BAB 40

2K 47 1
                                    

Aaira termenung sendirian di halaman ruang tamunya sambil dibiarkan televisyen terbuka. Hawa yang memerhatikan tingkah laku Aaira menegurnya.

"Oii cik kak kau menungkan apa tu? Kau okay ke tak ni?" Tanya Hawa seakan akan pelik dengan perangai Aaira tersebut. Sejak dia balik dari kerja tadi sampai lah sekarang mukanya nampak tidak bermaya dan muram sahaja seperti risau akan sesuatu perkara.

"Aku okay je lah. Cuma penat kerja je ni." Pendek sahaja Aaira menjawab.

"Kau ingat aku baru kenal kau semalam ke? Cuba kau bagitahu aku masalah apa sebenarnya yang ada dalam otak kau ni?"

"Entahlah Hawa susah untuk aku jelaskan dekat kau." Kata Aaira sambil memeluk bantal berhampiran sofa tersebut.

"Okaylah takpe. Aku pun tak nak memaksa kau untuk cerita masalah kau dekat aku. Nanti bila kau dah bersedia kau cerita dekat aku. Jangan kau pendam pula. Tak pasal-pasal dapat penyakit lain pula nanti."

"Ye Hawa nanti aku cerita. Kau ni kalau tak membebel macam mak nenek satu hari memang tak boleh kan?"

"Alahai kau ni aku cuma risaukan sepupu aku ni je. Almaklumlah sekarang ni kan kau dah jadi teman serumah aku. Aku kena lebih mengambil berat pasal kau." Kata Hawa sambil tersenyum nakal pada Aaira.

"Baiknya sepupu aku ni. Untungnya aku dapat sepupu yang caring macam kau ni. Dah lah pandai, cantik, berduit, bergaya pula tu." Sengaja sahaja Aaira memuji Hawa sebegitu supaya Hawa meluat dengan pujiannya itu. Hawa memang tidak suka orang memujinya sebegitu.

"Dah mula lah kau kan. Ouh ya esok boleh tak  kau datang tolong aku dekat cafe? Esok kan hari sabtu. Jomlah tolong aku kat cafe. Kalau weekend je mesti ramai customer. Please." Hawa menunjukkan wajah comelnya pada Aaira.

"Kalau aku tak nak?" Aaira kembali menyakat Hawa.

"Sebagai ganjaran kau tak perlu bayar duit rumah untuk bulan ni amacam?" Hawa mengangkat sebelah keningnya.

"Okay, deal! Peluang hanya sekali kan? Takkan aku nak lepaskan."

Terhambur gelak ketawa mereka bersama-sama.


Hawa ralit membuka kafenya. Hawa biasanya akan datang seawal jam 7 pagi untuk membuka kafe kerana kafe tersebut buka pada jam 8 pagi.

Setiap kali hujung minggu pasti ramai pelanggan yang datang ke kafenya itu.
Ada yang berjanji temu, makan bersama keluarga, menyambut ulang tahun, hari lahir, reunion dan kadang kala ada juga yang datang ke sana untuk menyiapkan assignment ataupun kerja mereka.

Mungkin kerana pengubahsuaian kafe Hawa juga merupakan salah satu sebab mengapa pelanggannya begitu suka datang ke kafenya.

Suasana yang tenang, dengan dibukanya lagu yang sangat menenangkan jiwa dan terdapat juga bau haruman bunga-bunga beserta dengan kehijauan pokok.

Bagi mereka yang hanya ingin mengisi masa lapang  di kafe tersebut, Hawa juga turut menyediakan ruang untuk mereka membaca buku, komik dan pelbagai lagi bahan bacaan.

"Wah, Hawa. Kenapa aku tak pernah jejakkan kaki dekat kafe kau eh? Boleh tahan cantik juga eh. Rasa menyesal pula sebab aku tak pernah pergi sini. Patutlah kau banyak pelanggan. Pandai eh kau buat tarikan dekat kafe ni." Terkesima Aaira melihat sekeliling kafe Hawa sampai ternganga-nganga mulutnya.

"Tu lah kau. Aku selalu ajak kau datang sini tapi kau dengan Dhia yang jual mahal."

"Eleh, terasalah tu. Sorrylah. Aku rasa bersalah pula sebab tak datang sini waktu kau ajak haritu." Kata Aaira sambil menyilang lengannya dengan Hawa.

"Ah sudahlah kau. Benda dah berlalu dah pun. Sekarang ni kita dah tak ada masa nak berborak lagi. Kejap lagi aku nak buka kedai. Cepat siapkan barang."

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now