dhia dari tadi muncungkn bibir dia ke arah belakang aku.

"Apa benda yang ada dekat belakang aku? Gorilla ke?"  aku pun memusingkan badanku ke belakang.

"Dah takde kerja lain ke asyik nak bergosip?"  dingin sahaja suaranya.

Alamak!! En.Hairi.Aduii harap-haraplah dia tak dengar waktu aku kutuk dia tadi.

"Ehh, mana ada kitorang bergosip tengah bancuh air je ni.Kan Dhia?"  aku menyiku Dhia.

"Asal kau tak cakap dekat aku yang dia dekat belakang."  aku menjegilkan mata pada Dhia.

"Haah En.Hairi kitorang ni pekerja yang baik."  balas Dhia dengan santunnya.

"Ye ke ni? Bukan korang tengah mengumpat saya ke?"  sambil dia menyilangkan tangannya.

Dhia tersedak selepas En.Hairi berkata macam tu.

"Eh, mana ada takkan kitorang nak kutuk boss sendiri." Balas Dhia sambil mengelap mulutnya dengan tisu.

"Saya tahulah awak kutuk saya tadi.I heard everything.I have a sharp ears you know."

En.Hairi pun berlalu pergi untuk ke biliknya.

"Aaira cepat sikit buat coffee tu , jangan asyik nak kutuk saya je." 

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now