BAB 9

2.8K 93 4
                                    

"Aaira!! Cepatlah sikit bersiap tu!! Lama aku tunggu tau! Kalau kita lambat macam mana?" jerit Dhia dari tingkat bawah.

Dia geram sangat dengan perangai Aaira yang selalu bangun lambat itu.Dah lah bangun lambat lepastu tudung dengan baju pun tak gosok lagi.

Memang lama lah dia kena tunggu si Aaira tu.Haih nasib lah kawan.Kalau bukan kawan memang dah lama kena tinggal.

"Kejap lah.Aku lambat sikit je kau dah membebel." jerit Aaira dari biliknya.

"Banyak lah lambat sikit kau sejam tau aku tunggu!"

"Ye lah aku tahu aku lambat."  kata Aaira sambil menuruni tangga.

"Eh  jom! kita dah lambat ni! Kang tak pasal pasal kena marah dengan Encik Rimau."  Dhia bergegas mencapai kunci kereta dan kunci rumah.

Mereka memperlajukan langkah ke kereta dan menuju ke tempat kerja.

*********
"Hairi, jom lah sarapan dengan ibu dan ayah.Dah lama kita tak sarapan sama-sama."

"Tapi Hairi dah lambat ni , ibu."

"Alah takpe sekejap je.Ibu naik atas kejap panggil Hafiy."

Hairi menurut sahaja perintah ibunya dan mengambil tempat duduk di meja makan.

Nasib lah dia boss boleh je datang lambat ikut sukahati.

Lagipun dia rindu untuk makan bersama dengan keluarga.Bukan tu je dah lama juga dia tak makan hasil air tangan ibunya.

Pn.Marina menuruni tangga bersama dengan Hafiy.

Bukan senang dia nak mengajak Hafiy makan bersama mereka.Puas dia memujuk anak bongsunya itu.Nasib baik dia berjaya bawa turun anak dia.

Suasana sangat sunyi.Sudu dan garpu sahaja yang menjadi peneman.Masing-masing tidak tahu ingin bualkan tentang apa.

"Hafiy ada nak pergi mana-mana tak harini? Kalau takde teman ibu pergi shopping boleh?"  Pn.Marina memecahkan suasana yang sunyi tersebut.

"Hafiy tak tahu lagi nak pergi mana hari ini."

"Macam lah aku tak tahu perangai kau.Cakap je lah kau nak keluar pergi berfoya-foya." Balas En.Mustafa memerli anaknya.

"Yang ayah nak sibuk pasal Hafiy ni kenapa?"

"Daripada kau buang masa dekat luar sana baik kau kerja je dekat syarikat Hairi." En.Mustafa bertekad menyuruh Hafiy.

"Berapa banyak kali Hafiy cakap yang Hafiy tak nak? Papa masih tak faham lagi ke?" tinggi satu oktaf suara Hafiy kerana tidak setuju dengan permintaan ayahnya.

"Hafiy, boleh tak kau jangan tinggi suara dekat papa."  sampuk Hairi yang dari tadi hanya mendiamkan diri sahaja.

"Semua orang dekat dalam rumah ni sama je!"  Marah Hafiy lantas bangun dari tempat duduknya dan mencapai kunci kereta untuk keluar dari rumah tersebut.

"Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah.Tak pernah lekat dekat rumah.Kerja asyik nak keluar je."  bebel En.Mustafa.

"Abang ni pun satu.Dia tengah makan kan? Tak payahlah nak menyakitkan hati dia lagi." giliran Pn.Marina pula untuk bersuara.

"Nampaknya Hafiy memang takkan datang lah harini." lantas Hairi mengambil tisu lalu mengelap mulutnya dan bangun dari tempat duduknya.

Walaupun dia hidup senang dari lahir lagi.Dia sentiasa berdikari.

Dia membawa pinggannya ke sinki dan membasuhnya.

Setelah selesai membasuh pinggan dia menuju ke sofa dan memakai stokin.

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now